CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Nadhir Nasar Nakal, Tapi Selalu Terlepas Hukuman

9-11-2021 10:15 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2326| Komen: 9

Description: Sering menggunakan perkataan 'lucky' termasuk menamakan kelab peminat, Lucky Fighter, pelakon baharu, Nadhir Nasar mengharapkan, perkataan berkenaan membawa rezeki buatnya.
Sering menggunakan perkataan 'lucky' termasuk menamakan kelab peminat, Lucky Fighter, pelakon baharu, Nadhir Nasar mengharapkan, perkataan berkenaan membawa rezeki buatnya.


Ini termasuklah harapannya untuk memenangi kategori Artis Baharu Lelaki Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34.

Bolos dalam kelompok Top 5, jejaka kelahiran Michigan, Amerika Syarikat itu terlebih dahulu mengecapi kejayaan sebagai juara pertandingan Hero Remaja pada 2020.

Foto: IG


Menerusi ABPBH 34, Nadhir atau nama sebenarnya, Ahmad Nadhir Ahmad Nasar berentap dengan Meerqeen yang turut digilap bakat menerusi pertandingan Hero Remaja, selain Aliff Iskandar, Dinie Rashid dan Fadh Majid.


"Siapa tidak mahu menang? Kemenangan pasti menjadi sasaran sesiapa sahaja yang berentap. Saya juga tidak terkecuali.

"Selepas penyokong dan kelab peminat berhempas pulas memastikan saya membolosi kelompok finalis, pastinya perjuangan ini diteruskan penghujung pengundian.



"Namun, saya akur, pertandingan seperti ABPBH ini mengangkat kuasa mutlak undian peminat, apa sahaja boleh berlaku. Jika tuah kepada saya, pastinya itu akan menjadi hadiah bermakna buat peminat," katanya.

Mengulas lanjut mengenai penggunaan perkataan 'lucky', Nadhir yang memulakan kerjaya sebagai peragawan menganggap ia umpama kalung azimat atau 'lucky charm'.



"Kawan sekolah saya selalu panggil dengan gelaran 'Lucky' kerana dua sebab.

"Pertama, saya selalu bernasib baik di sekolah. Biarpun sering berkelakuan nakal, tetapi selalu terlepas hukuman. Malah, saya seperti ada imuniti hingga dijauhkan dengan masalah.

"Kedua, saya cukup meminati model bernama Lucky Blue Smith ketika menceburi bidang peragaan," katanya.

Hampir setahun membina nama sebagai pelakon, Nadhir mula menyerlah menerusi watak Syafiq menerusi drama i-Tanggang: Mother Of All Lies siaran Astro Citra.

Malah, nama dan lakonannya tular dalam aplikasi TikTok. Lantunan suaranya menghidupkan watak Syafiq.



Hingga ada yang menyangka dirinya dan Beto Kusyairy sebagai adik beradik kerana memiliki wajah seiras dan berbakat besar.

"Momentum seni saya bermula agak lambat. Namun, bakat saya mula diperhatikan apabila membintangi drama ini.



"Saya anggap pada akhirnya tuah dan rezeki datang tanpa dijangka. Saya harap ia permulaan baik untuk saya membuktikan kemampuan diri," katanya yang pernah membintangi drama Tercipta Satu Ikatan dan Projek: Anchor SPM.

Terdahulu, artis naungan Laugh Out Loud Entertainment itu tular apabila disamakan dengan wajah bintang K-Drama popular, Jung Ho Yeon dalam drama fenomena, Squid Game. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote anggeriklatifah 9-11-2021 10:28 AM
terpikat charecter dia sebagai capex rider dlm i-tanggang ..

pandai kot dia ni berlakon

hrp la dia ni mewarnai kaca tv persada tanah air

takde la malu kalau negara luar tgok pelakon kita

ni tidak


yg kayu kayan kesialan kayu paling kayu antara kayu kayu dlm muka bumi laki si jenna nma dinnie tu yg diambil nya berlakon
Quote tootii 9-11-2021 11:14 AM
dia ni bagus belakon .. jenis tak kontrol macho .. tak kayu..
harap pandai2 bawak diri dlm industri .. in sha Allah berjaya la kau dik ..
Quote NFBZCantik 9-11-2021 11:37 AM
minat dia. elok berlakon
Quote cloudnine 9-11-2021 12:46 PM
Abang capiq....
Nadhir sangat berbakat. Kena pandai jaga diri tau jangan ada yang leak nanti rosak reputasi. Jangan ada masalah pasal pompuan juga. Moral is no.1 tak kira apa saja profesion kita.
Quote dudaberhias 9-11-2021 12:55 PM
mujur iols suka dia berlakon sebab lakonan dia very natural...

kalau tidak nak komen kepammm dah dikkk

go go muka exotic macamni memang sesuai untuk filem2 atau drama melayu yang buka jenis romantik...
filem seram pun ok macam roh tu...
Quote hyie 9-11-2021 01:14 PM
kenapa iols rasa english heshe hauk yach? #donemengata
Quote heythere123 9-11-2021 08:31 PM
selain muka helok, lakonan pun okay untuk newbie. Selamat maju jaya, Mr. Lucky Guy
Quote Perawankota 10-11-2021 12:04 AM
OK luck yer adik.. Harap x der lah macam2 kontolbesi
Quote Reira77 10-11-2021 05:30 AM
Nadhir ni rasanya student broadcast uitm. Tapi tak tahu habis ke idak. English heols hauk ke? Biasa je iols rasa.

Hari tu tgk movie sabalik baju. Ada 1st runner up HR batch si nadhir ni. Biasa-biasa je tak bergetar pun ovari, dlm gmbr nampak heloks. Yg Hariz dgn Aniq dlm tv mmg heloks nmpk wangi. Hariz tu dah bnyk berlakon.

Lihat semua komen(9)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 03:45 PM GMT+8 , Processed in 0.184655 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top