CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Zalif Sidek Bakal Kahwin 26 Februari 2022,- "Majlis Sederhana Je"

21-10-2021 09:27 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3026| Komen: 16

Description: Pelakon Zalif Sidek bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari tahun depan.
Pelakon Zalif Sidek bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya, Anis Marzuki, 24, pada 26 Februari tahun depan.

Zalif, 36, berkata, dia dan bakal isteri sedang giat membuat persiapan kahwin.


Foto: IG

"Syukur alhamdlulillah saya dan bakal isteri kini sedang giat buat persiapan majlis kahwin yang masih berbaki empat bulan lagi. Ikutkan perancangan pihak saya nak hantar rombongan pada 1 Syawal lalu, namun ia terpaksa ditunda kerana pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan 3.0 selain tak boleh nak rentas negeri. 

"Jadi kami ambil keputusan untuk serahkan cincin terlebih dulu untuk majlis tunang. Ketika itulah kedua belah keluarga sepakat untuk langsung majlis nikah pada 26 Februari depan. Insya-Allah," katanya. 




Zalif berkata, persiapan menuju hari bahagia mereka sudah pun melebihi 50 peratus. 

"Jujurnya, tiada apa-apa maksud istimewa di sebalik tarikh ini. Cumanya tarikh ini dirasakan waktu paling sesuai untuk kedua keluarga kami bertemu dan saling berkenalan. Selain itu ada juga di antara keluarga saya yang belum berkesempatan untuk bertemu ketika bapa meninggal dunia Januari lalu. Inilah masanya kembali rapatkan silaturrahim. 

"Dari segi persiapan sudah lebih 50 peratus. Apabila sudah tempah dewan, tak perlu lagi nak fikirkan soal pelamin apa semua kerana semuanya sudah disediakan. Tinggal lagi nak cari baju kahwin dan cukupkan hantaran," katanya. 


Sementara itu, Zalif yang turut terbabit bersama pasukan produksi penerbitan, Dream At Work Sdn Bhd berkata, dia dan pasangan memilih untuk melangsungkan majlis secara sederhana. 

"Awalnya memang ada rancang untuk anjur majlis dengan lebih meriah, tapi bila mengenangkan fasa pandemik ini, kami pilih untuk bersederhana sahaja. Kalau nak diikutkan pun, saya okay saja kalau perlu nikah dulu, majlis kemudian. 

"Malah sebelum ini pun ada juga rakan artis yang bernikah secara dalam talian atas sebab tertentu. Saya tak kisah cuma kami pun perlu hormati permintaan kedua belah keluarga. Tak boleh nak pentingkan diri-sendiri juga," katanya lagi. -CARI

Sumber: Harian Metro

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slyfynx 21-10-2021 09:53 AM
Sumpah x tau nape, tp bile tgk muke die ni mmg rase haish, meluatnye.
Sedangkan die x de salah pun kat aku.
Kenal aku pn x
Quote makadek 21-10-2021 10:00 AM
slyfynx replied at 21-10-2021 09:53 AM
Sumpah x tau nape, tp bile tgk muke die ni mmg rase haish, meluatnye.
Sedangkan die x de salah pun k ...

Mcm bpok sikit
Quote iznanaziz 21-10-2021 11:44 AM
Dia ni ke dulu yg minat Rafidah Ibrahim tu?
Quote Jiddin 21-10-2021 11:54 AM
iznanaziz replied at 21-10-2021 11:44 AM
Dia ni ke dulu yg minat Rafidah Ibrahim tu?

Surprisingly it was the other way around
Quote zie_indah 21-10-2021 07:06 PM
Alhamdulillah tahniah moga mjlis berjalan lancar
Quote axl_bach 22-10-2021 01:16 AM
iznanaziz replied at 21-10-2021 11:44 AM
Dia ni ke dulu yg minat Rafidah Ibrahim tu?

bkn sipidah tu ke yg minatkan dia? ke aku silap
Quote chandrahusin 22-10-2021 11:42 AM
dia ni mesti kaya byk duit
dr iklan TV billboard & radio byk dia endorse
yg best2 plk tu mcm DIGI & Nescafe
bukan iklan jamu
Quote wirazam 22-10-2021 02:13 PM
chandrahusin replied at 22-10-2021 11:42 AM
dia ni mesti kaya byk duit
dr iklan TV billboard & radio byk dia endorse
yg best2 plk tu mcm DIGI &  ...

Artis yg rajin mestilar  kaya raya..yg tak kaya jenis jenis yg perasan Alister ke hulu hilir...pastu merentan sosmed tak byk pengikuttt
Quote beta_carotene 22-10-2021 02:27 PM
slyfynx replied at 21-10-2021 08:53 AM
Sumpah x tau nape, tp bile tgk muke die ni mmg rase haish, meluatnye.
Sedangkan die x de salah pun k ...

ada org mmg dilahirkan dgn muka mintak sepak gtew
Quote Pak.dolla 22-10-2021 02:32 PM
Dia ni baik orgnya..
Quote nakkomenjugak 22-10-2021 08:09 PM
Congrats maskot digi
Quote LoveSungmin 22-10-2021 08:33 PM
slyfynx replied at 21-10-2021 09:53 AM
Sumpah x tau nape, tp bile tgk muke die ni mmg rase haish, meluatnye.
Sedangkan die x de salah pun k ...

sama la.. i pun meluat.. berlakon entah apa2.. iklan dia berlakon pun i tak ingin nak tengok..
Quote che-cikL 22-10-2021 10:08 PM
Macam ulang tayang je thread ni. Nak kejar RM1.30 sampai kena recycling ke?
Quote eely_shana 24-10-2021 09:07 AM
Tahniah zalif n pasangan
Quote Cleocatra 24-10-2021 09:18 AM
Muka katon sangat mamat ni
Pompuan tu filter berlapis2
Cer tengok muka ori, lawo ke tidok
Quote minah_selekeh 24-10-2021 08:17 PM
slyfynx replied at 21-10-2021 09:53 AM
Sumpah x tau nape, tp bile tgk muke die ni mmg rase haish, meluatnye.
Sedangkan die x de salah pun k ...

Kita samaaaa! Aku ingat aku je yang meluat tak tentu pasal. Tapi memang menyampah betul tengok gelagat dia especially bila berlakon lawak.. Tak lawak langsung!

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 08:45 PM GMT+8 , Processed in 0.054392 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top