CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Diberi Hadiah Murah, Kekasih Janna Nick Pura-Pura Gembira

21-10-2021 09:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 11951| Komen: 89

Description: Air mata jantan pelakon Dini Shatzmann tumpah saat terkena prank (usikan) oleh kekasihnya sendiri yang juga pelakon Janna Nick sempena hari jadinya yang ke-27 tahun baru-baru ini.
Air mata jantan pelakon Dini Shatzmann tumpah saat terkena prank (usikan) oleh kekasihnya sendiri yang juga pelakon Janna Nick sempena hari jadinya yang ke-27 tahun baru-baru ini.


Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik Janna dalam Instagram miliknya, pemilik nama lengkap Dini Azan Schatzmann itu telah diberi hadiah berupa sebuah kamera berspefikasi rendah oleh teman wanitanya.

Foto: IG

Walaupun hadiah tersebut diterima dengan hati terbuka oleh lelaki berdarah kacukan Melayu-Switzerland itu, Janna sebenarnya tahu Dini terpaksa berpura-pura gembira menerima kamera dengan spefikasi rendah yang dihadiahkan kepadanya.

Dalam video tersebut, Dini menunjukkan reaksi gembira dan teruja apabila diberikan hadiah sebuah kamera dan mengucapkan terima kasih kepada Janna dengan raut wajah ‘berpura-pura’.

“Wow kamera. Saya dapat kamera baharu yang kecil. Senang untuk dibawa. Terima kasih sayang,” ujar Dini sambil tersenyum ‘palsu’.



Bagaimanapun pelakon yang pernah membintangi drama Cik Reen & Encik Ngok Ngek itu akhirnya menangis kerana terharu apabila diberitahu bahawa kamera ‘murah’ itu bukanlah hadiah sebenar untuknya, sebaliknya dia telah dibelikan sebuah kamera berspefikasi tinggi daripada jenama Sony bernilai RM23,133.

Bukan itu sahaja, Janna turut menunjukkan sekeping resit apabila memberitahu dia turut membelikan sebuah lensa bernilai RM3,499 yang telah ditempah menjadikan hadiah keseluruhan yang diberikan kepada teman lelakinya itu bernilai lebih RM26,000.

“Prank him on his birthday! (kejutan untuknya sempena hari jadi). Saya memang tak reti beli barang-barang gajet. Kalau kamera atau telefon memang Dini yang akan buat penilaian dan beli.



“Jadi hari jadi dia, saya beli kamera low spec (spefikasi rendah) untuk beri kejutan kepadanya. Dia tahu kamera itu spefikasi rendah tapi dia terpaksa berpura-pura suka sebab saya dah beli,” tulis Janna.

Menjengah dalam ruangan komen, video usikan Janna terhadap Dini turut mendapat perhatian dalam kalangan rakan-rakan artis apabila mereka turut terhibur melihat aksi kedua-dua pasangan kekasih itu.

“Manjanya. Sayang kamu berdua,” kata pelakon Emma Maembong.

“Comel sangat!” ujar penyanyi Ernie Zakri.



Sekadar info, Hubungan Dini dan aktres itu bukan lagi rahsia selepas masing-masing memaklumkan mula serius menjalin cinta pada pertengahan 2019.

Terdahulu, Dini membuat kejutan pada ulang tahun ke-26 Janna dengan menghadiahkan sebuah motosikal jenis skuter buat pada Jun lalu. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote naina 21-10-2021 09:44 AM
Kaya2..hadiah main puluh2 K saja untuk hari jadi. Belum lagi hantaran, anniversary..asyukk
Quote slyfynx 21-10-2021 09:50 AM
Ok, x nk carutkan, nnt claim depression pulak.
But you created the platform for people to bash you.
Tahap mende mcm ni pun kene share kt public, rakam.
Nape x rakam bile buang air kecil or buang air besar terus.
Pastu claim ko prank die jgk?
Quote Firis 21-10-2021 10:47 AM
Adakah gosip bertebaran yg mngatakan depe dua ni dah kawin kat siam adalah benar???
Quote Marylis 21-10-2021 11:03 AM
sila nikah cepat
Quote innocent_me 21-10-2021 11:14 AM
Time ni jumpe jantan elok pulak kan penyakit gila vavi tu jannah?
Takde 5 suara ke masa tu?
Bipolar kau tak datang masa ni????
Kalau time berlakon, time wartawan cari, time ada komitment tiba2 je gila kau datang!
yihhhhhhhhhhhhhhhhhh!
Quote maxgamer82 21-10-2021 11:19 AM
innocent_me replied at 21-10-2021 11:14 AM
Time ni jumpe jantan elok pulak kan penyakit gila vavi tu jannah?
Takde 5 suara ke masa tu?
Bipolar  ...

pandai juga sakit tu pilih timing

Quote Cik_jantung 21-10-2021 11:29 AM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 01:19 PM

..........
Quote Kurex 21-10-2021 11:34 AM
Nak gosipkan apo ni?
Quote tipah89 21-10-2021 11:36 AM
selebret dlm rumah ke tu
Quote nanasno 21-10-2021 11:43 AM
tak mampu nak habis kan tengok video tu. cringe terux. meleweh2 suara. geli janna tu cakap cemtu. bukan dai tu mcm kasar2 ke
Quote Zack8hunter 21-10-2021 11:48 AM
Ya Hampunn.. knp la boleh tergamak aku tgk video tu.. habis nk mencarut dah ni [em:6:]
Quote mojarean_X 21-10-2021 12:00 PM
Omg...they like matt and abby. So cute together. Janna, you so lucky
Quote sunshinelady 21-10-2021 12:12 PM
wah kagum mcm mana muda2 gini they have a lot of money to buy hadiah utk org yg belum sah dalam ikatan. mmg jadi artis kaya-raya ka?
Quote nordin84 21-10-2021 12:48 PM
adik dia pun bday jgk kan? dia beli ape utk adik dia
Quote cm_vungtau 21-10-2021 01:06 PM
Tiap2 tahun nak kena berlawan camni ke? Tak letih ke?
Quote yururi 21-10-2021 01:15 PM
Yg last sekali dlm bidio tu ada pelok2 ke
Quote kakakko 21-10-2021 01:36 PM
Wow 26k.. Aku yang gaji tak seberapa ni jenuh pikir nak bagi hadiah apa untuk husband.. Orang berduit ni syok eh semua boleh beli. Untung depa
Quote isbritneybich 21-10-2021 01:38 PM
untung terpaling mental health menagih simpati
Quote KamikuP 21-10-2021 02:28 PM
Meolls kalau perempuan dah jerkah2 mcm tu belum kawen lagi baik la meolls angkat kaki jauh2 tanpa menoleh ke belakang..

Lihat semua komen(89)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 12:05 PM GMT+8 , Processed in 0.259622 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top