CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Gmie Screen Meninggal Dunia

10-12-2021 07:51 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11416| Komen: 134

Description: Salam Takziah diucapkan buat keluarga Allahyarham Hajmi bin Ibrahim atau dikenali sebagai Gmie dari kumpulan Screen yang terkenal sekitar era 90an. Arwah menghembuskan nafas yang terakhir Di Hospital ...
Peminat industri seni dikejutkan dengan khabar duka pemergian penyanyi Gmie Screen kira-kira pukul 2.30 pagi Jumaat pada usia 50 tahun.

Berita itu disahkan oleh sahabatnya Hadi Screen.


Foto: mStar Online

Berdasarkan maklumat awal, Allahyarham Gmie atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim meninggal dunia di Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR), Klang.

Bagaimanapun tidak dapat dipastikan punca sebenar kematian vokalis kumpulan Screen yang popular menerusi lagu Tak Suka Tak Apa itu.

Sekitar awal April lalu Gmie media melaporkan Gmie mengalami penyakit buah pinggang bocor. -CARI


Sumber: mStar Online


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote fadz84 10-12-2021 06:22 AM
Innalilahiwainailahirojiun... Semoga rohnya dicucuri rahmat & bersama kalangan org2 yg beriman
Quote mojarean_X 10-12-2021 06:24 AM
innalillahiwainnailaihirajiun
Quote cik_ingeniare 10-12-2021 06:26 AM
Innalillah.. salam takziah buat seluruh ahli keluarga
Quote asfaz 10-12-2021 06:30 AM
Edited by asfaz at 10-12-2021 06:32 AM

Salam takziah buat ahli keluarga
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ..
‎أَللَّهُمَّ اغْفِرْلَه وَارْحَمْه وَعَافِه وَاعْفُ عنه

"Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran kepada ahli keluarganya, semoga arwah di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.."

‎ﺁﻣِّﻴْﻦآمِيْنُ يَا رَبَّ الْعَالَمِيْن
Quote woven11 10-12-2021 06:34 AM
Innalillah… iols suka gmie masa gv3. Semoga roh arwah ditempatkan di kalangan org2 beriman… salam takziah buat keluarga gmie.
Quote GegarVaganja 10-12-2021 06:34 AM
إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Al-fatihah.
Quote Banana 10-12-2021 06:51 AM
innalillah sakit apa dia
Quote Perawankota 10-12-2021 06:55 AM
Banana replied at 10-12-2021 06:51 AM
innalillah sakit apa dia

Sebelum ni katanya ada sakit Buah pinggang..
Quote wanawina 10-12-2021 06:55 AM
PETALING JAYA: Penyanyi lagu Bila Cinta Didusta, Gmie Screen atau nama sebenarnya Hajimi Ibrahim,52, tidak lagi meneruskan kerjayanya sebagai penyanyi selepas mengalami masalah kesihatan sejak tahun lepas.

Gmie ketika dikunjungi pihak Perbadanan Menteri Besar (MBI) Selangor di rumahnya, berkata masalah kesihatan yang dialaminya sangat jarang berlaku kerana kesnya dikatakan satu daripada 200,000 individu.

“Masalah kesihatan ini dah hampir setahun. Awal-awal simptom tu kaki saya lemah, berat dan ini kerana penyakit tersebut disebabkan kurang potasium, garam dan albumin.

“Penyakit ini berlaku kepada 200,000 orang, hanya 1 kes sahaja. Ini adalah salah satu ujian daripada Allah untuk saya, saya redha, saya terima dengan seadanya,” katanya.

Gmie berkata dia segera mendapatkan rawatan dan ditahan di wad kira-kira 2 hingga 3 bulan.

“Doktor kata harapan untuk sembuh tu ada,” katanya.

Menurutnya lagi, beliau kini bergantung kepada wang simpanan selama dia bekerja sebagai penyanyi dalam industry tanah air.

“Saya hanya bergantung kepada simpanan saya selama saya bekerja lebih 30 tahun.

“Saya juga ada terima bantun daripada penduduk-penduduk kampung dan Badan Bukan Kerajaan (NGO) di sekitar sini,” katanya.

Beliau juga turut menzahirkan ucapan terima kasih kepada pihak MBI yang hadir menyalurkan bantuan berupa barang keperluan asas dan sumbangan wang tunai bagi meringankan beban beliau.

Sementara itu, Ketua Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) MBI, Ahmad Azri Zainal Nor berkata pihaknya akan terus membantu penggiat seni khususnya di Selangor.

“Kita ada terima cadangan dari Tourism Selangor untuk bersama dengan mereka dalam program melibatkan artis-artis dan kita masih menunggu kertas kerja daripada mereka untuk kita lihat dan bantu.

“Peruntukan untuk seni dan budaya juga masih ada,” katanya ketika menyampaikan sumbangan kepada Gmie Screen di Sijangkang.

Program Ziarah Permata ini adalah kerjasama antara MBI dan media Sumberkini dalam menyalurkan sumbangan kepada penggiat seni dan atlet-atlet Selangor, bermula Ramadan lalu.

Antara artis dan atlet yang menerima sumbangan ini adalah bekas pemain bola sepak Selangor, Azhar Sharif, pelakon veteran, Hamid Gurkha, vokali kumpulan XPDC, Ali XPDC dan ramai lagi.

Ni meols tepek dari google, sumber kini nama pagenya. Ni berita bulan 10 tahun ni.
Quote Rogue98 10-12-2021 06:56 AM
Innalillahiwainnailaihirajiun...semoga roh arwah di tempakan dikalangan orang2 beriman.
Kalau 90an kira muda jugaklah kan...sakit covid ke?
Quote Kurex 10-12-2021 07:00 AM
innalillahiwainnailaihirajiun
Quote Banana 10-12-2021 07:01 AM
Perawankota replied at 10-12-2021 06:55 AM
Sebelum ni katanya ada sakit Buah pinggang..

owh ya ker thanks
Quote miracle_forever 10-12-2021 07:04 AM
innalillahi waina ilaihi rojiun… semiga di tempat kan bersama2 orang yang beriman.

heols ni antara contestant GV yg underdog tapi perform
Quote sukacactus 10-12-2021 07:09 AM
Salam takziah buat keluarga arwah
Quote fazila17 10-12-2021 07:14 AM
Edited by fazila17 at 10-12-2021 07:16 AM

Innalillahiwainnailaihirojiun

Kenal dia masa dia join gv.. sedihnya lepas sorang2 pergi..
Quote babycc 10-12-2021 07:41 AM
Baru semlm dgr lagu die kat Sinar..pas tu teribgat die pnh join GV.. lepas tu teringat pulak die sakit.. tau2 ari ni da meninggal.. Salam takziah utk keluarga Arwah.. dan Al-Fatihah utk arwah  
Quote 3chanceno 10-12-2021 07:44 AM
Innallilah..takziah buat famili
Quote InangPutri 10-12-2021 07:48 AM
Innalillahiwainnailahirajiun, semoga rohnya ditempatkan bersama para solihin. Suka tgk dia masa GV dulu
Quote boojaat 10-12-2021 07:49 AM
Alfatihah.. salam takziah buat family.. nape tiba2.. dia sakit ke? Mcm tiap thn lak ada peserta gv pass away..

Lihat semua komen(134)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 07:24 AM GMT+8 , Processed in 0.066679 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top