CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Baru Sehari Dirasmikan, Laluan Khas Basikal Disalah Guna

17-4-2015 11:52 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5264| Komen: 14

Description: Sementara Itu, Dalam Sidang Media Pada Majlis Tersebut, Ahmad Phesal Berkata Dua Lagi Projek Laluan Basikal Akan Menyusul, Iaitu Laluan Dari Wangsa Maju Ke Taman Melati Sepanjang Empat Kilometer Dan W ...
Baru sehari dirasmikan, laluan khas basikal disalah guna, Astro Awani | Kemas kini: April 15, 2015
(Diterbitkan pada: April 15, 2015 22:50 MYT)        




Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.

KUALA LUMPUR: Baru sehari laluan basikal pertama di Kuala Lumpur dibuka, sudah ada yang menyalahgunakan kemudahan berkenaan.

Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.

Melalui perkongsian di laman sosial, laluan berkenaan jelas terhalang akibat sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan terbabit.

Sama ada sedar atau tidak, laluan itu diwujudkan khusus buat pengguna basikal dan bukan sewenang-wenangnya digunakan oleh kenderaan lain.

Dalam pada itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewartakan laluan khas berkenaan.

Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam kenyataan ringkas kepada Astro Awani berkata tindakan itu membolehkan mereka yang menghalang laluan berkenaan disaman dan seterusnya diambil tindakan mahkamah.

Buat sementara waktu, penguatkuasa DBKL akan mengambil tindakan menunda kenderaan yang menghalang laluan berkenaan.

Laluan khas basikal yang menyusuri Sungai Klang itu mula dibina pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.

Ia dirasmikan semalam oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.

Laluan khas berkenaan antara usaha menggalakkan penggunaan basikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping mengurangkan kadar pencemaran di ibu kota.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/baru-sehari-dirasmikan-laluan-khas-basikal-disalah-guna-57934

Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka, Astro Awani | Kemas kini: April 14, 2015
(Diterbitkan pada: April 14, 2015 17:17 MYT)        




Laluan khas basikal pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka kepada umum. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR

KUALA LUMPUR: Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.

Perasmian laluan tersebut disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang berbasikal menyusuri laluan tersebut bermula di Mid Valley bersama penunggang lain pada pagi Selasa.

“Saya berharap laluan basikal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak disalahgunakan,” kata Ahmad Phesal dalam sidang media pelancaran laluan khas tersebut di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Pembangunan laluan khas menyusuri Sungai Klang, Brickfields, pekarangan Kompleks Dayabumi dan seterusnya Lebuh Pasar Besar itu dimulakan pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.

Langkah ini bertujuan menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan alternatif bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas setiap hari, selain usaha mengurangkan kadar pencemaran di Kuala Lumpur.

Selain itu, ia dapat menyemarakkan budaya berbasikal dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya yang tinggal di ibu kota, sejajar pelaksanaan Fit Malaysia dalam membentuk negara yang lebih sihat dan cergas.



Sementara itu, dalam sidang media pada majlis tersebut, Ahmad Phesal berkata dua lagi projek laluan basikal akan menyusul, iaitu laluan dari Wangsa Maju ke Taman Melati sepanjang empat kilometer dan Wangsa Maju ke Taman Batu Muda sepanjang dua kilometer yang melibatkan kos pembangunan sekitar RM2.3 juta.

“Selain itu kami sedang memikirkan untuk membangunkan satu lagi projek seumpamanya di kawasan sepanjang Sungai Bunus. Kalau ia dapat diselaraskan dan diperluaskan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan ‘Greater KL’, apa salahnya.”



Projek laluan basikal ini merupakan sebahagian pakej pelancongan ibu negara dalam memperkenal Kuala Lumpur sebagai bandar raya pesat membangun yang turut mempromosikan budaya sihat.

Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata laluan khas basikal Mid Valley-Dataran Merdeka itu masih terdapat banyak kekurangan yang perlu ditambah baik.

Untuk itu, beberapa cadangan penambahbaikan seperti penggunaan lampu solar dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan selain pembangunan landskap di sepanjang laluan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.

Anggota peronda DBKL  juga akan ditugaskan mengawal lalu lintas serta keselamatan penunggang yang menggunakan laluan tersebut.



“Kita akan menambah lagi kekuatan anggota berserta aset rondaan. Ketika ini DBKL memiliki unit peronda basikal dengan kekuatan seramai 20 orang anggota, dan 40 basikal akan ditambah dalam masa terdekat,” katanya.

http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laluan-khas-basikal-pertama-di-ibu-kota-kini-dibuka-57845


8

Bagus
13

Marah
13

Terkejut
12

Sedih
19

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (77 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 17-4-2015 08:17 AM
Itu kejadian 15 & 16.Harini (17 April)mungkin dah boleh parking lori pulak
Quote puterikhaleeda 17-4-2015 08:19 AM
sikappp.......
Quote ad_hoc79 17-4-2015 08:19 AM
berita hari ini lagi panjang dari semalam
Quote degil81 17-4-2015 08:20 AM
mcm bahaya je laluan yg kat tepi sungai tu...
Quote fifie_olin 17-4-2015 08:21 AM
sakai btl pangai....selagi bole nk dipakingnya jgk
Quote mrseller 17-4-2015 08:51 AM
Rider semua boleh ready kunci, mana block jalan, scratch aja keretanya....minda pprt kena ajar cara pprt jugak lah nampaknya..
Quote cutieslilies 17-4-2015 09:07 AM
bestnyaaaa.. boleh ajak anak2 naik basikal jer g midvalley pasni...
Quote BotakChinPeng 17-4-2015 09:07 AM
Kapcai pun ada masuk
Quote bracebintang 17-4-2015 09:10 AM
nanti ramai lak pegi bawak beskal selaju-lajunya kat lorong tu plak. hahah tak pepasal pasni kena amik lesen beskal.
Quote c===8 17-4-2015 09:19 AM
bangsa bangsat tu tu mmg kedekut bab bayar parking, tgk je la tepi2 jln dekat mana2 mall.penuh keta bangsat2 tu je,buat jln sesak.
Quote spenderterselit 17-4-2015 09:21 AM
Naik basikal senang kena ragut jugak tak
Quote epis 17-4-2015 03:35 PM
Pejalan kaki boleh gune tak? Cam bez je jalan kaki dari mid ke dataran... x payah nak bersesak dalam ktm yg lembap tu klu dari mid nk ke mne2... sampai dtrn merdeka boleh nek monorel ke putra ke...
Quote MelahJanda 17-4-2015 03:53 PM
misti tak boleh guna rollerblade? ke boleh?
Quote MengkuduMasam 17-4-2015 04:00 PM
jln ni kalo xsilap jalam mutor dinaik tarap...
sbb kalo jln muto dari federal highway tu... main abis gitu je bile sampai midvalley... mcm xtau hala tuju dah...
so depa pun buat laluan basikal....

tp mmg sedih kat mesia ni.... pemandu xhormat hak org lain.. especially yg lebih kecil...

cth mudah... brapa ramai yg berhenti kat lampu merah zebra crossing dpn sekolah biarpun xde org? brapa ramai keta or mutor yg berhenti luar yellow line mase trafik light?

kesian pejalan kaki... kalo kat jln raja laut dah ade camera & on da spot announcement pun buat dek jer abg2 muto tu...

enforcement pun kurang...

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 05:15 AM GMT+8 , Processed in 0.052999 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top