View: 1415|Reply: 1
|
[Jenayah]
Kantoi sebelum sempat edar
[Copy link]
|
|
Yahaya (tengah) menunjukkan bungkusan dadah serta semua barangan dan wang dirampas dalam serbuan berkenaan.
PEKAN – Empat lelaki yang sedang asyik membungkus bekalan dadah untuk diedarkan kepada pelanggan tergamam apabila port yang juga rumah ketua kumpulan mereka diserbu sepasukan anggota polis di sebuah rumah di Kota Perdana.
Apa yang lebih mengejutkan, seorang daripada mereka yang juga ketua kumpulan tersebut berusia 41 tahun baru ditahan tiga bulan lalu dan kini sedang menjalani prosiding kes dadah yang dihadapinya.
Ketua Polis daerah, Superintendan Yahaya Othman berkata, kesemua suspek berusia 41, 38, 31 dan 25 tahun itu juga didapati positif dadah dalam ujian air kencing yang dilakukan terhadap mereka
Menurutnya, ketika serbuan dilakukan terdapat empat lelaki di dalam rumah tersebut ditemui bersama beberapa paket lutsinar berisi syabu dan satu tiub straw kecil berisi dadah jenis heroin.
“Hasil pemeriksaan mendapati sebanyak 47.9 gram heroin, 3.40 gram syabu serta lapan biji pil eramin 5 ditemui dalam serbuan tersebut.
“Polis juga merampas wang tunai RM5,000 serta peralatan yang digunakan bagi membungkus bekalan dadah mereka sebelum membawa semua suspek ke balai polis untuk ditahan reman,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.
Dalam pada itu Yahaya berkata, hasil siasatan yang dilakukan pihaknya mendapati kesemua suspek yang ditahan mempunyai rekod lampau berkaitan kesalahan dadah.
Mengikut maklumat yang diperoleh menurutnya, polis turut mengesan pergerakan pengedaran dadah yang berlaku di kawasan tersebut sekali gus berjaya melumpuhkan sindiket pengedaran dadah di sekitar daerah Pekan dan Rompin.
“Kesemua suspek kini ditahan ini akan didakwa di atas kesalahan memiliki dadah di bawah tiga seksyen iaitu Seksyen 12 (2), Seksyen 15 (1) serta Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya.
Last edited by WIFEY_KETIAK on 19-6-2013 10:41 AM
|
|
|
|
|
|
|
|
Bekalan untuk depa yang ada kat FELDA laa nie.... |
|
|
|
|
|
|
| |
|