CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

[As365n2] Polis Siasat Status Kewangan Juruterbang

20-4-2015 10:32 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8894| Komen: 25

Description: "Kesemua Mayat Telah Dituntut Dan Kita Memerlukan Laporan Teknikal Daripada Jabatan Penerbangan Awam (Dca) Dan Perlu Dianalisa Semula," Katanya.
[As365n2] Polis Siasat Status Kewangan Juruterbang


Siasatan polis berhubung kes helikopter terhempas di Semenyih pada 4 April lepas, turut menjurus kepada kedudukan kewangan juruterbangnya Kapten Clifford William Fournier.

"Kita akan melihat beberapa aspek terutama sekali aktiviti dia, hobi atau sama ada dia mempunyai sebarang masalah termasuk kewangan... perkara ini boleh menjejaskan prestasi dan fokus dalam kerjayanya," kata Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Noor Rashid Ibrahim.

Beliau ditemui pemberita selepas menyaksikan upacara sembahyang khas oleh anggota dan pegawai polis beragama Hindu, bersempena Peringatan Hari Polis ke-208, di Kuil Sri Kandaswamy, Brickfields, di ibunegara semalam.

Noor Rashid berkata siasatan terhadap nahas helikopter itu terbahagi kepada dua iaitu polis akan melihat dari aspek sama ada wujudnya unsur kecuaian, sabotaj atau unsur lain.

Selain itu, polis juga akan melihat dari segi teknikal bagaimana helikopter itu terhempas sehingga mengakibatkan enam terkorban, katanya.

"Pemeriksaan forensik memerlukan masa... kita juga telah mengesan saksi termasuk mengambil keterangan daripada keluarga mangsa.

"Kesemua mayat telah dituntut dan kita memerlukan laporan teknikal daripada Jabatan Penerbangan Awam (DCA) dan perlu dianalisa semula," katanya.

Noor Rashid berkata polis akan memanggil semula saksi bagi memberi keterangan baharu selepas menerima laporan teknikal tersebut.

Dalam kejadian tersebut, helikopter AS365N2 Dauphin (9M-IGB) yang membawa enam orang terhempas di kawasan kebun getah di Kampung Sungai Pening, Semenyih pada jam 4.55 petang.

Selain Fournier, turut terkorban ialah Anggota Parlimen Rompin Tan Sri Jamaluddin Jarjis; Ketua Setiausaha Sulit kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Azlin Alias; ahli perniagaan Datuk Tan Huat Seang, pegawai peribadi Jamaluddin, Razakan Seran serta seorang wanita yang dikenali sebagai Aidana Baizieva.

- Bernama

6

Bagus
8

Marah
13

Terkejut
3

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (42 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sgbuloh 18-4-2015 01:27 PM
kalau pilot ada masalah kewangan, heli memang boleh meletups ke?
Quote stilla 18-4-2015 01:51 PM
sgbuloh replied at 18-4-2015 01:27 PM
kalau pilot ada masalah kewangan, heli memang boleh meletups ke?

Mungkin kot !
Quote mattzzx 18-4-2015 01:59 PM
Banyak faktor yg kena siasat tu............
Quote tumpanglalu74 18-4-2015 02:03 PM
Nape tak siasat je minah mana dia henjut pastu bini dia mengamok langsung calit C4 kat heli tu?

Err..
Quote lavameriah 18-4-2015 02:30 PM
wa bukan apa

apa budus sangat

kalau dah orang tu pun hancur

siasat la kewangan apa skali pun

orang tu dah hancur

tk leh buat apa

nak trace macamana

wa gelak guling2 je ngn gi joe malaysia ni
Quote NBM 18-4-2015 02:33 PM
Kena panah petir kot x pun mmg ada bom
Quote batmana 18-4-2015 02:53 PM
siasat partner dia si tuya juga tk?

Quote melinda_kerr 18-4-2015 03:08 PM
sgbuloh replied at 18-4-2015 01:27 PM
kalau pilot ada masalah kewangan, heli memang boleh meletups ke?

Depresion can lead to emotional behaviour kot. Now nk assume ibarat tak boleh fokus kerja atau another suicide?
Quote atekome 18-4-2015 03:15 PM
Kalo mslh kwangan pun nk kna siasat..mcm mn pula ngn msalah cinta, kesihatan, seks smua?? Tu pun kna siasat jgk dh kalo blh mgakibatkan emo prob..
Quote sgbuloh 18-4-2015 03:30 PM
pilot tu bawak awek dia yang 'aktif' tu sama. tak kan depress lagi kot.
Quote jengkoil 18-4-2015 03:45 PM
Another gone with the wind crash incident report
Quote voiletiris 18-4-2015 04:01 PM
pilot lagi yg kena siasat .mh370 pun pilot yg kena.kalau [pilot tu selamat memang harus kena siasat .
Quote rogayahtop 18-4-2015 06:07 PM
mesti lama siasatan....akak rasa kalau cincin je siasatan cepat.
Quote pyropura 18-4-2015 08:10 PM
..Jarjis tu napa tak siasat? :
Quote sharlenetexas 18-4-2015 08:50 PM
kenapa pilot sorang je yg disiasat. 5 orang lagi tu macamana?
Quote apekabor 18-4-2015 11:32 PM
si pilot tu la akan dikambing hitamkan..pastu tutup kes la kira selesai
Quote NIXAReturn 19-4-2015 09:27 AM
Cuma mampu tersenyum sinis dgn kebudusan macai2 dlm ci ni
Quote uniq61 22-4-2015 09:23 AM
TAK IKUT PROSIDUR..
MANA BOLEH BAWA ORANG LAIN WALAUPUN MAKWE KE..
LAIN LE KALAU WANITA TU CO PILOT...
ITULAH DIA SUEI WANITA..
Quote bangcak 22-4-2015 09:41 AM
uniq61 replied at 22-4-2015 09:23 AM
TAK IKUT PROSIDUR..
MANA BOLEH BAWA ORANG LAIN WALAUPUN MAKWE KE..
LAIN LE KALAU WANITA TU CO PILO ...

1mdb pakai duit rakyat bayar hutang tak ikut prosidur pon.
lagi mau kecoh 'naik heli tak ikut prosidur'

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:01 PM GMT+8 , Processed in 0.080651 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top