View: 2518|Reply: 14
|
[Tempatan]
Baru Sehari Dirasmikan, Laluan Khas Basikal Disalah Guna
[Copy link]
|
|
Baru sehari dirasmikan, laluan khas basikal disalah guna, Astro Awani | Kemas kini: April 15, 2015
(Diterbitkan pada: April 15, 2015 22:50 MYT)
Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
KUALA LUMPUR: Baru sehari laluan basikal pertama di Kuala Lumpur dibuka, sudah ada yang menyalahgunakan kemudahan berkenaan.
Laluan sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar itu disalah guna pemilik kereta untuk meletakkan kenderaan mereka.
Melalui perkongsian di laman sosial, laluan berkenaan jelas terhalang akibat sikap tidak bertanggungjawab pemilik kenderaan terbabit.
Sama ada sedar atau tidak, laluan itu diwujudkan khusus buat pengguna basikal dan bukan sewenang-wenangnya digunakan oleh kenderaan lain.
Dalam pada itu, pihak Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) akan mewartakan laluan khas berkenaan.
Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib dalam kenyataan ringkas kepada Astro Awani berkata tindakan itu membolehkan mereka yang menghalang laluan berkenaan disaman dan seterusnya diambil tindakan mahkamah.
Buat sementara waktu, penguatkuasa DBKL akan mengambil tindakan menunda kenderaan yang menghalang laluan berkenaan.
Laluan khas basikal yang menyusuri Sungai Klang itu mula dibina pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.
Ia dirasmikan semalam oleh Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib.
Laluan khas berkenaan antara usaha menggalakkan penggunaan basikal bagi mengurangkan kesesakan lalu lintas di samping mengurangkan kadar pencemaran di ibu kota.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/baru-sehari-dirasmikan-laluan-khas-basikal-disalah-guna-57934
Laluan khas basikal pertama di ibu kota kini dibuka, Astro Awani | Kemas kini: April 14, 2015
(Diterbitkan pada: April 14, 2015 17:17 MYT)
Laluan khas basikal pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka kepada umum. -Foto Astro AWANI / SHAHIR OMAR
The content may have been removed, or is temporarily unavailable.
We apologize for the inconvenience. Please try again later.
KUALA LUMPUR: Laluan khas basikal yang pertama di Kuala Lumpur sepanjang 5.5 kilometer dari Dataran Merdeka ke Mid Valley, Bangsar, kini dibuka untuk kegunaan orang ramai.
Perasmian laluan tersebut disempurnakan Datuk Bandar Kuala Lumpur, Datuk Seri Ahmad Phesal Talib yang berbasikal menyusuri laluan tersebut bermula di Mid Valley bersama penunggang lain pada pagi Selasa.
“Saya berharap laluan basikal ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya dan tidak disalahgunakan,” kata Ahmad Phesal dalam sidang media pelancaran laluan khas tersebut di Menara Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).
Pembangunan laluan khas menyusuri Sungai Klang, Brickfields, pekarangan Kompleks Dayabumi dan seterusnya Lebuh Pasar Besar itu dimulakan pada 2013 dan menelan belanja sekitar RM700,000.
Langkah ini bertujuan menggalakkan penggunaan basikal sebagai mod pengangkutan alternatif bagi mengurangkan jumlah kenderaan yang menyumbang kepada kesesakan lalu lintas setiap hari, selain usaha mengurangkan kadar pencemaran di Kuala Lumpur.
Selain itu, ia dapat menyemarakkan budaya berbasikal dalam kalangan masyarakat Malaysia terutamanya yang tinggal di ibu kota, sejajar pelaksanaan Fit Malaysia dalam membentuk negara yang lebih sihat dan cergas.
Sementara itu, dalam sidang media pada majlis tersebut, Ahmad Phesal berkata dua lagi projek laluan basikal akan menyusul, iaitu laluan dari Wangsa Maju ke Taman Melati sepanjang empat kilometer dan Wangsa Maju ke Taman Batu Muda sepanjang dua kilometer yang melibatkan kos pembangunan sekitar RM2.3 juta.
“Selain itu kami sedang memikirkan untuk membangunkan satu lagi projek seumpamanya di kawasan sepanjang Sungai Bunus. Kalau ia dapat diselaraskan dan diperluaskan sebagai sebahagian daripada rancangan pembangunan ‘Greater KL’, apa salahnya.”
Projek laluan basikal ini merupakan sebahagian pakej pelancongan ibu negara dalam memperkenal Kuala Lumpur sebagai bandar raya pesat membangun yang turut mempromosikan budaya sihat.
Bagaimanapun, Ahmad Phesal berkata laluan khas basikal Mid Valley-Dataran Merdeka itu masih terdapat banyak kekurangan yang perlu ditambah baik.
Untuk itu, beberapa cadangan penambahbaikan seperti penggunaan lampu solar dan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) untuk tujuan keselamatan selain pembangunan landskap di sepanjang laluan akan dilaksanakan dari semasa ke semasa.
Anggota peronda DBKL juga akan ditugaskan mengawal lalu lintas serta keselamatan penunggang yang menggunakan laluan tersebut.
“Kita akan menambah lagi kekuatan anggota berserta aset rondaan. Ketika ini DBKL memiliki unit peronda basikal dengan kekuatan seramai 20 orang anggota, dan 40 basikal akan ditambah dalam masa terdekat,” katanya.
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/laluan-khas-basikal-pertama-di-ibu-kota-kini-dibuka-57845
|
|
|
|
|
|
|
|
Itu kejadian 15 & 16.Harini (17 April)mungkin dah boleh parking lori pulak |
|
|
|
|
|
|
|
berita hari ini lagi panjang dari semalam |
|
|
|
|
|
|
|
mcm bahaya je laluan yg kat tepi sungai tu... |
|
|
|
|
|
|
|
sakai btl pangai....selagi bole nk dipakingnya jgk |
|
|
|
|
|
|
|
Rider semua boleh ready kunci, mana block jalan, scratch aja keretanya....minda pprt kena ajar cara pprt jugak lah nampaknya.. |
|
|
|
|
|
|
|
bestnyaaaa.. boleh ajak anak2 naik basikal jer g midvalley pasni...
|
|
|
|
|
|
|
|
nanti ramai lak pegi bawak beskal selaju-lajunya kat lorong tu plak. hahah tak pepasal pasni kena amik lesen beskal. |
|
|
|
|
|
|
|
bangsa bangsat tu tu mmg kedekut bab bayar parking, tgk je la tepi2 jln dekat mana2 mall.penuh keta bangsat2 tu je,buat jln sesak. |
|
|
|
|
|
|
|
Naik basikal senang kena ragut jugak tak |
|
|
|
|
|
|
|
Pejalan kaki boleh gune tak? Cam bez je jalan kaki dari mid ke dataran... x payah nak bersesak dalam ktm yg lembap tu klu dari mid nk ke mne2... sampai dtrn merdeka boleh nek monorel ke putra ke... |
|
|
|
|
|
|
|
misti tak boleh guna rollerblade? ke boleh? |
|
|
|
|
|
|
|
jln ni kalo xsilap jalam mutor dinaik tarap...
sbb kalo jln muto dari federal highway tu... main abis gitu je bile sampai midvalley... mcm xtau hala tuju dah...
so depa pun buat laluan basikal....
tp mmg sedih kat mesia ni.... pemandu xhormat hak org lain.. especially yg lebih kecil...
cth mudah... brapa ramai yg berhenti kat lampu merah zebra crossing dpn sekolah biarpun xde org? brapa ramai keta or mutor yg berhenti luar yellow line mase trafik light?
kesian pejalan kaki... kalo kat jln raja laut dah ade camera & on da spot announcement pun buat dek jer abg2 muto tu...
enforcement pun kurang... |
|
|
|
|
|
|
| |
|