CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Ika Nabella Disindir Tak Layak Tunai Umrah

20-10-2021 08:36 AM| Diterbitkan: CARI-MRO| Dilihat: 2466| Komen: 16

Description: Pelakon Ika Nabella percaya, sangat penting untuk setiap orang menjauhkan diri daripada manusia toksik dan memastikan pergaulan dikelilingi individu positif serta memberi aura baik.
Pelakon Ika Nabella percaya, sangat penting untuk setiap orang menjauhkan diri daripada manusia toksik dan memastikan pergaulan dikelilingi individu positif serta memberi aura baik.


Menurut pemilik nama lengkap Ika Nabila Abdul Rahim itu, manusia yang toksik bukan sahaja menjatuhkan air muka bahkan mampu meruntuhkan semangat seseorang.


Foto: IG

Mengakui sering berdepan dengan manusia toksik, Ika berasa hairan melihat golongan yang menganggap diri mereka terlalu sempurna berbanding orang lain.

Perkara tersebut dilalui sendiri oleh Ika, 32, apabila dia disindir seorang individu yang cukup sempurna ilmu agama tetapi dengan mudah melabelkan dirinya tidak layak mengerjakan ibadah umrah.




“Seseorang kata yang saya tidak layak untuk kerjakan umrah. Seorang manusia yang cukup sempurna didikan agamanya kata, ‘tak layak’.

“Kata-katanya terlalu melukakan hati saya sampaikan rasa sekarang juga nak tempah. Saya menyimpan impian untuk menunaikan umrah sejak saya berhijrah,” katanya dalam hantaran InstaStory.

Tambah pelakon drama Bahagia Bukan Bidaan itu, dia selama ini sebenarnya sedang bertarung dengan diri sendiri untuk mempelajari ilmu agama demi menjadi seorang manusia yang lebih baik.



“Saya benar-benar memaksa diri untuk belajar agama, mengaji betul-betul dan belajar tajwid. Bangun pagi sertai kuliah. Demi Allah, saya cuba jadi orang yang lebih baik. Kenapa? Sebab saya lemah.

“Saya tak pasti tentang orang lain. Tapi saya memang bergelut. Rezeki saya ada ustazah yang selalu ingatkan saya setiap kali kelas. Supaya saya tak lupa dan sentiasa berpegang teguh dengan niat. Tapi orang-orang begini…entahlah,” katanya lagi.

Tambah ibu kepada seorang cahaya mata itu, golongan manusia yang toksik perlu menghentikan tabiat dan sikap buruk mereka terhadap orang lain.



“Tak payah masuk kedai ni, semua saiz S, tak ada saiz gajah. Jangan pakai tudung putih lah, nanti jadi tahi cicak. Perangai macam ni nak pergi umrah? Tak payah berangan, tak layak. Siapa pernah berhadapan situasi di atas?

“Orang-orang sebegini patut hentikan semua ini. Salah kalau bercakap begitu kepada orang lain. Mereka bukan adik-beradik, pasangan atau kawan rapat kalian! Ini bukan gurauan. Macam manalah nak hentikan semua ini,” luahnya. -CARI

Sumber: Kosmo

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote dudaberhias 20-10-2021 09:08 AM
Pegi je lah dikk, tak payah nak fikir dan dengar cakap orang sangat.

Orang2 toksik ni kita hanya perlu beliakkan bijik mata dan jeling hantar penyakit ain pada orang tu dengan harapan dia akan di timpa bala agitteww.. memang selayaknya pun... Lagi ramai buat lagi cepat... eh choiiii
Quote KamikuP 20-10-2021 10:01 AM
Dia ni ke yg kena lempang ngan pengarah masa dulu tu?
Quote djzara81 20-10-2021 10:32 AM
Pendapat personal aku, bila Allah mudahkan hambanya mendapat peluang buat umrah, pegi ajelah walopon rasa diri byk dosa & belum cukup ilmu agama. Aku smpi sudah belum ada peluang buat umrah. Pedulikan kata2 org sekeliling yg dah tentu bukan diorang yg sponsor byr pakej umrah.
Quote NekNgah 20-10-2021 12:20 PM
Rezeki kita Allah dah tentukan.  Kalau Allah dah jemput kita ke rumahNya, tak kira seberapa besar halangan di hadapan, kita tetap akan sampai ke sana.
Quote Raline 20-10-2021 08:18 PM
Ika Nabella, disindir tak layak tunai umrah

Post time 19-10-2021 10:09 PM
Quote naina 20-10-2021 08:40 PM
Cantik manis dia ni..pandai berlakon tak kaku kejung
Quote Cikembok 21-10-2021 02:17 AM
Berlakon best.. Tapi lama dah dia x berlakon kan
Quote nolya 24-10-2021 05:16 PM
Persetankan cakap2 orang yg menilai layak-tak layaknya seseorang menjejakkan kaki ke Tanah Haram. Malah bila IN simpan hasrat untuk meniti ke jln Allah, itu terlebih baik drp orang yg bercakap. Bumi ini milik Allah dn atas izinNya jua manusia boleh sampai ke sana. So IN tak perlu terkesan hati, kuatkan semangat.  Cuma bila nak pergi umrah, harus dgn niat Lillai Ta a'la.
Quote kelapaparut 24-10-2021 05:19 PM
elok name ig dia, ikan abella
Quote nolya 24-10-2021 05:44 PM
djzara81 replied at 20-10-2021 10:32 AM
Pendapat personal aku, bila Allah mudahkan hambanya mendapat peluang buat umrah, pegi ajelah walopon ...



Umrah adalah penyempurnaan ibadah bagi umat Islam dlm rukun Islam yg 5 dn ke-5. Selain umrah haji, umrah biasa [sunnah] boleh dikerjakan sepanjang tahun dn sesiapa muslimin, ada duit boleh tunaikan umrah. Terasa spt orang yg banyak dosa, dianjurkan lakukan solat sunat dn solat taubat sebelum pergi.  Yg kurang ilmu agama, belajarlah, tumpukan khusus kpd ibadah umrah, syarat2nya dn pantang larangnya. Ini supaya jemaah tidak terlanggar pantang-larang yg kemudian dikenakan dam. Fahami bab tanah haram/tanah halal, miqat, tawaf, sai dn menggunting rambut. Dn tak kalah penting juge, jgn ada rasa besar diri, terdetik takabbur pun adalah akibahnya. Bawalah niat dn iktikad semata2 mencari keredhaan Allah, bila di sana banyakkan solat2 sunat dn mengaji [kalau mampu khatam sekali].
Hari ini biaya umrah mahal, maka bila ada peluang, ambillah peluang sepenuhnya menghayati ibadah ini.
Tak kenal maka tak cinta... Mekah dn Madinah, satu kali ke sana, rindu tetap menggamit rasa.
Quote cmf_premierleag 24-10-2021 05:46 PM
marhaennya muka ko dik
kalo lalu sblh akak pun akak ingat ko acik2 gomen keje opis
Quote djzara81 25-10-2021 12:33 PM
nolya replied at 24-10-2021 05:44 PM
Umrah adalah penyempurnaan ibadah bagi umat Islam dlm rukun Islam yg 5 dn ke-5. Selain umrah haj ...

Tq sis Nolya. Aku mmg berhajat & berdoa utk menunaikn umrah & haji sementara umur masih muda & kuat.
Quote nolya 25-10-2021 03:14 PM
djzara81 replied at 25-10-2021 12:33 PM
Tq sis Nolya. Aku mmg berhajat & berdoa utk menunaikn umrah & haji sementara umur masih muda & kua ...

Biaya haji dn umrah  [wajib] tetap naik saban tahun. Biayanya semakin naik.  Akankah nanti kita akan menjadi golongan yg tak mampu. Senarai sbg calon haji semakin panjang  dn terlalu lama menunggu giliran. Laratkah nanti atau berkesempatankah sedangkan umur semakin tua dan kudrat menghakis tenaga. Ttpi bagi mereka yg ada rezeki lebih mungkin bergaji besar atau bisnis kencang, menabunglah dn cukupkan biayanya. Sesape yg nak umrah sunnah dulu pun pergilah.  Saya jamin once U dah pergi akan mau pergi dan pergi lagi. Tak ade kesyahduan dn kebahagiaan murni yg dapat U rasai bila U pernah berada di sana.  
Aura Mekah dn Madinah benar2 boleh meresap ke dlm hati sanubari insan yg benar2 beribadah di situ. Ur first impression nengok Kaabah, tak ade seindah kata yg dpt menggambarkan, malah sanubari akan terketuk mengajak untuk menyedari/mengenali siapalah diri ini di sisiNya. Kita ini tak ade apa2 sebenarnya melainkan insan yg penuh dgn dosa. Lantas air mata mengalir deras, tak terbendung bagaikn paip pecah. Kekadang terlihat juga mereka OKU, dgn segala kekurangan anggota badan ttpi tetap gigih bertawaf 7 pusingan, berbanding dgn kita yg cukup sifat, sering ngelat untuk beribadat. Allahu Rabbi.

Hari ini Mekah dah cukup2 cantik, mengagumkan sesaujana mata memandang. Tak ada alasan untuk tidak mau beriktikaf di dlm masjid sambil bersolat2 sunat.
Tak ada sedamai2 dn setenang2 hati merasa melainkan bersujud di Masjidil Haram jua. Semoga saya dpt lagi ke sana untuk kesekian kalinya.
Quote nolya 25-10-2021 03:19 PM
cmf_premierleag replied at 24-10-2021 05:46 PM
marhaennya muka ko dik
kalo lalu sblh akak pun akak ingat ko acik2 gomen keje opis



Wajah hanyalah hiasan luaran sedangkan taqwa hiasan iman, giteww.
Quote makton 27-10-2021 08:27 AM
dia ni belakon cite ape?
tgk muka dia terus terbayang bella khan youtuber yg promot iklan LCD projector tu
Quote eely_shana 1-11-2021 08:56 PM
Layak je. sape lah yg dok pertikai layak ke tidak

Lihat semua komen(16)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 11:03 AM GMT+8 , Processed in 0.120815 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top