CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Saham Nelydia Senrose Belum Jatuh Menjunam

8-11-2021 02:50 PM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 4404| Komen: 31

Description: Persepsi saham menjunam selepas berumah tangga nyata tidak lagi relevan. Buktinya, pelakon cantik, Nelydia Senrose, 26, masih ampuh dalam liga tersendiri, biarpun sudah bersuami.Hanya berbekalkan file ...
Persepsi saham menjunam selepas berumah tangga nyata tidak lagi relevan. Buktinya, pelakon cantik, Nelydia Senrose, 26, masih ampuh dalam liga tersendiri, biarpun sudah bersuami.


Hanya berbekalkan filem Jebat yang ditayangkan, tahun lalu, Nelydia membuktikan kehadirannya masih dirindui dan disayangi ramai.


Foto: IG

Filem Jebat adalah kesinambungan drama Bukan Kerana Aku Tak Cinta yang pernah mencetuskan fenomena, sekali gus melonjakkan nama Nelydia dan hero gandingannya, Sharnaaz Ahmad pada 2013.

Tahun ini, Nelydia bolos kelompok Top 5 bagi dua kategori iaitu Pelakon Filem Wanita Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) Ke-34. Ini kali kedua namanya menjadi pilihan pengundi selepas ABPBH 3.0.


Tidak ketinggalan, hero gandingannya, Sharnaaz turut membolosi dalam kategori Pelakon Lelaki Filem Popular dan Gandingan Serasi Filem Popular.



"Saya akui, penangan filem Jebat masih utuh. Biarpun filem arahan Jamal Khan itu mengambil masa empat tahun untuk ditayangkan, namun, penantiannya sangat berbaloi. Gandingan saya dan Sharnaaz nyata masih dirindui.

"Lebih manis, ia membawa saya dan Sharnaaz dipilih sebagai finalis ABPBH 34," katanya kepada BH Online.

Mengenai saingan dalam pencalonan itu, Nelydia atau nama sebenarnya, Nik Zaris Nelydia Nik Sen yang memulakan kerjaya lakonan pada usia 13 tahun hanya bertawakal dalam soal kemenangan.



"Saya tahu jika sudah berada dalam kelompok Top 5, selangkah sahaja menghampiri posisi kemenangan. Namun, apa sahaja boleh terjadi.

"Andai kemenangan berpihak kepada saya, ia bukan bermakna saya sudah hebat. Sebaliknya, kehebatan 100 peratus daripada peminat saya.

"Saya hanya mampu berkongsi bakat. Berada pada kelompok finalis sendiri sesuatu yang tidak pernah saya duga, apatah lagi, tidak mempunyai kelab peminat.

"Saya hanya sedar, pasti ada peminat dari jauh menghargai bakat saya tanpa jemu. Terima kasih untuk cinta dan kasih sayang luhur ini," katanya.


Dalam perkembangan lain, pelakon mula dikenali selepas muncul dalam drama rantaian yang mencetuskan fenomena, Spa Q pada 2007 itu kini sibuk dengan penggambaran drama Khilaf Asmara arahan Shahrulezad Mohameddin.

"Ada empat watak utama dalam drama ini termasuklah saya, Fasha Sandha, Fahrin Ahmad dan Fattah Amin.

"Ini kali pertama saya berpeluang bekerja di bawah pengarahan Shahrulezad. Drama ini bakal menghiasi slot Samarinda di TV3," katanya.




Nelydia mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohd Hafez Halimi Abdul Hamid pada 6 April 2019, bagaimanapun belum menimang cahaya mata.

Anak kelahiran Kota Bharu, Kelantan itu menyerahkan soal zuriat kepada takdir dan tidak menjadikannya sebagai tekanan.

Malah, cepat atau lambat, terima dengan hati yang terbuka. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote makadek 8-11-2021 03:06 PM
Cantik muka lembut kurang kontolbesi
Quote dudaberhias 8-11-2021 03:12 PM
sapee kata kami rinduuu dekkk????
akak pun dah terlupa kewujudan engkoo dekkk di muka bumi ni...

hanya nampak kakak ko je wujud... tu pun sebab bakal berkahwin dengan putik jagung tua nak masuk 40an tu... yang makin hari makin kepam...
Quote dudaberhias 8-11-2021 03:16 PM
filem jebat tu sampah ya amat amat... iols dah tengok tapi tengok gitu2 je... dan tak sangka iolss tergamak tengok filem sedemikian... rasa nak tutup TV dan lontar kot tingkapp jah dan kambuihh TV tu dengan kek2 expired...

tang coreography berlawan tu dah rasa nak terjun dalam laut langkawi dan terdampar dekat restoran sas rimba tu... biar la aku happy2 kat restoran tu tanpa line elokkk atau TV... bayar ribu riban untuk siakap pun iols sanggup asalkan dapat lupakan ingatan terhadap filem jebat tu...
Quote Mamason 8-11-2021 03:16 PM
Cantik depa ni...
Quote missyL 8-11-2021 03:38 PM
Baru 26 ke die. Lame dah die dok berlakon dr bdk..
Muda lagi..
Die ni berlakon ok jgk...
Quote yebit157 8-11-2021 03:55 PM
suka tengok dia, cantik. kontroversi pun kurang.
Quote newyork 8-11-2021 04:05 PM
Baru 26 umur dia.. terasa tua diri ini
Quote AshkieLa 8-11-2021 04:09 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 03:16 PM
filem jebat tu sampah ya amat amat... iols dah tengok tapi tengok gitu2 je... dan tak sangka iolss t ...

indeed...meols mampu layan 15 minit..
pastu rasa awat sampah sangat....
Quote bankerpencen 8-11-2021 04:42 PM
Suka je tengok senrose senrose ni. Memang tak dinafikan memang lawa nely dengan ungka. Nely ni kurang sikit kontroversi nak compare dengan akaknye. Berlakon pun ok la...
Quote rosevelvet 8-11-2021 06:15 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 03:16 PM
filem jebat tu sampah ya amat amat... iols dah tengok tapi tengok gitu2 je... dan tak sangka iolss t ...

Seriuslag mmg sampah citer tu. Bukan tv jernk kambus. Rasa nk kambus ngn pelakon n production kru sekali
Quote Addrianna 8-11-2021 06:18 PM
Aku suka nely ni cantik dia pun buat hal sendiri kalau dia belum kahwin skrg ni misti lagi popular dari ukasha.aku doa dia segera dikurniakan cahaya mata
Quote hanna88 8-11-2021 06:19 PM
suka tengok nely dari mula dia naik..comel soft je muka dia..
Quote imanjannah 8-11-2021 06:19 PM
cantik sungguh nelly ni
Quote krustykrab 8-11-2021 06:20 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 03:12 PM
sapee kata kami rinduuu dekkk????
akak pun dah terlupa kewujudan engkoo dekkk di muka bumi ni...


Aku kalau nmpk je muka nelly ni auto nmpk nanas duk cempung dia...agak2 laki dia bg lagi tak nanas cempung nelly
Quote markonahlah 8-11-2021 06:20 PM
Nely ni manja dan paling cantik dlm adik beradik dia.. prefer dia dari kakak dia.
Quote krustykrab 8-11-2021 06:21 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 03:16 PM
filem jebat tu sampah ya amat amat... iols dah tengok tapi tengok gitu2 je... dan tak sangka iolss t ...

Filem jebat tu mcm.soft porn gitew kaka..
Quote minah_selekeh 8-11-2021 06:23 PM
dudaberhias replied at 8-11-2021 03:16 PM
filem jebat tu sampah ya amat amat... iols dah tengok tapi tengok gitu2 je... dan tak sangka iolss t ...

That bad ke kaka dude? Macam mana boleh terbukak hati nak tengok in the first place? Rasa nak tengok pulak.. Just to hate watch.. Hahah!
Quote dudaberhias 8-11-2021 06:34 PM
minah_selekeh replied at 8-11-2021 06:23 PM
That bad ke kaka dude? Macam mana boleh terbukak hati nak tengok in the first place? Rasa nak teng ...

yer kaka... nauzubillah min zalikkk bila tertengok...
tak sangka dia cerita penangan filem jebat utuh... bila masa filem ni box office?
cerita dia ada lucah2 sikit tapi bagi iolss tak la keterlaluan... cumanya bila berlucah dengan jejan kepam ni kita rasa nak hantuk je TV dan report polis ala2 di cabuli...

cuba kalau pelakon herlokkkk macam bam tah... rasanya dengan iols2 sekali tertunggu2 menanti nelydia pergi buka baju bamtah tu...

adoiii lelain tu termasuk coreography gatuh ke bertumbuk tu sampah sangat...

setaraf la dengan level mamu muka penuh sabut kelapa tu yang in the end jadi youtuber kutuk produk2 orang sebab dah takde job...

cerita ni dalam 10 bintang iols bagi 1 jah... kalau hero herlokk ok iols bagi 3... tapi sebab hero pun kepam... soo 1 bintang tu adalah belas kasihan dari iolss... kalau tidak tak layak pun untuk dapat bintang...
Quote gucci_advocate 8-11-2021 06:59 PM
Mudanya Nely. Ingatkan dah 30 sebab selalu sangat tengok dia kat TV

Lihat semua komen(31)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:02 PM GMT+8 , Processed in 0.063477 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top