CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Sultan Kelantan Cemar Duli Ziarah Kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat

23-2-2015 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10230| Komen: 41

Description: Baginda Meluangkan Masa Membaca Surah Yasin Dan Menyedekahkan Doa Kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Yang Juga Merupakan Bekas Mursyidul Am Pas.
Sultan Kelantan Cemar Duli Ziarah Kubur Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat


Sultan Kelantan, Sultan Muhammad V hari ini berangkat mencemar duli menziarahi kubur bekas Menteri Besar Kelantan, Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat di Pulau Melaka.

Turut hadir bersama baginda adalah Mufti Kelantan, Datuk Muhamad Shukri Muhamad.

Baginda meluangkan masa membaca surah Yasin dan menyedekahkan doa kepada Allahyarham Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat yang juga merupakan bekas Mursyidul Am PAS.

Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz, 84, meninggal dunia pada jam 9.40 malam, Khamis lalu.

Jenazahnya disembahyangkan di Masjid Pulau Melaka yang terletak berhampiran rumah beliau sebelum disemadikan di tanah perkuburan Islam kampung berkenaan.

Allahyarham dilahirkan pada tahun 1931 di Kampung Pulau Melaka dalam sebuah keluarga yang sangat kuat berpegang kepada ajaran Islam, dan telah mendirikan rumahtangga dengan Tuan Sabariah binti Tuan Ishak.

Hasil perkahwinan tersebut mereka telah dikurniakan 10 orang anak, lima lelaki dan lima perempuan.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote msxx 22-2-2015 08:59 PM
Sultan yg humble.. No publisiti yg melampau.
Quote budakshinchan 22-2-2015 09:00 PM
xde masa dia nk meroyan pasal bola sepak
Quote primemova 22-2-2015 09:28 PM
Humble sungguh dia ni dh x mcm sultan... Dulu dia penah gali kubur seseorang jugak kan...
Quote cmf_premierleag 22-2-2015 10:36 PM
budakshinchan replied at 22-2-2015 09:00 PM
xde masa dia nk meroyan pasal bola sepak

Dia ni matang dan educated
Bukan mcm lagi sowang tu. Tu mcm BBNU...budak2 baru nak UP. ..baru stat layan bola thn 2013 dah nak bising2 psl politik bola.
Quote alesandra 22-2-2015 10:49 PM
dah reda sikit baru dapat dtg menziarah.walau aku punya pandangan berbeza dlm sistem beraja neh.aku tak sabar dia jadi YDA nanti.insya Allah.
Quote diss69 22-2-2015 10:55 PM
amat kagum dengan keperibadian sultan kelantan ni.....
Quote estrelle 22-2-2015 10:55 PM
hasil tarbiah dr arwah TGNA
Quote jerukkedondong 22-2-2015 11:12 PM
Tentu Tuanku sedih sangat dengan kepergian almarhum TGNA..
iols pernh dgr masa almarhum jadi MB dulu..Tuanku pernah pinang anak dara almarhum..tak tau yang mana satu..tapi ditolak dgn baik oleh almarhum sbb almarhum takut tidak dpt berlaku adil...

Warga kelate ada tak yang tahu pasal ni..
Quote budakshinchan 22-2-2015 11:27 PM
cmf_premierleag replied at 22-2-2015 10:36 PM
Dia ni matang dan educated
Bukan mcm lagi sowang tu. Tu mcm BBNU...budak2 baru nak UP. ..baru sta ...

follower ramai kot.. tu dia rasa gah je.. bila la Johor ni nak ada mcm Sultan Kelantan tu haaaa
Quote cmf_premierleag 22-2-2015 11:30 PM
jerukkedondong replied at 22-2-2015 11:12 PM
Tentu Tuanku sedih sangat dengan kepergian almarhum TGNA..
iols pernh dgr masa almarhum jadi MB d ...

Aku pun x penah dengar pasal hal ni
Tapi kalau betul pun, aku percaya je berita tu
Sbb sudah tentu beliau teringin nak ada bapa mertua spt arwah TGNA...bukan stakat jd MB saja, malah sbg guru dan penasihat dan bapa mertua

Quote zorrro_03 22-2-2015 11:58 PM
Masa TGNA meninggal, tak nampak sultan kelantan.  Mungkinlah n baginda tidak minat nak enter frame. Doa dari jauh je.   Salute pada pemimpin jenis ini juga. dan moga kekal dgn sikap baik.
Quote amiraira 23-2-2015 12:10 AM
budakshinchan replied at 22-2-2015 11:27 PM
follower ramai kot.. tu dia rasa gah je.. bila la Johor ni nak ada mcm Sultan Kelantan tu haaaa

Kannnnn

Bila agaknya
Quote mawar_pink 23-2-2015 12:10 AM
Setiap hr penuh org pegi pg ptg melawat kubur arwah..sultan br pegi agaknye bl tgk org makin kurang
Quote mawar_pink 23-2-2015 12:11 AM
Setiap hr penuh org pegi pg ptg melawat kubur arwah..sultan br pegi agaknye bl tgk org makin kurang
Quote kimora 23-2-2015 12:12 AM
Tu la org pertama yg aku cari masa pengebumian tu ialah sultan kelantan.. Tapi berbaik sangka aja la agaknya gi umrah..atau bagi peluang org jauh atau xnak susah kan rakyat yg kena jaga protokol kalau dia ada
Quote Al-Patih 23-2-2015 05:58 AM
perkaro neh...adoh masuk media hamno tak.....????
Quote tipuware 23-2-2015 08:21 AM
alesandra replied at 22-2-2015 10:49 PM
dah reda sikit baru dapat dtg menziarah.walau aku punya pandangan berbeza dlm sistem beraja neh.aku  ...

sultan ni berpermaisuri kan? pasal jarang nampak gambar permaisurinya. kalau takde permaisuri, tak dapat la merasa jadi YDA, cam sultan Selangor..
Quote siputsedut 23-2-2015 08:25 AM
tipuware replied at 23-2-2015 08:21 AM
sultan ni berpermaisuri kan? pasal jarang nampak gambar permaisurinya. kalau takde permaisuri, tak ...

Xde..dah cerai dgn ku zubaidah
Quote pehbedah 23-2-2015 08:29 AM
kimora replied at 23-2-2015 12:12 AM
Tu la org pertama yg aku cari masa pengebumian tu ialah sultan kelantan.. Tapi berbaik sangka aja la ...

aahh...baginda pi umrah..

Lihat semua komen(41)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 05:04 AM GMT+8 , Processed in 0.057610 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top