CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Zionis didakwa rancang penghapusan budaya

17-6-2013 09:55 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2569| Komen: 8

Description: KUALA LUMPUR 16 Jun - Rejim Zionis kini sedang melaksanakan misi penghapusan budaya (de-Arabization) terhadap semua warisan yang dimiliki oleh Arab Palestin di Tebing Barat bagi memastikan identiti um ...



KUALA LUMPUR 16 Jun - Rejim Zionis kini sedang melaksanakan misi penghapusan budaya (de-Arabization) terhadap semua warisan yang dimiliki oleh Arab Palestin di Tebing Barat bagi memastikan identiti umat Islam tersebut dapat dihapuskan secara total.
Penulis buku The General's Son: Journey of an Israeli in Palestine, Miko Peled mendedahkan, usaha tersebut terserlah melalui pelbagai tindakan Israel memusnahkan semangat, monumen, bahan ilmiah dan simbolisme berkaitan Arab Palestin selain membunuh golongan budayawan tanpa sebarang alasan munasabah.
Menurutnya, pembersihan etnik yang telah bermula lebih 65 tahun lalu itu kini berada pada tahap membimbangkan apabila rejim tersebut dilihat semakin agresif dalam misinya merampas semua tanah umat Islam demi sebuah 'negara etnosentrik berdaulat'.
"Israel memulakan usaha melunturkan semangat Arab Palestin dengan menyumbat pemimpin-pemimpin malah golongan marhaen ke dalam penjara bagi memastikan doktrin pembebasan, nilai budaya dan identiti bangsa mereka dapat dihapuskan.
"Oleh itu, peristiwa Naqba atau 'malapetaka' yang menjadi hari peringatan kepada Arab Palestin kini bukan berlaku pada 15 Mei 1948 sahaja tetapi sebenarnya bermula pada tarikh itu sehingga hari ini," katanya ketika menyampaikan syarahan bertajuk 'Beyond Zionism-Hope for peace in Palestine' anjuran Viva Palestina Malaysia (VPM) di Universiti Malaya (UM) di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Miko yang juga anak kepada bekas Jeneral terkenal Israel, Mattityahu berkata, sesiapa sahaja yang menyokong segala usaha untuk melindungi keselamatan negara Israel boleh dianggap menyokong tindakan rejim Zionis itu melakukan pembersihan etnik, pembunuhan beramai-ramai dan kemusnahan terhadap peradaban Arab Palestin.
Perkara ini jelasnya, kerana perkataan 'pendamaian' tidak pernah wujud dalam kamus pentadbiran Israel malah, mereka tidak akan berkompromi terhadap sebarang arahan daripada mana-mana pihak untuk menghentikan kekejaman terhadap masyarakat Arab Palestin.
Bagaimanapun tambahnya, tekanan demi tekanan perlu diteruskan terhadap rejim pimpinan Benjamin Netanyahu itu bagi menunjukkan betapa masyarakat dunia sudah jelik dengan tindakan tidak berkemanusiaan oleh mereka, seperti tekanan yang dilakukan sebelum ini pada isu apartheid di Afrika Selatan.
Melalui Boycott, Divestment and Sanctions (BDS) dan lain-lain pergerakan aktivisme dalam mempertahankan nasib penduduk Palestin, beliau berkata, suara masyarakat dunia telah memberi impak kepada Israel sehingga menyebabkan pemimpin-pemimpin mereka kini berasa bimbang dan tergugat.
"Pada saya, penyelesaian dalam isu ini sebenarnya berada di hadapan kita sahaja iaitu memastikan wujudnya sebuah negara Palestin demokratik yang memberikan hak sama rata kepada kedua-dua pihak Arab Palestin dan Yahudi dalam menjalankan kehidupan mereka. Perkara ini sukar, tetapi buat masa ini, ia adalah sesuatu yang sangat relevan," katanya.
Dalam pada itu, Pengerusi VPM, Datuk Dr. Musa Mohd. Nordin berkata, usaha meningkatkan infrastruktur di Palestin tidak hanya bergantung di bahu pertubuhan-pertubuhan bukan kerajaan (NGO) semata-mata tetapi perlu juga digalas kerajaan.
"Kerajaan Turki telah membina sebuah hospital bernilai RM50 juta di Palestin dan saya harap kerajaan kita mengikut jejak negara tersebut kerana inisiatif sebegini bukan sahaja dapat membantu kehidupan harian penduduk malah meningkatkan imej kemanusiaan Malaysia di persada dunia," katanya.









2

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
4

Sedih
2

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (17 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote pakweneelofa 17-6-2013 10:45 AM
mengarutlah...
Quote DeMax 17-6-2013 10:48 AM
Sikit2 Yahudi..siki2 yahudi..kalau bukan bangsa Yahudi kita masih hidup dlm teknologi purba
Quote encikotot 17-6-2013 10:52 AM
xkanla psal teknologi kite snggup tgok depa bunuh org suka2...
Quote gogo2 17-6-2013 10:55 AM
Budaya pengganas perlu dihapuskan.
Quote v(T.T)v 17-6-2013 11:01 AM
Eh eh Utuseks, siapa yg buat seruan menghapuskan sekolah aliran, beza ke dgn hapus budaya?
Quote lavendernovella 17-6-2013 11:30 AM
dorang dah rancang benda ribuan tahun yang lalu ......

those who really love to read, will at least have and idea.. Last edited by lavendernovella on 17-6-2013 11:32 AM

Quote freebird 17-6-2013 11:34 AM
Adalah menjadi kewajipan kita  sebagai seorang Islam untuk bersedih...
Quote pyropura 17-6-2013 11:38 AM

...Miko Peled ni pengkhianat bangsanya sendiri, ibarat worang Mulayu masok DAP kekdahnya (ikot kata cacai pprt lah)....

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

11-5-2024 05:28 PM GMT+8 , Processed in 0.099184 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top