CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Intip Gadis Sampai Ke Rumah, Onani Atas Motor Tinggalkan Air Mani

21-10-2021 08:20 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2097| Komen: 11

Description: Jakarta– Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah di Jakarta menunjukkan seorang lelaki mengekori dan mengintip seorang wanita sebelum duduk di atas motosikal mangsa dan melakukan p ...
Jakarta– Rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) dari sebuah rumah di Jakarta menunjukkan seorang lelaki mengekori dan mengintip seorang wanita sebelum duduk di atas motosikal mangsa dan melakukan perkara tidak senonoh, lapor laman berita Coconuts semalam.


Pemilik motosikal itu yang hanya dikenali sebagai B berkata, dalam kejadian pada Sabtu lalu itu, dia sedang menunggang motosikal untuk pulang ke rumahnya di selatan Jakarta apabila menyedari diekori oleh seorang lelaki yang tidak dikenali.

B mulai berasa bimbang dan menunggang motosikalnya dengan laju untuk menakutkan lelaki itu.


Foto: Twitter

“Apabila saya memberhentikan motosikal saya, lelaki itu juga turut berhenti. Saya menoleh ke belakang (ke arah lelaki itu) dan ternampak dia berpura-pura melihat ke arah rumah-rumah lain,” kata B.

Gadis berusia 18 tahun itu kemudian segera masuk ke dalam rumahnya, namun lelaki itu kemudiannya bergerak menghampiri motosikal B.

Dalam rakaman CCTV yang menjadi tular di media sosial, lelaki itu dilihat duduk di atas motosikal B sambil melakukan perkara tidak senonoh sebelum beredar dari situ beberapa minit kemudian.

B kemudian keluar daripada kediamannya dan terkejut apabila melihat cecair di atas tempat duduk motosikalnya.

“Saya masuk ke dalam rumah lalu menjerit dan menangis kerana terlalu terkejut,” kata gadis itu.

Insiden itu turut menyebabkan B trauma dan takut untuk keluar  rumah.

Sehingga kelmarin, dia dikatakan belum melaporkan perkara itu kepada pihak polis namun seorang pegawai dari daerah Pesanggrahan memaklumkan bahawa pihak polis akan menyiasat perkara tersebut. – CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Mini.Me 21-10-2021 08:57 AM
Jijikss...patut B tinggalkan laa semut kerengga or labah2 atas motor tu biar gigit bebird tu baru padan muka
Quote KamikuP 21-10-2021 09:46 AM
Berita dari yindon ni meollss speed reading jahhh yaa
Quote slyfynx 21-10-2021 09:55 AM
- JAKARTA -
Ok, settle dah isu semasa dari seberang untuk hari ini
Quote Mooverine 21-10-2021 10:13 AM
yucks jijiknya.. makin hari makin seram la dunia ni
Quote pejol 21-10-2021 11:13 AM
bingai nyooo
Quote Artemesiaa 21-10-2021 11:15 AM
Bagus ada cctv senang tahu siapa pelakunya
Quote kakikuDibibirmu 21-10-2021 01:50 PM
Onani Zakarta tersenyum sinis
Quote squeeze 21-10-2021 02:17 PM
ade fetish baru ke?? stim dekat motor??
Quote nakkomenjugak 24-10-2021 10:20 AM
Tak yah menangis
Bawak je parang carik heol lalu sunat untuk kali kedua
Quote edayildiz 24-10-2021 10:24 AM
motor tu kena tukar kusyen baru la gamaknya
Quote kucim 25-10-2021 11:17 PM
Aku pun zizik kalau masuk tandas rumah sendiri atau org..nampak mcm kesan cecair putih2 dlm mangkuk jamban yg tenggelam2 dlm dasar tak pam betul2 ...dah capmelan tp tak reti cuci...benci aku...susah hidup dgn jantz2 ni...pengotor

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

4-5-2024 04:46 AM GMT+8 , Processed in 0.050941 second(s), 39 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top