CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Kantoi sebelum sempat edar

19-6-2013 10:51 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2233| Komen: 1

Description: PEKAN – Empat lelaki yang sedang asyik membungkus bekalan dadah untuk diedarkan kepada pelanggan tergamam apabila port yang juga rumah ketua kumpulan mereka diserbu sepasukan anggota polis di sebu ...


Yahaya (tengah) menunjukkan bungkusan dadah serta semua barangan dan wang dirampas dalam serbuan berkenaan.

PEKAN – Empat lelaki yang sedang asyik membungkus bekalan dadah untuk diedarkan kepada pelanggan tergamam  apabila  port  yang juga rumah ketua kumpulan mereka diserbu sepasukan anggota polis di sebuah rumah di Kota Perdana.

Apa yang lebih mengejutkan, seorang  daripada  mereka yang  juga ketua  kumpulan  tersebut berusia 41 tahun baru ditahan tiga bulan lalu dan kini sedang menjalani prosiding kes dadah yang dihadapinya.

Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kesemua suspek berusia 41, 38, 31 dan 25 tahun itu juga didapati positif  dadah  dalam  ujian  air kencing yang dilakukan terhadap mereka

Menurutnya, ketika serbuan dilakukan terdapat empat lelaki di dalam rumah tersebut ditemui  bersama beberapa paket lutsinar berisi syabu dan satu tiub straw kecil berisi dadah jenis heroin.

“Hasil pemeriksaan mendapati  sebanyak 47.9 gram heroin, 3.40 gram syabu serta lapan biji pil eramin 5 ditemui dalam serbuan tersebut.

“Polis juga merampas wang tunai RM5,000 serta peralatan yang digunakan bagi membungkus bekalan dadah mereka sebelum membawa semua suspek ke balai polis untuk  ditahan reman,” katanya ketika  ditemui Sinar Harian.

Dalam pada itu Yahaya berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati kesemua  suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.

Mengikut  maklumat  yang diperoleh menurutnya,  polis  turut mengesan pergerakan pengedaran dadah yang berlaku di kawasan tersebut sekali gus  berjaya  melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Pekan dan Rompin.

“Kesemua suspek kini ditahan ini  akan didakwa di atas kesalahan memiliki dadah  di bawah  tiga seksyen iaitu Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1) serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.

9

Bagus
10

Marah
15

Terkejut
7

Sedih
13

Lawak
11

Bosan

Friends Rank (65 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote gaara_X 19-6-2013 10:45 AM
Bekalan untuk depa yang ada kat FELDA laa nie....

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:58 PM GMT+8 , Processed in 0.099739 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top