CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Kesihatan Lihat artikel

Hepatitis C Penyakit Berkaitan Hati

22-4-2015 04:25 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1740| Komen: 1

Description: Penyakit ini tidak memberi sebarang tanda namun apabila ianya menyerang ia akan meninggalkan kesan yang mendalam serta parut pada hati.

LadyLista - Penyakit hepatitis C (HCV) merupakan satu penyakit jangkitan virus pada hati. Penyakit ini tidak memberi sebarang tanda namun apabila ianya menyerang ia akan meninggalkan kesan yang mendalam serta parut pada hati.

Hepatitis C boleh merebak dari cecair tubuh seperti darah dan air mani. Majoriti individu yang dijangkiti tidak menpunyai simptom-simptom. Berbanding dengan hepatitis B, jumlah pesakit Hepatitis C adalah sedikit di Malaysia . Bagaimanapun, individu yang dijangkiti akan menyebabkan penyakit hati yang kronik dan sirrosis hati dengan komplikasinya. 

Pesakit Hepatitis C yang kronik biasanya berakhir dengan kegagalan hati untuk berfungsi, kanser hati atau pembuluh hati bengkak sehingga mengakibatkan kematian.


Seseorang yang terdedah pada jangkitan Hepatitis C adalah :

  • Pernah menjalani pemindahan darah sebelum tahun 1994
  • Pemindahan organ sebelum tahun 1994
  • Kecederaan suntikan yang tidak bersih
  • Menggunakan peralatan perubatan yang tidak disteril
  • Jarum suntikan yang tercemar
  • Perkongsian barangan dengan pesakit Hepatitis C (berus gigi, pisau cukur)
  • Anak yang dilahirkan oleh ibu yang mengidap (HCV)
  • Hubungan seks bersama pengidap HCV
  • Anggota kesihatan dan pekerja penyelamat awam yang pekerjaan mereka terdedah kepada pengendalian darah atau cecair badan (seperti doktor, doktor gigi, jururawat, anggota dan penghuni penjara dan institusi orang-orang cacat mental.
  • Pesakit menggunakan haemodialysis.
  • Penagih dadah yang menggunakan suntikan .

Walaubagaimanapun penularan penyakit ini untuk zaman moden adalah dengan penggunaan dadah dan perkongsian jarum suntikan.  

Lindungilah keluarga dan orang yang tersayang.

Sehingga kini tidak ada vaksin hepatitis C.

Anda patut memberitahu ahli keluarga, pasangan seks dan teman serumah untuk membuatkan ujian Hepatitis C. Jikalau mereka positif, mereka mesti berunding dengan doktor.
Risiko untuk dijangkiti hepatitis adalah sedikit, tetapi jikalau anda mengamalkan hubungan lebih satu pasangan, anda dinasihatkan menggunakan kondom. Amalkan hubungan seks yang selamat .
Jangan berkongsi barangan persendirian yang mungkin ada darah (seperti jarum suntikan, berus gigi, pisau cukur, pengetip kuku, gunting .
Pastikan anda mengelapkan darah anda yang tumpah dengan sendiri. Gunakan bahan peluntur , (satu bahagian peluntur campur dengan 10 bahagian air). Tisu atau kain yang digunakan untuk mengelap darah masuk ke dalam beg plastik. Balut luka itu dengan plaster.

Penjagaan sendiri:
  • Anda amalkan cara hidup yang sihat.
  • Anda perlu menjauhi alkohol.
  • Anda tidak mengambil pil-pil dan ubat-ubat rawatan tanpa beritahu doktor anda mengidap hepatitis.
  • Anda patut mendengar nasihat doktor.

Sumber: Myhealthgov.my

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote _dj_ 27-4-2015 09:09 PM
Thanks for sharing.  Nice information

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-5-2024 03:46 AM GMT+8 , Processed in 0.162894 second(s), 22 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top