CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

"Dah Masuk Islam Tak Boleh Pakai ‘Chopstick’, Haram Katanya,”-Adam Corrie

10-11-2021 10:52 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3324| Komen: 44

Description: Pelakon Adam Corrie mendedahkan, dia pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau ‘chopstick’ ketika makan meskipun sudah bergelar mualaf.
Pelakon Adam Corrie mendedahkan, dia pernah ditegur kerana masih menggunakan penyepit makanan atau ‘chopstick’ ketika makan meskipun sudah bergelar mualaf.

Hal ini kerana, ada segelintir masyarakat yang ‘cetek’ ilmu menganggap penggunaan ‘chopstick’ oleh orang beragama Islam adalah haram di sisi agama.

Foto: IG


“Ambil yang positif. Hidup berbilang kaum. Makan guna ‘chopstick’ tak haram ya. Sebab dulu pernah kena tegur, dah masuk Islam tak boleh pakai ‘chopstick’. Haram katanya,” katanya dalam satu perkongsian Instagram.

Adam turut memuat naik petikan Surah Hujurat ayat 13 yang berbunyi: “Wahai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal.


“Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling takwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenali.”



Jelas pelakon berusia 52 tahun itu, kaedah menggunakan penyepit makanan memang budaya yang diamalkan orang Cina.


Malah pemilik nama lengkap Adam Corrie Lee Abdullah itu juga turut menjelaskan cara penggunaan penyepit makanan dengan betul ketika menjamah nasi yang disediakan di dalam mangkuk.

“Memang begini cara orang Cina lelaki seperti saya makan nasi dalam mangkuk. Rapatkan mangkuk ke mulut, tolak nasi, lauk dan sebagainya guna ‘chopstick’ laju-laju supaya nasi tak tumpah. Bukan sebab gelojoh.Bezakan antara budaya dan agama.

“Kalau nasi dalam pinggan, saya guna tangan sahaja untuk makan. Sebab makan di restoran Cina Muslim, dah siap bagi nasi kukus ayam halia dalam mangkuk. Apa lagi, makan pakai ‘chopstick’ lah, budaya bangsa sendiri,” katanya.




Sekadar info, pelakon yang terkenal dengan watak antagonis itu memeluk Islam 14 tahun lalu iaitu pada 13 Julai 2007 ketika berusia 39 tahun.

Sehingga kini, Adam yang pernah menerima anugerah Tokoh Maal Hijrah peringkat negeri Selangor pada 2017 sudah mengislamkan seramai 20 orang saudara baharu.  -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote laksmanabentan 10-11-2021 11:56 AM
Hal ini kerana, ada segelintir masyarakat yang ‘cetek’ ilmu menganggap penggunaan ‘chopstick’ oleh orang beragama Islam adalah haram di sisi agama.


ye ker??? ker propa jer tu biar tetap relevant???
Quote mamajawie 10-11-2021 12:02 PM
dia ni aku ada soft spot la at least berani nak quote ayat2 quran..x cam si lesung batu pink tu x habis2 ayat shemakin hari shemakin Allah shayang~~
Quote jijilaaa 10-11-2021 12:04 PM
uish dah 52 tahun dah....dari kecik ak tgk dia berlakon..lepas convert dia dah kurang berlakon or maybe producer dah kurang amik dia
Quote brown_pupil 10-11-2021 12:08 PM
anak dia comel.. sekian
Quote 3chanceno 10-11-2021 12:10 PM
Abaikan aja komen yang tak membina minda

Kalau gitu tak boleh pakai sudu & garfu ke?
Quote pinksarah 10-11-2021 12:13 PM
dia ni ok, berlakon pon bagus..

dah masuk Islam dan berkahwin nampak low profile..

tp betul apa dia kata tu, some mmg suka memandai2 menegur benda2 yg remeh temeh x berkait akidah pon pakai chopstik tu..

kenapa? org Islam guna chopstik terus hilang hidayah ke mende?

Quote KelisaSilver 10-11-2021 12:16 PM
aku suka je dia ni..... berlakon pun ok je. kalau dia komen kat FB tu elok2 je, walaupun ada je org kecam dia dlm tu.
Quote biskutraya 10-11-2021 12:19 PM
Aku tak pandai pakai chopstick.. huhu..tak tau kenapa tangan pengkor betul nak pegang. kagum betul orang yg pandai pakai chopstick.. haha.. kalau g mkn kedai cina kena la minta  sudu garpu..
Quote makneng 10-11-2021 12:32 PM
Laaa yang kita2 sedia2 muslim dari lahir ni duk makan sushi, makan mee tarik guna chopstick pun haram jugak ke?
Palatao betul yg ckp tu.
Quote dudaberhias 10-11-2021 12:38 PM
oh individu2 begini memang wujud even dalam forum ni...

i remember ada retis pakai tudung macam rahib tu siap di tepek hadis
“Sesiapa yang menyerupai sesuatu kaum, maka dia dalam kalangan mereka”

tapi mereka terlupa hadis tersebut tak mengatakan pun benda tu "berdosa" malah takde apa cara sekalipun untuk mengatakan benda tu berdosa sekali tak berdosa...

dan iolsss pun baru terfikir dan teringatt lepas tengok ceramah ustaz arab...

yang kita pun memang menyerupai kaum lain.... ya itu orang barat sebab duk pakai tshirt pakai seluar semua tu...

sama la bertudung menyerupai kaum lain tu tak berdosa pun tapi entah macam mana kita teranggap benda tu macam salah sangat ...

kalau pakai salib ke apa tu adalah dosa lain pula dan ada dalil2 dia...

so memakan ikut chopstick tu menyerupai kaum cina... tapi tak berdosa pun dikk oiii sama la ko pakai tudung macam rahib ke apa tu go on je lah... kalau buruk tu hadap la kena kecam... sebab iolss pun akan masuk kecam sekali kalau dah huduh sangat fesyennyaaa
Quote lwyl 10-11-2021 12:54 PM
biskutraya: Aku tak pandai pakai chopstick ...


Saya pun tak pandai pakai chopstick. Sepit fishball belum sempat masuk mangkuk sudah jatuh tergolek atas meja.

Quote orkidorkido 10-11-2021 01:02 PM
jijilaaa replied at 10-11-2021 12:04 PM
uish dah 52 tahun dah....dari kecik ak tgk dia berlakon..lepas convert dia dah kurang berlakon or ma ...

Dah berumur kut, kurang sesuai dengan watak
Quote -Suri- 10-11-2021 01:03 PM
laksmanabentan replied at 10-11-2021 11:56 AM
ye ker??? ker propa jer tu biar tetap relevant???

Mmg ada uols, i pernah terbaca kat fb sorg acik ni komen takleh mkn pakai chopstick sbb menyerupai kapir, harom jadinya. Begitulah
Quote orkidorkido 10-11-2021 01:04 PM
Suka dengan dia ni, jenis biasa-biasa. Best of luck
Quote imatt 10-11-2021 01:06 PM
biskutraya replied at 10-11-2021 12:19 PM
Aku tak pandai pakai chopstick.. huhu..tak tau kenapa tangan pengkor betul nak pegang. kagum betul o ...

Layan jugak sebenarnya pakai chopstik ni. Rasa lebih puas makan bila suap dalam mulut tu. Sebab biasanya dibuat dari kayu atau plastik, dan bila suap dalam mulut, saiz hujung yg masuk dalam mulut tu kecik je dan bulat tak bersegi. So x mengganggu rasa makanan macam pakai sudu atau garpu besi. Besi bila kena lidah atau bergesel sikit dengan gigi kan akan ade rasa sikit kurang selesa.
Tapi bagi aku penggunaan chopstik ni kene sesuai dgn makanan la. Kalo makan nasi aku prefer pakai tangan lagi.
Quote dudaberhias 10-11-2021 01:12 PM
-Suri- replied at 10-11-2021 01:03 PM
Mmg ada uols, i pernah terbaca kat fb sorg acik ni komen takleh mkn pakai chopstick sbb menyerupai ...

iols pernah dengar sape tah dulu kata dekat kami... baca doa makan tadah tangan dekat meja tak boleh sebab macam orang kristian...adoiii tu la cetek dalam ilmu agama tapi nak fefeeling terpaling islam...

memang kita pakai pakaian hari2 ni pun menyerupai orang kapirrr...
tapi tidak la pulak di nyatakan benda tu berdosa selagi tak berdosa...

sama la pakai tudung macam rahib ke macam yahudi ke.. bertopi macam yahudi kerr...
selagi ko yang tak fefeeling nak jadi kristian catholic selagi tu takdenya berdosa... eh choiii...

mak nenek dok berhenna night pakai bollywood tu pulak siap calit2 dahi takde pulak theyolsss lagi2 sskjp nak kata menyerupai yindu...
Quote nakkomenjugak 10-11-2021 01:27 PM
Aikkkkk
Meleissss muslim beria makan pakai chopstik makan mee apa segala tu, murtad keee deme?
Bodohhhh manaaaa laa yang cakap camtu tu
Tu cutlery jeee kottt bukan cucuk kat nasi letak kat tempat semayang
Quote Bumbu 10-11-2021 01:28 PM
mamajawie replied at 10-11-2021 12:02 PM
dia ni aku ada soft spot la at least berani nak quote ayat2 quran..x cam si lesung batu pink tu x ha ...

Elok aku lupa daahhhh igt balik lesung itu
Quote electricopop 10-11-2021 01:42 PM
Isu chopstick pun nk kecoh ke, lahai setengah netizen ni...

Lihat semua komen(44)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 10:12 PM GMT+8 , Processed in 0.065730 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top