CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

“Takkan Nak Tanya Setiap Penyumbang?” -Uncle Kentang Jelaskan Tuduhan Terima Wang Haram

20-10-2021 11:05 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 3982| Komen: 57

Description: Aktif menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan memerlukan, tiba-tiba nama aktivis sosial yang cukup terkenal di Facebook, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, menjadi 'panas'.
Aktif menyalurkan bantuan dan sumbangan kepada golongan memerlukan, tiba-tiba nama aktivis sosial yang cukup terkenal di Facebook, Kuan Chee Heng atau Uncle Kentang, menjadi 'panas'.


Semuanya gara-gara dakwaan yang mengaitkan kononnya duit sumbangan yang diterimanya bagi menjalankan kerja-kerja kebajikan, datang daripada sumber haram.

Foto: FB

"Setiap hari ramai yang menyumbang sama ada RM1, RM2, RM10 ataupun lebih masuk dalam akaun. Takkan kita nak tanya setiap penyumbang tu duit mereka halal ke tak halal. Itu tak masuk akal namanya.

"Kadang-kadang ada dalam kalangan penyumbang ni sibuk namun dalam masa yang sama tetap nak membantu orang lain, jadi mereka akan sumbang kepada kita atau badan-badang tertentu.


"Setiap sen yang mereka sumbangkan itu adalah hasil daripada titik peluh mereka. Bila mereka amanahkan kepada kita, sudah tentunya kita akan gunakan untuk kebaikan bersama," katanya kepada mStar.


Foto: FB

Beberapa hari lalu, Uncle Kentang turut membuat penafian mengenai dakwaan berkenaan di laman Facebook beliau.

"Jangan jadi kekok dan tanya saya adakah duit sumbangan yang saya terima itu halal atau tidak atau perkhidmatan ambulans yang kita beri adakah dari hasil halal atau sumbangan halal.

"Saya mengaku dan bersumpah segala usaha yang kita buat adalah halal," tulisnya.

Dalam pada itu aktivis ini menambah, dakwaan sedemikian langsung tidak melunturkan semangatnya untuk terus berjuang membela golongan yang memerlukan.

Foto: mStar Online

Malah beliau turut meluahkan rasa syukur kerana sumbangan yang diterima pihaknya tidak pernah putus.

"Ia langsung tidak melunturkan semangat saya. Yang persoal dan pertikai itu hanyalah seorang, sedangkan yang menyokong itu ada 99 orang.

"Bila diteliti di laman komen, semestinya terlalu ramai yang berdiri di belakang saya. Mereka tetap menaruh kepercayaan kerana tahu apa yang kita buat.

"Perkara ini tidak menjejaskan atau membuatkan saya kecewa. Bagi saya, ia adalah perkara biasa... asam garam. Selagi mana ada yang menyumbang, perkara baik ini akan kita teruskan," ujarnya sambil mengucapkan terima kasih kepada netizen serta rakyat Malaysia yang sentiasa memberikan sokongan.

Meneliti laman komen, rata-ratanya memberikan semangat kepada aktivis tersebut agar meneruskan usaha mulianya dan tidak perlu mengendahkan 'pihak' yang negatif.

"Mereka tu semua manusia b*d*h yang hanya tahu mencari salah orang lain. Kalau tak nak menderma membantu tak payahlah mengata kerja ikhlas orang lain.

"Takkan Uncle Kentang nak interview dulu semua individu yang menderma itu. Pakailah otak.

"Uncle sabar banyak, kalau kita berbuat baik ni banyak halangannya. Saya harap uncle diberikan kesihatan yang baik, semoga boleh terus membantu sesama manusia," demikian antara komen yang dilontarkan netizen. -CARI

Sumber: mStar Online

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote angelofish 20-10-2021 12:07 PM
bagi ai uncle kentang paling ikhlas sekali bersedekah..
Quote yururi 20-10-2021 12:27 PM
Uncle klu pakai jubah, serban, meratib sebak sayu sbb bidadari baru orang tak pertikai halal or haram sumbangan uncle
Quote Samerosie 20-10-2021 12:39 PM
Hai biasalah orang melayu memang suka over think.  Lepas tu merepek2 tomah orang.
Quote kemaruk 20-10-2021 12:41 PM
Samerosie replied at 20-10-2021 12:39 PM
Hai biasalah orang melayu memang suka over think.  Lepas tu merepek2 tomah orang.

ko melayu ke?

kenapa ko anti sangat dengan melayu ye?
Quote Cik_jantung 20-10-2021 12:42 PM
Edited by Cik_jantung at 15-1-2022 12:53 PM

..........
Quote aHoi83 20-10-2021 12:42 PM
Edisi siasat dh bongkarkan…. Sapa nk terus taksub , sila kan
Quote Samerosie 20-10-2021 12:43 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 12:41 PM
ko melayu ke?

kenapa ko anti sangat dengan melayu ye?

Melayu2 macam kau le aku anti.
Quote kemaruk 20-10-2021 12:44 PM
Samerosie replied at 20-10-2021 12:43 PM
Melayu2 macam kau le aku anti.

malu nak ngaku bangsa sebenar ko ke
Quote Samerosie 20-10-2021 12:46 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 12:44 PM
malu nak ngaku bangsa sebenar ko ke

Bangsa aku is non of your business.  Kan betul apa aku cakap earlier.  Bzbody lepas tu tomah la kan.
Quote kemaruk 20-10-2021 12:47 PM
Samerosie replied at 20-10-2021 12:46 PM
Bangsa aku is non of your business.  Kan betul apa aku cakap earlier.  Bzbody lepas tu tomah la ka ...

masalahnya ko hina bangsa melayu
jadi memang benar le kan ko malu nak ngaku bangsa sebenar ko

takpe satu forum tahu

sekurang-kurangnya forumer lain yang anti melayu ngaku dirinya bukan melayu


Quote shernazz 20-10-2021 12:52 PM
Uncle ni baru sewa ke beli satu lot kedai area bawal exclusive tu
Utk jadikan opis bg bantuan tak silap
Quote Samerosie 20-10-2021 12:53 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 12:47 PM
masalahnya ko hina bangsa melayu
jadi memang benar le kan ko malu nak ngaku bangsa sebenar ko


What i am is none of your business der.  so nak pakai racial card la ni ye? Melayu yg tertindas di negara sendiri.  When it suits you.   Boohoohoo sedihnya rasa di hati ku ini.  Sakitnya di mana tu?  Mesti kau pakai tanjak kan kan kan.  Udah la malas aku layan org macam kau ni.  Stick to the topic please.
Quote kemaruk 20-10-2021 12:56 PM
Samerosie replied at 20-10-2021 12:53 PM
What i am is none of your business der.  so nak pakai racial card la ni ye? Melayu yg tertindas di ...

yang mula petik2 bangsa tu engkau

takpe puas ler hati ko kutuk2 melayu kan?

anti bebenar ko ngan melayu ye

kalau ko malu ngaku bangsa sebenar ko takpe bangkem paham

tapi bangkem bangga jadi melayu

HIDUP MELAYU

Quote Samerosie 20-10-2021 12:59 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 12:56 PM
yang mula petik2 bangsa tu engkau

takpe puas ler hati ko kutuk2 melayu kan?


Yea yea and i imagine yg tanya2 dan ckp about uncle kentang ni semua cina dan india lah ye sampai uncle kentang kena justify that duit donations tu “halal”.  Mmmm doesnt take a genius to figure that one out la kem.
Quote kemaruk 20-10-2021 01:06 PM
Samerosie replied at 20-10-2021 12:59 PM
Yea yea and i imagine yg tanya2 dan ckp about uncle kentang ni semua cina dan india lah ye sampai  ...

jangan la petik "melayu"

sekurang-kurangnya sebut la lobai ke ustazah cyber ke etc

ko maybe tak tahu orang melayu ler banyak sumbang wang dan tenaga dekat uncle kentang ni

bangkem dengan uncle kentang dari zaman satem diman lagi dan zaman bangkem kat UPM serdang dulu
Quote Samerosie 20-10-2021 01:21 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 01:06 PM
jangan la petik "melayu"

sekurang-kurangnya sebut la lobai ke ustazah cyber ke etc

Okok my bad sorry sorry.  Lobais and lobainitas.  Ye tau ramai yg menderma dari kalangan melayu, i pun ada juga derma juga tapi apa uncle kentang buat after that dgn duit tu siapa dia nak bagi ke nak tolong ke apa i takan tanya. That is trust plus uncle kentang bukan some shady person.  Dia nak guna part of duit yg i derma untuk beli makan for himself or volunteers pun i tak kisah.  Halal.  For me niat hati i.  Baru hati senang dan lapang tak hitam tak was was tak suspicious.

Yg kesian sampai uncle kentang have to justify. Lepas tu bila ada je kat fb ke apa orang minta derma pandai la ramai2 pakat tag uncle kentang pula.
Quote Samerosie 20-10-2021 01:23 PM
kemaruk replied at 20-10-2021 01:06 PM
jangan la petik "melayu"

sekurang-kurangnya sebut la lobai ke ustazah cyber ke etc

Okok my bad sorry sorry.  Lobais and lobainitas.  Ye tau ramai yg menderma dari kalangan melayu, i pun ada juga derma juga tapi apa uncle kentang buat after that dgn duit tu siapa dia nak bagi ke nak tolong ke apa i takan tanya. That is trust plus uncle kentang bukan some shady person.  Dia nak guna part of duit yg i derma untuk beli makan for himself or volunteers pun i tak kisah.  Halal.  For me niat hati i.  Baru hati senang dan lapang tak hitam tak was was tak suspicious.

Yg kesian sampai uncle kentang have to justify. Lepas tu bila ada je kat fb ke apa orang minta derma pandai la ramai2 pakat tag uncle kentang pula.
Quote tripleid 20-10-2021 01:38 PM
Atleast dia berganda lbh baik drpd ebit liew penunggang agama tersohor tuh..
Quote Samerosie 20-10-2021 01:46 PM
tripleid replied at 20-10-2021 01:38 PM
Atleast dia berganda lbh baik drpd ebit liew penunggang agama tersohor tuh..

One of the reason i prefer menderma ke uncle kentang dari ustaz2 type ni.

Lihat semua komen(57)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:17 PM GMT+8 , Processed in 0.060192 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top