CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ambil Masa 2 Bulan DS Najib Selesai Tonton Filem Bollywood - Rosmah

27-4-2015 10:34 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 20488| Komen: 112

Description: Suami saya juga suka menonton filem Bollywood, bukanlah beliau mempunyai banyak masa tetapi saya ingat beliau juga teruja dan ingin menonton Kabhi Khushi Kabhie Gham," katanya


Datin Seri Rosmah Mansor hari ini mendedahkan disebabkan kesibukan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak mengambil masa dua bulan untuk menyelesaikan menonton sebuah filem Bollywood.

Isteri perdana menteri itu, yang dikenali sebagai seorang peminat setia filem Bollywood berkata, Najib juga meminati nya tetapi hanya berjaya menyelesaikan “Kabhi Khushi Kabhie Gham”, filem 2001 yang ditulis dan diarahkan oleh Karan Johar.

"Suami saya juga suka menonton filem Bollywood, bukanlah beliau mempunyai banyak masa tetapi saya ingat beliau juga teruja dan ingin menonton Kabhi Khushi Kabhie Gham," katanya semasa merasmikan pameran multimedia berjudul “Life on the Silver Screen - The Fascinating Story of Indian Cinema”.


"Saya ingin katakan, beliau mengambil masa dua bulan untuk beliau menamatkan filem itu, bukan (kerana) filem itu panjang... (ia) hanya kerana beliau tidak mempunyai masa. Beliau menonton selama 15 minit dan kemudian berkata 'saya terpaksa pergi'."


"Beliau hanya menyambungnya selepas empat hari kemudian, yang menyebabkannya terlupa semua adegan sebelumnya. Jadi, beliau akan mula semula," katanya.

Bimbang kata-katanya disalah lapor, beliau mengingatkan mereka yang menghadiri majlis itu tidak memutarbelitkan kata-katanya.

"... Dan jangan putar belit, esok apabila anda menulis dalam blog, tulis apa yang saya cakap, jangan tulis apa yang anda fikir saya cakap," katanya yang menyebabkan para hadirin ketawa.

"Sekarang anda semua ketawa, kerana anda semua membaca perkara yang saya tidak cakap tetapi mereka cakap saya mengatakannya." ujarnya.

Dalam nada lebih serius, Rosmah berkata usaha-usaha yang diambil oleh pengusaha filem India menjadikan Malaysia sebagai lokasi penggambaran mereka memainkan peranan penting dalam menarik pelancong India ke negara ini.

"Saya gembira menyatakan hasilnya, Malaysia berkembang menjadi tarikan utama pelancong dan pelancong ketibaan India di Malaysia meningkat sebanyak 20% pada tahun lepas."

"Peningkatan dalam ketibaan pelancong antara kedua-dua negara sudah pasti akan membantu mengukuhkan hubungan dua hala sedia ada yang baik dan mesra."
"Hubungan yang kuat memainkan peranan penting kepada usaha-usaha yang berterusan ke arah tahap yang lebih tinggi dalam hubungan," katanya.

Pameran yang diadakan di Universiti Malaya, adalah sebagai sambutan Festival India. Ia merupakan kerjasama antara Kementerian Pelancongan dan Kebudayaan Malaysian dan Suruhanjaya Tinggi India.

Turut hadir ialah Pesuruhjaya Tinggi India Tuan TS-Nya Tirumurti dan Naib Canselor Universiti Malaya Profesor Datuk Dr Mohd Amin Jalaludin. – 25 April, 2015.


4

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
1

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lazim 25-4-2015 06:37 PM
tgk 15 minit > sy terpksa pergi > tgk balik 4 hari kemudia tapi dh lupa adegan sebelumnya > ulang balik>

patutla jadi pii yemm lembab bnda 4 hri lepas pon dh lupa
Quote mak_wa95 25-4-2015 06:38 PM
apa je yg  keluar dari mulut ___________ terserlah kedun__________nya..
Quote mamiayu 25-4-2015 06:40 PM
patut nya kak mah jangan buat apa statement duduk diam2 je
Quote line_adidas 25-4-2015 06:44 PM
haha diam je lah rosmah.. itu lebih baik
Quote nour2001 25-4-2015 06:48 PM
i thought itu hari dia kata I AM ONLY A HOUSEWIFE?
Quote spankee_fili 25-4-2015 06:48 PM
Ecehhh takyah nak up laki sendiri kak bunge oi...kalau blaki kite bagus kite takyah up pun orang nampak sndiri...ini nan hado !
Quote catalina 25-4-2015 06:48 PM
Pii emm yg minat industan ker ahkak pink yg minat???

(Knp haku terbayangkn najib n rosmah berlarian di kebun teh sambil nyanyi2 celah pokok)
Quote primemova 25-4-2015 06:48 PM
Gigih bagitahu suami dia khatam filem bollywood dlm masa dua bulan.... Ingat td dua bulan khatam quran... Rupanya filem bollywood
Quote kucingTomey 25-4-2015 06:50 PM
acu dato seri haji najib bin haji tun abdul razak pahlawan gagah gemilang the last airbender tgok cite 3 idiot ...dalam masa sejam lebih dah habes dah
Quote famri7 25-4-2015 06:58 PM
Kak mah mcm troll jah..saja nk test air..
Quote melinda_kerr 25-4-2015 06:59 PM
Shoo shewittt! Watever..
Quote melinda_kerr 25-4-2015 07:00 PM
catalina replied at 25-4-2015 06:48 PM
Pii emm yg minat industan ker ahkak pink yg minat???

(Knp haku terbayangkn najib n rosmah berlari ...

Sbb mungkin u suka hidup dgn khayalan!
Quote dani-rox 25-4-2015 07:04 PM
traveling dlm jet pon boleh tengok movie apa

ai sajes flom laki bini tengok filem Nayak
Quote Esmiria 25-4-2015 07:30 PM
mak_wa95 replied at 25-4-2015 06:38 PM
apa je yg  keluar dari mulut ___________ terserlah kedun__________nya..

apakah perkataan yg blank tu?
Quote chaintea 25-4-2015 07:30 PM
x heran pong
ttp kena jwb soklan rakyat jelata ni
ttg 1mdb..ttg kewajaran GST
Quote Esmiria 25-4-2015 07:31 PM
mak_wa95 replied at 25-4-2015 06:38 PM
apa je yg  keluar dari mulut ___________ terserlah kedun__________nya..

apakah perkataan yg blank tu?
Quote mak_wa95 25-4-2015 07:38 PM
Esmiria replied at 25-4-2015 07:31 PM
apakah perkataan yg blank tu?

jawapan tempat kosong

1..ahkak pink/rossy

2...kedunguannya..
Quote hzln 25-4-2015 07:40 PM
lohh...pessal suh dia tgk citer hindustan...acik ros kena kasi tok laki acik rose tgk movies belah2 asia timur...barulah sekali hadap saja habih tgk
Quote protonpersona 25-4-2015 07:42 PM
sapa menteri pelancongan sebenarnya ni?? siap tahu peningkatan jumlah pelancong datang malaysia lagi

Lihat semua komen(112)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 11:30 PM GMT+8 , Processed in 0.064878 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top