CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Pertubuhan Warisan Melayu (Pwm) Johor Minta Henti Serangan Terhadap Najib

27-4-2015 10:16 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6477| Komen: 53

Description: "Pertubuhan Warisan Melayu Yang Mengadakan Mesyuarat Agung Hari Ini Memutuskan Untuk Mengemukakan Resolusi Bagi Melindungi Kepimpinan Negara Dan Menyatakan Sokongan Tidak Berbelah Bahagi Kepada Datu ...
Henti serangan terhadap Perdana Menteri



BATU PAHAT - Pertubuhan Warisan Melayu (PWM) Johor hari ini meminta semua pihak supaya menghentikan serangan terhadap Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, dan kembali bersatu demi kepentingan agama serta bangsa.
   
Presidennya Datuk Abdul Rahman Yunos berkata menegur pemimpin dengan perbuatan menghentam bukan merupakan adab dan budaya Melayu, sebaliknya ia perlu dilakukan secara berhemah.
   
"pertubuhan Warisan Melayu yang mengadakan mesyuarat agung hari ini memutuskan untuk mengemukakan resolusi bagi melindungi kepimpinan negara dan menyatakan sokongan tidak berbelah bahagi kepada Datuk Seri Najib Tun Razak.
   
"Kalau hendak buat teguran, buatlah secara berhemah, berbudi pekerti dan beradab cara orang Melayu kerana Pertubuhan Warisan Melayu yakin pemimpin boleh menerima teguran tetapi bukan dengan cara dihentam kiri, kanan, depan dan belakang," katanya.
   
Abdul Rahman berkata demikian kepada pemberita selepas majlis perasmian mesyuarat agung PWM Johor oleh Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi, di sini hari ini.
   
Sehubungan itu, Abdul Rahman meminta semua pihak yang terlibat dengan serangan terhadap Najib supaya kembali ke pangkal jalan bagi mengelak berlakunya persengketaan.
   
Beliau berkata semua pihak khususnya orang Melayu perlu belajar dari sejarah mengenai keruntuhan beberapa kerajaan di dunia, adalah berpunca akibat persengketaan antara satu sama lain.
   
"Adat Melayu juga tidak pernah menjatuhkan pemimpin sendiri biarpun barisan kepimpinan itu boleh ditukar atau diganti pada bila-bila masa.
   
"Namun, kini bukan masanya lagi untuk kita menukar kepimpinan negara kerana banyak perkara perlu dilalui dan diselesaikan terlebih dahulu," katanya.
   
Sementara itu, Ab Aziz yang juga Ahli Majlis Tertinggi Umno berkata beliau menyambut baik resolusi tersebut yang mencerminkan kehendak orang Melayu untuk bersatu dan mengetepikan segala sengketa yang tidak menguntungkan negara.
   
Beliau berkata apa jua masalah yang melibatkan pentadbiran negara, perlunya satu pihak yang bertindak 'mengawasi dan mengimbangi tindakan' bagi memastikan semua perkara diurus dengan baik.
   
"Kita tidak mahu Wawasan 2020 terhenti sekerat jalan...kita ada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan pelbagai pihak yang dapat memastikan wang negara diurus dengan baik," katanya. - Bernama




15

Bagus
12

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
5

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (50 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sepaileman 25-4-2015 11:05 PM
yer la yer laa
hidup najib hidup najib hidup melayu
Quote lavacina 26-4-2015 12:12 AM
wa bukan apa

bela mahathir tk dapat apa pun
Quote AbukRokok 26-4-2015 12:36 AM
Hidup Merayu
Quote otai_g 26-4-2015 02:42 AM
nak jd bodoh pun biar lah berpada2.

duit kerajaan da hilang berbilion2 ntah ke mana masih nak jd penjilat yg setia?
Quote dodolgemok 26-4-2015 06:40 AM
Takkan nak berhemah smpai mampos kot dah kalau cara berhemah xjalan. Nak jilat pon agak2 la woi,nnti bijan dah jatuh ko sanggup berdiri kukuh belakang dia lagi?silap aribulan kutuk dia smpai 10 keturunan kot.
Quote mak_wa95 26-4-2015 10:20 AM
merayu lah..merayulah..merayulah..

Quote freebird 26-4-2015 10:24 AM
Johor? Provinsi indon ni....
Quote primemova 26-4-2015 10:30 AM
Bodohnya... Asal demi melayu je harus ke angkat penimpin yg tak layak?

Sepatutnya demi kepentingan melayu la najib harus berundur, dan serahkan kepimpinan kpd yg lebih layak dan bersih... Demi utk raih semula sokongan melayu
Quote peYno 26-4-2015 10:31 AM
melayu johor????

nama pon tukiran misnan ngadimin

melayu johor kikiki
Quote primemova 26-4-2015 10:32 AM
Mcm mcm alasan pulak dia bagi... Adat la, tak boleh tukar kepimpinan sbb byk blum selesai, .... Mak aih...jumudnya pemikiran..., Kalau mcm tu konsepnya.... Hancus la malaysia kalau main tgk je pemimpin korup konon takleh bersengketa
Quote catalina 26-4-2015 10:38 AM
otai_g replied at 26-4-2015 02:42 AM
nak jd bodoh pun biar lah berpada2.

duit kerajaan da hilang berbilion2 ntah ke mana masih nak jd  ...

Kann...nk sokong bawak rebah buat apernya.
Quote peYno 26-4-2015 10:42 AM
freebird replied at 26-4-2015 10:24 AM
Johor? Provinsi indon ni....

tu laa pasal.... infon dna yg terlebih melayu
Quote peYno 26-4-2015 10:43 AM
primemova replied at 26-4-2015 10:30 AM
Bodohnya... Asal demi melayu je harus ke angkat penimpin yg tak layak?

Sepatutnya demi kepenting ...

well... johor la katakan selain assobiyah negeri... perkauman pon kuat... persis sedara maa indon mereka
Quote _dj_ 26-4-2015 10:51 AM
Budus punya pertubuhan. Kalau pemimpin tu tak perform, pe salahnya tegur.

Budus sekali lagi
..
Quote dess402 26-4-2015 10:56 AM
otai_g replied at 26-4-2015 02:42 AM
nak jd bodoh pun biar lah berpada2.

duit kerajaan da hilang berbilion2 ntah ke mana masih nak jd  ...




zaman mahathir dulu duit tak hilang ke ??






Quote NAT_11 26-4-2015 11:21 AM
Edited by NAT_11 at 26-4-2015 11:23 AM
dess402 replied at 26-4-2015 10:56 AM
zaman mahathir dulu duit tak hilang ke ??

Zaman Mahadir, duit tak 'HILANG' tanpa kubur.
Syarikat KERUGIAN, contohnya PERWAJA rugi seratus juta lebih.
MAS pun rugi tapi bukan HILANG.
Rugi pun cuma dalam JUTA bukan BILLION - BERPULUH BILLION!!!....
Adatlah rugi dalam perniagaan.
Temasik Holdings kepunyaan kerajaan S'por pun RUGI gak sampai 60 billion.
RUGI, taw, bukan HILANG TAK BERKUBUR.
Ada beza antara RUGI dan Hilang.
RUGI masih b oleh ditrace.
HILANG - ditanya pun tak maw jawab sebab takda jawapan...............

Quote the_killer 26-4-2015 11:26 AM
Melayu kat Johor minoriti ja...selebihnya jawa,bugis dan banjar....
bak kata peyno
Quote EJALTI 26-4-2015 12:26 PM
Zaman Che Det, sakai2 "julang" Che Det...
Zaman Bijan, sakai2 "julang" Bijan....
Tak kira la berapa beliyon kena songlap....

Kehkehkehkeh kan sajork la sakai2 nih....
Quote PEPPERMAN 26-4-2015 12:27 PM
sepatutnya, Najib kena step down.
Tapi bila dia tak mahu, semua kena membaharui sokongan kepada dia
- demikianlah logik mereka  

Lihat semua komen(53)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.312925 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top