CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

WiFi PERCUMA untuk penduduk Lembah Kelang

31-3-2015 10:13 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5022| Komen: 20

Description: "Pemasangan Infrastruktur Wifi Di Kesemua 44 Ppr Dan Ppa Ini Dijangka Siap Sepenuhnya Hujung Tahun Ini," Katanya Kepada Pemberita Selepas Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama (Moc) Dengan Ke ...
WiFi PERCUMA untuk penduduk Lembah Kelang


KUALA LUMPUR: Warga kota bakal menikmati kemudahan jalur lebar tanpa wayar (WiFi) secara percuma menerusi pelaksanaan projek Metro WiFi tidak lama lagi.

Naib Presiden Eksekutif Global & Wholesale TM, Mohamad Rozaimy Abd Rahman berkata, buat permulaan, projek itu menyediakan infrastruktur akses WiFi percuma kepada 44 kompleks Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan Projek Perumahan Awam (PPA) di sekitar ibu negara secara berperingkat.

"Pemasangan infrastruktur WiFi di kesemua 44 PPR dan PPA ini dijangka siap sepenuhnya hujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas majlis menandatangani memorandum kerjasama (MOC) dengan kerjasama Yayasan Wilayah Persekutuan (YWP) dan Wilayah Persekutuan Infrastruktur Sdn Bhd (WPI), di sini hari ini.

Perjanjian itu ditandatangani antara Mohamad Rozaimy yang mewakili TM dan Pengarah Urusan WPI, Emil Rinaldi Syaiful serta disaksikan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga Pengerusi YWP.

Sementara itu, Emil Rinaldi berkata, setakat ini kemudahan WiFi percuma itu sudah boleh digunakan sepenuhnya oleh penduduk PPR Bandar Tun Razak.

"Diharapkan inisiatif ini akan meningkatkan taraf sosio-ekonomi masyarakat setempat dan merapatkan jurang digital antara penduduk Kuala Lumpur sekali gus menjadikan Kuala Lumpur sebuah bandar raya bertaraf dunia," katanya.

Beliau berkata, MOC yang ditandatangani itu bakal merintis kerjasama untuk memperluaskan projek Metro Wifi ke Putrajaya dan Labuan. - Bernama

5

Bagus
3

Marah
2

Terkejut
9

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (28 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote kecimpret 31-3-2015 09:11 AM
senang laa warga PPRT update status FB twitter
Quote edee_91 31-3-2015 09:12 AM
Syukur.... Terima kasih.
Quote Felycya 31-3-2015 09:16 AM
Huntong laaahhhh...
Quote tupaiterbang 31-3-2015 09:20 AM

BRIM dapat...wifi percuma dapat

Apa lagi PPRT mau???

Quote stilla 31-3-2015 09:21 AM
Siapa duduk kawasan Lembah Klang gerenti untung !
Quote dino 31-3-2015 09:30 AM
kecimpret replied at 31-3-2015 09:11 AM
senang laa warga PPRT update status FB twitter

kompom slow....
Quote akusukaq 31-3-2015 09:35 AM

yg berbayar pun slow jgk . Lagi bagus kalau free kurang sakit hati
Quote kecimpret 31-3-2015 09:45 AM
tupaiterbang replied at 31-3-2015 09:20 AM
BRIM dapat...wifi percuma dapat

Apa lagi PPRT mau???

jgn risau bang..warga PPRT mmg dr dulu sapot UMNO..kalo x bg wifi free pun tak ilang undi
Quote krustykrab 31-3-2015 09:55 AM
bangla, hindon, myanmar, paki semua pun boley guna
Quote giyomi 31-3-2015 12:49 PM
Bersuka ria ntah2 wat parti agaknya warga pprt sempena di bagi wifi percuma, tak lama lagi banner jibby n gang dlekat disetiap penjuru umah
Quote R2D2 31-3-2015 07:09 PM
BN kalau nk buat mcm2 events
sasaran awal mesti lokasi PPR
Quote eLiaD 31-3-2015 07:13 PM
Ini x adil!
#kota d'sara
Quote kemaruk 31-3-2015 07:33 PM
makin mudah le budak2 rempit sri penara tonton blue pasni
Quote ultra78 31-3-2015 07:35 PM
Adalah tu quota 500mb aje ke sebulan
Quote Al-Patih 31-3-2015 07:55 PM
keno le ikut macang S'gor.....kalu tak ...ketinggallan....
Quote Acong 1-4-2015 03:14 AM
lanciao........ sampai skrg belum ada
Quote sekngucing 1-4-2015 03:22 AM
ppr bandar tun razak? dekat aje dgn rumah aku ni
Quote MsKathryn 1-4-2015 03:43 AM
bagus la tp harap2 jgn slow dh..
Quote star_karat 1-4-2015 04:09 AM
so whats the catch?

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

30-4-2024 10:53 AM GMT+8 , Processed in 0.087217 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top