CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zeel Production Ambil Rakaman Orang Lain Tanpa Izin, Pemilik Asal Bengang

10-11-2021 10:37 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4731| Komen: 38

Description: Syarikat produksi, Zeel Production didakwa menciplak video rakaman drone milik individu Imiey Ridzuan sebelum dimasukkan dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan pada Ramadan lalu di TV3.
Syarikat produksi, Zeel Production didakwa menciplak video rakaman drone milik individu Imiey Ridzuan sebelum dimasukkan dalam drama Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan pada Ramadan lalu di TV3.


Wakil syarikat produksi itu ketika dihubungi mengakui berlaku kesilapan dalam proses suntingan dan menggunakan video terbabit tanpa izin.

Foto: IG


"Penyunting yang bertanggungjawab membuat suntingan itu sudah menghubungi individu berkenaan dan membuat permohonan maaf kerana menggunakan video panorama negeri Perlis yang dirakam menggunakan drone.

"Diakui ini adalah kesilapan daripada pihak kami apabila penyunting yang bertanggungjawab menyunting drama itu mengambil video dari saluran YouTube tanpa meminta keizinan.


"Kami dari syarikat produksi tidak menyangka insiden ini boleh berlaku memandangkan kami sudah menyediakan platform simpanan video yang dilanggan dan berbayar," katanya kepada Harian Metro.

Loading FB Post...

Menurutnya, Zeel Production akan berunding secara bersemuka dengan individu itu memandangkan sebahagian daripada pasukan produksi itu masih berada di Perlis.

"Kami terbuka untuk berbincang dan memohon maaf secara bersemuka memandangkan pihak kami mendapat tahu bahawa individu itu berada di Perlis. Sekiranya ada sebarang permintaan daripada individu itu, kami bersedia berikan kerjasama," katanya.

Wakil itu juga memohon maaf kerana tidak menyedari emel dan kiriman mesej yang dihantar oleh individu itu ke akaun Facebook Zeel Production.

"Kami memang tak perasan emel yang dihantar. Begitu juga kiriman mesej yang dihantar menggunakan Facebook Messenger ke Facebook syarikat memandangkan kami tak berapa aktif di situ. Sekali lagi, saya mewakili Zeel Production memohon maaf," katanya.

Terdahulu, individu itu menerusi Facebooknya meluahkan rasa kecewa terhadap syarikat produksi itu yang didakwa menggunakan video-video rakaman drone olehnya tanpa kebenaran.


Loading FB Post...

"Maaf cakap, produksi ini jugalah yang 'ciplak' video rakaman drone saya dan dimasukkan ke dalam cerita (drama) Tak Sempurna Mencintaimu yang ditayangkan di TV3 masa bulan Ramadan.

"Pada awalnya saya tak perasan sangat. Tapi, bila kerap layan (tonton) cerita itu dua ke tiga episod, baru saya perasan memang ada persamaan dengan video drone saya.

"Produksi ini sudah mencuri hasil video saya di saluran YouTube saya (dan) dengan senangnya mereka 'crop' 'watermark' di video itu," tulisnya. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cruz2 10-11-2021 10:42 AM
Go go imiey..keji sgt production company buat keje gini.kalau tk di viralkan sampai bila2 depa ni who are yus kan sajork bilis2 kecik ni
Quote edoraixora 10-11-2021 10:52 AM
Kuasa viral....dah viral baru nak respon.
Kalau tak buat tak reti ajer. Senang buat duit nampak
Quote pekanwoohoo 10-11-2021 11:04 AM
Yang paling terkejut, ada jugak orang layan drama sampah macam ni.
Quote Nininooo 10-11-2021 11:46 AM
buat buat tak perasan email. dah orang tu viralkan baru eh! ada email!
Quote ketupatnasi 10-11-2021 12:00 PM
Tapikan, memang cantik la rakaman drone tuh. Aku puji ya bila limpas kat fb dulu. Teaser drama bukan maheennn.. rerupanya ciplak kije orang lain.
Quote lyshafull 10-11-2021 12:01 PM
Senang kerja curik hasil kerja org huhuhu
Quote laksmanabentan 10-11-2021 12:03 PM
hati2 dengan zeel production tu..
hahahahaa....
Quote jijilaaa 10-11-2021 12:07 PM
kejinyaaaaa..org industri dok bising org cetak rompak hasil kerja diaorg..last org industri pun sama naik bebal copy paste je. pemalas betul.  tak malu ke professional nak curi video youtuber..siap crop watermark plak tu...gigih betul
Quote JunkMail 10-11-2021 12:16 PM
Dasarrr sangat... Beli la drone sendiri dah namanya production company. Ini bukan sengaja.. ni memang berniat sebab kau crop watermark dia.
Quote KelisaSilver 10-11-2021 12:18 PM
kerja nak senang n free, mmg tu je la.... selagi boleh dpt free... ceduk je mana2. org punya ke apa ke, apa dia kisahnya..... try in error je tu. kalau ada org perasan, say sorry je. dah. kalau tak, diam je la.
Quote pinksarah 10-11-2021 12:26 PM
i hope imiey tu tuntut bayaran sbb dah on air kan his videos tu..

klu betul x sengaja, dah tentu x crop watermark vid org..

ni mmg perbuatan sengaja..

low class nya kau, hj zil oi...
Quote NonaNaga 10-11-2021 12:27 PM
keji ya hj zil curi hasil kerja org
.....skang hj zil nak amik rita rud berlakon pun dah tak leh sbb tak vaksin walaupun cemolot

on first place produksi dia tak malu ker...tak reti rules ker
Quote MatDeghem 10-11-2021 12:30 PM
watermark nya di crop. email tak jawab. dah terserlah memang penyangak producer nya.....

mintak bayar...double.

Quote musangbodoh 10-11-2021 12:49 PM
alasan xmo byr le tewww
Quote musangbodoh 10-11-2021 12:50 PM
ketupatnasi replied at 10-11-2021 12:00 PM
Tapikan, memang cantik la rakaman drone tuh. Aku puji ya bila limpas kat fb dulu. Teaser drama bukan ...

share lh bidio...
Quote miamiot 10-11-2021 12:52 PM
Semekin ye production Malaysia ni !!!! semua nk songlap hak org
Quote Fly_over 10-11-2021 01:07 PM
bongoknya siap crop watermark. mmg nk mcuri la tu… dala yg amek tu company production drama. hauk sgt rembat kerja amatur
Quote -Suri- 10-11-2021 01:10 PM
Dah viral baru nak respon
Quote orkidorkido 10-11-2021 01:14 PM
Bayar laaa dah on-air pun, 2 kali pulak tu curi boleh pulak tak perasan

Lihat semua komen(38)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 04:49 AM GMT+8 , Processed in 0.049930 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top