CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Keluarga Dah Sampai Ipoh, Budak 8 Tahun Tertinggal Dalam Tandas Plaza Tol

10-11-2021 08:04 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4033| Komen: 28

Description: Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang tular selepas dipercayai tertinggal di tandas awam Tol Ipoh Selatan semalam, ditemukan dalam keadaan selamat dan telah diambil semula oleh ahli keluarganya.
Ipoh: Seorang kanak-kanak lelaki yang tular selepas dipercayai tertinggal di tandas awam Tol Ipoh Selatan semalam, ditemukan dalam keadaan selamat dan telah diambil semula oleh ahli keluarganya.


Ketua Polis Daerah Ipoh Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, semakan pihaknya dengan petugas di plaza tol itu mendapati, kejadian berlaku akibat salah faham dan keluarga kanak-kanak berusia lapan tahun itu telah membawanya pulang pada hari sama semalam.

Yahaya Hassan, Foto: Harian Metro

"Mangsa telah diambil semula oleh keluarganya. Terdapat salah faham yang mana keluarga mangsa menaiki dua kenderaan iaitu sebuah kenderaan dinaiki ibu bapanya, manakala sebuah lagi kenderaan dinaiki adik beradik mangsa yang berhenti di tandas.


"Mereka ingat mangsa naik satu daripada kereta dan apabila sampai di rumah saudara mereka di Menglembu, kira-kira 20 kilometer dari plaza tol itu, didapati mangsa tiada dan ibu bapa mangsa pergi semula ke plaza tol untuk mengambil mangsa. Mangsa dalam keadaan baik," katanya ringkas kepada Bernama.

Semalam tular di WhatsApp dan media sosial gambar kanak-kanak lelaki tersebut yang dipercayai datang dari Rawang, Selangor untuk ke Zoo Taiping sebelum dikatakan tertinggal di tandas awam tersebut. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Skuau 10-11-2021 10:30 AM
ok la tu..kalo bdk ni tak 'tertinggal'..mana la korang dpt 'masuk berita'...dan menjadi 'terkenal'.
Quote buragazz 10-11-2021 10:36 AM
Hadoii aii.. klu aku, aku akan pastikan kan klu anak tadi naik kereta kita pastu kata nak naik kereta lagi satu aku gi makesure dia dah ada dalam kereta tu baru gerak.. Menglembu betul..
Quote gujiwa 10-11-2021 10:37 AM
Kecoh juga kes ni dalam group taman daerah smlm..

huhuhu.. bahaya juga kalau ank naik asing2x.. kita ingat dia naik situ rupanya tertinggal.
Quote mizruncing 10-11-2021 11:03 AM
lahhhhh careless. kesian bdk tu. tp tu laa klu bab lupa ni jgn buat main
Quote musangbodoh 10-11-2021 01:08 PM
ate kome x pikior ke anak kome masuk kete ke blom...ke kome sesaje lupe

kesian dan kasihan
Quote Buudak 10-11-2021 01:13 PM
gujiwa replied at 10-11-2021 10:37 AM
Kecoh juga kes ni dalam group taman daerah smlm..

huhuhu.. bahaya juga kalau ank naik asing2x.. ki ...

Jiran setaman rupanya kita
Quote Buudak 10-11-2021 01:14 PM
gujiwa replied at 10-11-2021 10:37 AM
Kecoh juga kes ni dalam group taman daerah smlm..

huhuhu.. bahaya juga kalau ank naik asing2x.. ki ...

Jiran setaman rupanya kita
Quote noor2 10-11-2021 01:17 PM
Beso sgt ke kereta depa sampai anak sorang x de pun x tahu...
Quote hareeeesah 10-11-2021 01:20 PM
Jangan la jadikan anak besar 12 14 tahun jaga anak kecik. Parents la yang patut check dah masuk kereta dulu ke tak..
Quote batmana 10-11-2021 01:22 PM
dia ada sikap , 'lepas tgn', tk kisah, biarlah

tu yg tk buat double check, mls nk wasap call tnya kete lain cukup ke tak

Quote Firenzza 10-11-2021 01:23 PM
Keluarga pemalas....hp kan ada...call la keta 1 lg pastikan semua dh naik keta sblm bertolak, rajin buat anak jerr
Quote mawardia 10-11-2021 05:47 PM
Hamak sgt nk berjalan smpai anak tertinggal
Quote Skuau 10-11-2021 05:53 PM
Famili ni xde 'grup wasap' ka???
Quote cap_ayam 10-11-2021 05:55 PM
ambil iktibar.. semoga tak berlaku lagi situasi macam ni..
Quote cheezel 10-11-2021 06:46 PM
sakai betul mak bapak jenis cmni. beranak tahu jaga anak tak tahu
Quote shernazz 10-11-2021 07:35 PM
Adoi.la...
Takut iols baca berita ni..
Kot la ada pedo2 kat situ khen
Quote kitmal 10-11-2021 07:52 PM
ni kes buat pandai..jaga tak pandai ke..
Quote Meiizu 10-11-2021 08:07 PM
Tu malas byk kete ni uhuhuh
Quote abangbikerz 10-11-2021 08:15 PM
kasi mandulkan mak ayah die

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 09:21 AM GMT+8 , Processed in 0.060338 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top