CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Dapat Tangkap Spesies Kelah Paling Mahal Selepas Banjir, Nelayan Untung Ribuan Ringgit

29-12-2021 12:53 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3677| Komen: 21

Description: Lipis: Seorang nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, Mukim Batu Yon 2 di sini, Abd. Hadi Sulaiman, 47, mendapat rezeki lumayan selepas menangkap seekor ikan Kelah Merah atau nama saintifiknya, ...
Lipis: Seorang nelayan Sungai Tanum di Kampung Chegar Perah, Mukim Batu Yon 2 di sini, Abd. Hadi Sulaiman, 47, mendapat rezeki lumayan selepas menangkap seekor ikan Kelah Merah atau nama saintifiknya, Tor putitora satu-satunya spesies liar di habitat sungai yang paling mahal di pasaran negara ini.


Abd. Hadi berkata, banjir yang melanda kampung itu bulan ini membawa tuah di sebalik menanggung kesusahan yang menimpa dirinya serta penduduk yang menjadi mangsa akibat air Sungai Tanum yang mengalir daripada Ulu Jelai melimpah masuk ke rumah.

Katanya, ketika air sungai surut dua hari lalu, dia turun memasang jaring sambil berharap mendapat rezeki untuk menampung pembelanjaan selepas banjir.


Foto: Utusan Online


“Semalam pada pukul 6.30 petang, saya turun memasang jaring lapan inci di sungai Tanum berdekatan rumah sambil berdoa serta mengharap ada rezeki (ikan liar) terperangkap dalam jaring ini.

“Apabila turun ke sungai ini pukul 7 pagi tadi untuk melihat jaring yang dipasang ternampak alat ini (jaring) bergoyang dengan kuat seolah-olah seekor ikan besar tersangkut di samping menggelepar sehingga air yang kuat berkocak di permukaan sungai,” katanya di Kampung Chegar Perah di sini hari ini. 

Menurut Abd. Hadi, Allah SWT memakbulkan permintaannya apabila ditarik sahaja jaring ke atas ternampak seekor ikan kelah merah bersaiz besar yang tidak pernah ditangkap sejak dia bekerja sebagai nelayan Sungai Tanum 20 tahun lalu.

“Saya menarik jaring perlahan-lahan ke atas bot gentian kaca bimbang jika rezeki ikan kelah yang kuat menggelepar ini terlepas ke sungai semula. Apabila sudah naik ke darat dan dibawa pulang ke rumah, saya terus menimbang ikan ini seberat 12.4 kilogram menyebabkan (saya) terdiam seketika sambil membayangkan jumlah pendapatan hari ini,” katanya.

Selanjutnya Abd. Hadi menjelaskan setelah dibuat perkiraan, dia memperoleh rezeki sebanyak RM3,100 berasaskan harga sekilogram ikan kelah merah di pasaran hari ini iaitu RM250 sekilogram.

“Oleh kerana saya sangat perlukan wang selepas musibah banjir untuk perbelanjaan peralatan rumah yang rosak, keperluan dapur dan persiapan persekolahan tahun depan, ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.

“Saya bersyukur memperoleh rezeki ini dan bercadang memasang jaring ini semula di tempat yang sama pada petang ini sambil berharap ada lagi ikan kelah merah atau spesies liar lain tersangkut pada peralatan ini untuk juadah keluarga pula,” ujarnya.

Jelasnya, ikan kelah merah sesuai dimasak campuran asam tempoyak, masakan tiga rasa manakala di hotel atau chalet, spesies ini juga boleh dibuat steamboat untuk hidangan pelancong. – CARI

Sumber: Utusan Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mbhcsf 29-12-2021 12:56 PM
Edited by mbhcsf at 29-12-2021 12:57 PM

okay baguslah rezeki tapi janganlah tangkap berlebihan  takut terganggu ekosistem situ...ini ikan air tawar kan...maksudnya memang kena basuh cuci cuci lah ni, org yg basuh ikan ni kena pandai, yg masak pun kena pandai ..


Quote Artemesiaa 29-12-2021 01:01 PM
Syukurlah ada juga rezeki walau dah ditimpa musibah
Quote chandrahusin 29-12-2021 01:06 PM
Alhamdullillah rezeki
..ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis dengan nilai tersebut.
yg ni Abg aku bgtau
bila ada ikan2 rare mcm ni
tokey restoran akan call org2 yg cari ikan2 ni
mcm Abg aku ada 1 tokey kat Lipis akan call dia
bgtau klu ada ikan rare yg Abg aku nak
lps dh kawtim nak masak apa ikan tu
Abg aku akan drive dr KL ke Lipis untuk makan ikan tu
jadi mmg ada permintaan ya
Quote Kitty_catz 29-12-2021 01:07 PM
meh la kolam meols.. ada bela.. tp kecik lagi la.. kelah ke karai ke, lke dua2 adoo.. lupo dah nama2 ikan2 ni..

ritu mco tangguk gak seko dua buat lauk
Quote lasagna 29-12-2021 02:08 PM
waaa sekilo RM250 pada hari tu.. memang rezeki betul pakcik ni. alhamdulillah.
Quote johan-adx 29-12-2021 02:11 PM
rezeki..sapa sangka
Quote shernazz 29-12-2021 02:13 PM
chandrahusin replied at 29-12-2021 01:06 PM
Alhamdullillah rezeki
..ikan ini dijual terus kepada pengusaha restoran di bandar Kuala Lipis denga ...

Best lah gitu
Member iols cite...dia.dpt patin buah kat tembeling kot..
Balik.mak dia buat masak.tempoyak
Haven gila dianrasa..
Lepas tu nak dpt patin buah..dah susah dah..
Kurang2 dia dah rasa..haha...
Bestnya
Quote stingergodiva 29-12-2021 02:20 PM
mbhcsf replied at 29-12-2021 12:56 PM
okay baguslah rezeki tapi janganlah tangkap berlebihan  takut terganggu ekosistem situ...ini ikan ai ...

Yg tak pandai, ko....nak goreng ikan pun kena call ummi....

Kahkahkahkahkahkahkah
Quote naina 29-12-2021 02:32 PM
Alhamdulillah rezeki
Itulah niat dan usaha,tawakal dan berdoa pada Allah memang ada je rezekinya..
Ikan kelah ni selalu husband aku dapat kat kawasan air terjun. Tapi yang biasa2 tu yang macam cermin tu. Tak sedaplah..ntah la aku tak reti kot masak ikan ni. Banyak tulang dan hancur kalau goreng. Terlalu rapuh. Harap2 lain hari dapat spesis merah plak lah
Quote anakmak 29-12-2021 03:00 PM
Empurau ngan kelah sama ke lain?
Quote Simunggu 29-12-2021 03:02 PM
mati ikan tu??? aduh sayang
Quote stingergodiva 29-12-2021 03:06 PM
naina replied at 29-12-2021 02:32 PM
Alhamdulillah rezeki
Itulah niat dan usaha,tawakal dan berdoa pada Allah memang ada je rezekinya..
I ...

Ada berapa cara ko makan? Berdiri? Duduk berselimpuh? Menyangkung? Terlentang?
Quote Shazid 29-12-2021 03:58 PM
Wow, x pernah makan ikan ni...sedap sgt ke?
Quote Supersirap 29-12-2021 04:20 PM
Tuah ayam nampak di kaki
Quote musangbodoh 30-12-2021 02:39 AM
bagi aku ikan sardin cap ayam tin besar pun dh best. cukuplah...jd taik gak...

Quote stingergodiva 30-12-2021 06:32 AM
Shazid replied at 29-12-2021 03:58 PM
Wow, x pernah makan ikan ni...sedap sgt ke?

Kembong sekilo Rm10 ko dah carut pokcik dipasar basah.....kerna mahal giler...

Ini Nak makan ikan yg sekilo ratus ratus lemon reganya?

Quote faraway1 30-12-2021 06:34 AM
So sapa bakal makan kemudian masuk dalam news sebab harga ikan mahal
Quote kitmal 30-12-2021 06:48 AM
Syukurlah ada orang beli..kalau tak kenduri makan ikan rm 3100 lah pakcik
Quote stingergodiva 30-12-2021 06:54 AM
faraway1 replied at 30-12-2021 06:34 AM
So sapa bakal makan kemudian masuk dalam news sebab harga ikan mahal

Ko tunggu dlm tred ini....jgn kemana mana....dont even bother to lift your butt......so that you will get first hand news sebaik.beritanya keluar...bukan berita basi...


Kahkahkahkahkah

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 02:43 PM GMT+8 , Processed in 0.057339 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top