CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Beribu Kanak-Kanak Perempuan Kahwin Dengan Lelaki Tua Sepanjang Pandemik

20-10-2021 10:13 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3156| Komen: 41

Description: Dhaka: Pihak berkuasa Bangladesh mengesan ribuan pelajar perempuan gagal hadir ke sekolah sebaik sekolah dibuka, berikutan berkahwin sepanjang pandemik COVID-19.
Dhaka: Pihak berkuasa Bangladesh mengesan ribuan pelajar perempuan gagal hadir ke sekolah sebaik sekolah dibuka, berikutan berkahwin sepanjang pandemik COVID-19.


Asma (bukan nama sebenar), 14, berasal dari daerah utara Rangpur antara ribuan yang berkahwin minggu lalu dengan seorang lelaki berusia dua kali ganda lebih tua darinya.

Ayahnya, Shirajul Islam, 56, berkata beliau tidak mempunyai sumber pendapatan bagi menampung keluarga dan terpaksa mengahwinkan dua anaknya sepanjang pandemik COVID-19.


Foto: Getty

Situasi itu sekali gus membimbangkan pihak pihak berikutan Bangladesh berada di kedudukan keempat tertinggi di dunia membabitkan perkahwinan kanak-kanak.


Menurut Tabung Kanak-Kanak Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNICEF), Bangladesh mencatatkan 38 juta perkahwinan kanak-kanak berusia bawah 18 tahun termasuk 13 juta berumur bawah 15 tahun walaupun mengikut undang-undang negara itu, perkahwinan sebelum umur 18 tahun bagi perempuan dan 21 tahun bagi lelaki dilarang.

Pegawai Pendidikan Daerah Kurigram, Md Shamsul Alam, berkata 2,925 perkahwinan kanak-kanak dilaporkan di daerahnya ketika perintah sekatan pergerakan COVID-19 dilaksanakan.

"Daripada jumlah itu, seramai 1,290 adalah pelajar sekolah agama, tetapi bukan hanya kanak-kanak perempuan, kanak-kanak lelaki juga menjadi mangsa perkahwinan disebabkan oleh kemiskinan dan struktur sosial yang teruk," katanya kepada agensi berita Anadolu.

Sementara itu, di daerah Bagerhat di barat daya, seramai 3,200 perkahwinan kanak-kanak dilaporkan sepanjang sekolah ditutup.

"Kami tidak dapat menghentikan perkahwinan kanak-kanak secara paksa kerana penjaganya menyembunyikan dan penduduk kampung tidak mahu menjadi saksi untuk mengambil tindakan undang-undang," menurut Pegawai Pendidikan Daerah itu, Md Kamruzzaman.

Sementara itu, Setiausaha Kementerian Hal Ehwal Wanita dan Kanak-kanak, Md Sayedul Islam, berkata kajian lapangan yang lengkap perlu dilakukan untuk mengetahui keadaan secara terperinci.

Katanya, data yang ada setakat ini menunjukkan pelajar tahap sembilan dan 10 adalah mangsa terburuk dalam perkahwinan bawah umur

"Penutupan sekolah menyebabkan ibu bapa mengikat ikatan perkahwinan anak-anak mereka.

"Kami bekerja keras untuk mengatasi perkara ini dan mempunyai undang-undang dan sistem pemantauan yang ketat di lapangan," katanya. -CARI

Sumber: Berita Harian

Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MontanaHannah 20-10-2021 10:20 AM
india , bangla ,rohingya , pakistan  semua susur galur tikus .


dari dulu smapai kiamat xkan maju bangsa tu

dari rupa sehingga ke perangai semua buruk

entah sial apa Tuhan cipta puak nakharom semacam itu atas muka bumi ini.

tengok pun rasa nak tikam bagi mati

Quote izanagi 20-10-2021 10:24 AM
Yang paling aku benci ialah menggunakan agama untuk menghalalkan nafsu pedo lelaki tua.
Quote Mr_Beruk 20-10-2021 10:28 AM
It's a way of life... prfghtt..
Quote shark_eow7 20-10-2021 11:21 AM
reti apa la budak budak tu kawen awal awal. kesiannya.. kang mmg jadi hamba jela budak tu
Quote cmf_premierleag 20-10-2021 12:11 PM
lobai2 PAS mesti la suka baca berita mcm ni
x sabar nk menutoh anak org yg sebaya anak sendiri
Quote copy_paste 20-10-2021 12:16 PM
org tua x bertgwb,
tau buat anak tp xpandai jaga,
Quote naina 20-10-2021 12:22 PM
Hanya pendidikan dan ilmu mampu ubah generasi. Ni awal2 dh kawenkan.. gitu jelah sampai anak cucu nanti
Quote DayangKirana 20-10-2021 12:28 PM
and the cycle never stops.

Dah tau tak mampu, kenapa beranak mcm tikus tiap2 tahun.
sama mcm konsep ummah meleis pprt. Hujung2 meroyan kos living tinggi tapi failed bab family planning.
Quote green~tea 20-10-2021 12:49 PM
Kenapa nak kawen ngn kanak2... micropenis ke
Quote shernazz 20-10-2021 12:56 PM
Teringat nama lecturer micro iols dolu
Mazharul islam
Dia punya loghat bangla mmg pekat
Quote shernazz 20-10-2021 12:59 PM
green~tea replied at 20-10-2021 12:49 PM
Kenapa nak kawen ngn kanak2... micropenis ke

Bodo kan depa neh
Tak leh hadam iols
Quote Artemesiaa 20-10-2021 01:11 PM
Dalam apa2 keadaan selalu anak perempuan jadi mangsa tak kiralah akibat kemiskinan, banyak hutang, senangkan ahli keluarga lain etc etc etc
Quote bintangct 20-10-2021 01:28 PM
MontanaHannah replied at 20-10-2021 10:20 AM
india , bangla ,rohingya , pakistan  semua susur galur tikus .



bukan ke belah2 ereb dan afrika sana pun sama juga ke byk kawin budak2
Quote lattehazelnut 20-10-2021 01:31 PM
MontanaHannah: india , bangla ,rohingya , pak ...

Tp diorg lg berjaya n senang nak nak carik rezeki dlm msia ni drp org melayu..
Siap jd bumi lg..
Quote missus_meow 20-10-2021 01:32 PM
ramainya pedofil ...
Quote tripleid 20-10-2021 01:33 PM
Quote zonan4 20-10-2021 01:57 PM
alahai korang nih kat USA masih legal underage marriage korang tak bising pulak... tutup mata sebab bukan ISLAM kan? hati busuk korang nih... dah la gi meroyan cerita lain....
Quote Cik_jantung 20-10-2021 03:35 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:54 PM

..........
Quote edayildiz 20-10-2021 04:02 PM
teh ais dhaka tu sempena dhaka ni ke?
i punya Hod baru ni india tp india malaysia la..pelik la perangai dia..suka perati tp bila depan pandang pun tamo..rasa tamo g krrja kalau heols ada..xselesa..menyesal jgk tkr team ini..apa mslh org gini eh..ngn kaum dia pun dia gitu jgk..nk kata pemalu...malu apa...

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 07:11 AM GMT+8 , Processed in 0.048590 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top