CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anjur Peraduan Menang Kereta, Pesohor Dikecam Sebab Ibu Sendiri Yang Menang

10-11-2021 08:00 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 1705| Komen: 5

Description: Bandar Mexico – Seorang pesohor media sosial di Mexico dikecam netizen kerana mengumumkan ibunya sebagai pemenang bagi peraduan yang dianjurkan oleh dirinya sendiri, lapor laman berita Oddity Centra ...
Bandar Mexico – Seorang pesohor media sosial di  Mexico dikecam netizen kerana mengumumkan ibunya sebagai pemenang bagi peraduan yang dianjurkan oleh dirinya sendiri, lapor laman berita Oddity Central.


Lore Garza menganjurkan peraduan berkonsep loteri kepada lebih 140,000 pengikutnya dengan menawarkan hadiah berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) Kia sebagai tanda menghargai kesetiaan mereka.

Peserta hanya perlu membeli seberapa banyak ‘tiket loteri’ bagi membolehkan mereka berpeluang memenangi hadiah utama.

Foto: Oddity Central

Bagaimanapun, para peserta meluahkan rasa marah apabila Garza mengumumkan bahawa ibunya merupakan pemenang peraduan tersebut selepas nombor milik wanita itu terpilih.


“Ia adalah sesuatu yang berada di luar kawalan. Saya tidak tahu siapa yang akan memenangi peraduan ini sebelum cabutan dibuat,” kata Garza sambil menegaskan bahawa pemilihan nombor dilakukan secara telus.

Tambah wanita itu, dia merupakan mangsa kepada ‘budaya pembatalan’, di mana ramai orang yang ingin melihat kejatuhannya.

Meskipun penjelasan yang diberikan Garza berjaya meyakinkan sebilangan pengikutnya, terdapat juga sebilangan lagi yang tidak mempercayai kata-kata wanita itu, terutamanya apabila dia gagal memenuhi janjinya untuk memberikan hadiah bernilai sehingga 50,000 peso (RM10,219) kepada lima pemenang bertuah.

Garza berkata, dia mempertimbangkan untuk membeli kereta baharu buat ibunya dan menganjurkan peraduan itu sekali lagi, namun tidak akan menyerahkan SUV Kia tersebut kepada orang lain kerana ‘tidak adil untuk menghadiahkannya kepada orang yang tidak menang’. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote krustykrab 10-11-2021 08:08 AM
Pening aku baca para yg last tu
Quote DayangKirana 10-11-2021 08:58 AM
ingat influencer ni tak reti nak scam orang?buta2 je dia ambik duit tiket loteri and buy car for her mom.



Quote jijilaaa 10-11-2021 09:19 AM
daku ingat kat malaysia je pakai kabel...
Quote lemak_masin 10-11-2021 10:19 AM
Pandai minah ..hahhaha..
Sebab tu ler jangan berjudi.. balik-balik penganjur jugak yang untung ..
Quote musangbodoh 10-11-2021 01:11 PM
kalo kt mesia pggl scammer

Lihat semua komen(5)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-5-2024 08:30 AM GMT+8 , Processed in 0.049378 second(s), 33 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top