CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jangan sebar ayat al-Quran di laman sosial jika tak tahu makna

10-6-2013 10:39 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4505| Komen: 15


Mohamad Shukri Mohamad


KOTA BHARU – Masyarakat dinasihatkan tidak menyebarkan hadis dan ayat al-Quran secara bebas di laman sosial jika tidak tahu maksud asal ayat tersebut kerana ia boleh mendatangkan kemudaratan kepada sesiapa sahaja yang mengamalkannya.

Mufti Kelantan, Datuk Mohamad Shukri Mohamad berkata, perkara tersebut kini semakin berleluasa yang akhirnya boleh menyesatkan pengamalnya jika tidak dibendung dengan jalan yang betul.

“Itu salah satu daripada jalan untuk kita sesat, zaman nabi dulu pun agama kita (Islam) pernah dicabar untuk disesatkan, dengan pelbagai cara, kini terbukti, sehingga zaman sekarang pun masih ada lagi perkara tersebut walaupun ianya tidak keterlaluan.

“Mereka cipta sesuatu ayat itu adalah Bida’ah, maka, ia menyesatkan pengamalnya, kita kena berhati-hati, sebaliknya carilah ustaz atau ustazah yang diakui ilmunya untuk berkongsi tentang perkara-perkara seperti itu,” katanya kepada Sinar Harian semalam.

Beliau diminta mengulas kenyataan penceramah bebas, Dr Zahazan Mohamed yang turut menyifatkan isu tersebut akan menjadi lebih kronik dan mempunyai impak yang sangat besar kepada masyarakat jika ia terus dibiarkan.

Menurut Shukri, ayat-ayat yang terkandung dalam al-Quran bukanlah sesuatu yang boleh dijadikan mainan mana-mana pihak kerana orang tersebut akan tersesat jika menggunakannya dengan niat yang tidak betul atau cara yang salah.

Beliau turut berkata, perkara itu kini menjadi salah satu cabaran dalam akidah orang Islam dan seharusnya setiap masyarakat perlu lebih peka dengan perkara tersebut.

“Nasihat saya, gunalah media baru, internet dengan cara yang betul, tidak salah kita berkongsi ilmu, tetapi pastikan apa yang nak dikongsi itu adalah betul dan diakui maksudnya, jangan ‘copy dan paste sahaja, sekarang ini macam-macam cara orang nak sesatkan kita, jadi berhati-hati dengan semua itu,” katanya.

Sementara itu, beliau turut mengulas tentang isu beberapa pihak yang meminta agar kerajaan mengeluarkan Akta Derhaka untuk membantu menyelesaikan hal-hal yang berkaitan dengan penghinaan terhadap institusi beraja dan sebagainya.
Beliau berkata, perkara tersebut harus diteliti oleh pihak yang sepatutnya supaya tidak timbul masalah lain melibatkan pengeluaran akta tersebut.

“Kita harus serahkan perkara ini pada yang pakar iaitu bahagian undang-undang, mereka lebih layak untuk menetapkan apa yang terbaik dalam penyelesaian isu ini.

“Undang-undang yang dibentuk sebelum ini semuanya adalah untuk memastikan keharmonian rakyat terjamin, kita tidak perlu bimbang tentang perkara tersebut, ada atau tidak ada akta itu terletak pada yang pakar menentukannya

14

Bagus
5

Marah
8

Terkejut
8

Sedih
8

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (56 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote alepmama 10-6-2013 10:22 AM
setuju....
even kat android pun ada ayat yang salah..
minta la bijak pandai agam kat Malaysia ni buat pengisian yang betul
senang orang nak download
dekat 4 shared tu boleh percaya tak kalau nak download MP3 surah2?
Quote kaknab 10-6-2013 01:43 PM
setujukkk.. tahu makna dan pastikan sumber2 tersebut boleh dipercayai.
Quote axl_bach 10-6-2013 02:16 PM
Tp kalo panatik zehar derus nk sebarkn kata2 hikmah pasal poligami,contohnya HIKMAH POLIGAMI adalah dialukan
Quote haryatie 10-6-2013 02:30 PM
axl_bach posted on 10-6-2013 02:16 PM
Tp kalo panatik zehar derus nk sebarkn kata2 hikmah pasal poligami,contohnya HIKMAH POLIGAMI adalah  ...

  .... ada makna tu..
Quote hanakikan 10-6-2013 02:37 PM
Mohon dishare.....
Quote axl_bach 10-6-2013 02:51 PM
haryatie posted on 10-6-2013 02:30 PM
.... ada makna tu..

Saja bagi sebiji,sbb lately dh jrg nmpk mutiara hikmah zehar derus di fb.
Quote AwgSagi 10-6-2013 03:27 PM
e-book & apps Al-Quran yang berlambak ni pun sepatutnya dipantau dan diCOP-HALALkan untuk kegunaan ramai. Kalau ibarat buku-buku keagamaan, nak masuk kat tempat saya kena ada tapisan dan COP KEBENARAN yang dikawal oleh AKTA PENERBITAN.

Pihak Institusi Agama Kerajaan perlu menciptakan APPS Al-Quran dan Terjemahan yang autentik atau memperakui certain APPS sebagai syariah-compliance sebagai tanggungjawab mereka yang khusus, dan, of course, orang islam sendiri perlu menanamkan awareness & tanggungjawab pada diri sendiri.
Quote Vokuro 10-6-2013 03:31 PM
alepmama posted on 10-6-2013 10:22 AM
setuju....
even kat android pun ada ayat yang salah..
minta la bijak pandai agam kat Malaysia ni b ...

takat terjemahan itu bukan semua sebiji2 ayat sama kak dengan semua terjemahan.
hanya karena ayat beda sikit bukan bermakna terus tak betul.
Quote batmana 10-6-2013 03:59 PM
AwgSagi posted on 10-6-2013 03:27 PM
e-book & apps Al-Quran yang berlambak ni pun sepatutnya dipantau dan diCOP-HALALkan untuk kegunaan r ...

kebanyakkn apps tu secara free, dibuat secara sukerela..

org gov. (tk semo) klu takde upah, nk ke dorg buat?, tgk ajala wikipedia bahasa melayu, antara yg aktif menulis perterjemahan,
ada budak cina malaysia sendiri yg mengarang..budak2 melayu sekdar tukang copy paste aja....



Quote AwgSagi 10-6-2013 04:16 PM
batmana posted on 10-6-2013 03:59 PM
kebanyakkn apps tu secara free, dibuat secara sukerela..

org gov. (tk semo) klu takde upah, nk  ...

True... tanpa upah diorang tak buat kerja.

Tapi org gomen dah kena bayar gaji, lebih2 lagi yang diambil kerja untuk menjaga islam. Semua orang islam perlu menjaga islam, tapi dalam dalam negara yang ada ketua tertinggi agama islam, ada orang yang digaji untuk membantu ketua tertinggi agama islam menjaga islam.

Kalau ketua tertinggi agama islam, antara tanggungjawabnya ialah menjaga islam. Sebab dia tak mampu buat semua tu, dia ambil dan gaji orang untuk membantunya. So, tugas dia ialah memastikan orang yang digaji buat kerja. Tugas orang yang digaji ialah buat usaha bagaimana menjaga islam mengikut zaman dan teknologi ia berada.

Kalau ketua tertinggi agama islam tak memastikan orang2 gajiannya menjaga islam, dan yang digaji untuk menjaga islam tu buat macam karier biasa jer... mereka juga perlu bertanggungjawab pada Yang Mengamanahkan Agama dan Yang Empunya Hari Pembalasan. Mana2 individu yang bernaung di bawah ketua tertinggi agama islam dan tidak digaji olehnya... buatler apa2 yang patut dan termampu untuk sama2 menjaga islam.

Kalau tak sanggup memikul amanah, kena serah pada yang sanggup. POWER didunia ini dipakej dengan tanggungjawab dan amanah yang khusus oleh Yang Maha POWERFUL Lagi Yang Maha Empunya Dunia.

Quote Nash^Roy 10-6-2013 04:25 PM
bagaimana pula ngan email2 yg kalau aku fwd kat tujuh org nescaya aku akan dpt tgk kebesaran Allah esok hari..
Quote bayanbiru 11-6-2013 08:11 AM
atas nasihat seseorang pada aku..dan aku kena pulak nasihat orang pulak..takut2 nanti ditanya di'sana'...'dia' nasihat adalah lebih baik jika kita hendak berdoa.. berdoalah dalam bahasa yg kita paham dan terus mintak pada Allah dari kita membaca doa ayat2 Al-quran tapi tak paham apa maknanya..pakai baca jee...bila org bagi doa dlm bahasa arab, kita pakai baca je tapi tak tau apa maknanya...

kadang2 apa yg membuat kita salah adalah berserah pada ayat2 tersebut bukan berserah pada Allah..tapi kalau kita memang tahu maksud dan tujuan doa2 dlm bahasa arab..tak salah..kebanyakan kita hanya tahu membaca jee, tapi tak paham maknanya..kita macam burung kakak tua bercakap laaa gitu...

jadi, lebih baik kita berdoa dalam bahasa yg kita paham adalah lagi baik dan lagi khusyuk...insyaallah...

kalau salah mintak maap laaa yeee...saya hanya menyampaikan apa yg saya tahu jee...
Quote bayanbiru 11-6-2013 08:16 AM
Nash^Roy: bagaimana pula ngan email2 yg kalau aku fwd kat tujuh org nescaya aku akan dpt tgk kebesaran Allah esok hari..


tak boleh ni..sebab ko buat kerja sebab nak ganjaran...lebih baik ko fwd kan pada sape2 pon dan tak terhad 7 orang..bila nak fwd..fwdkan jee juta2 org pun tak pe dan jngan ingat ganjaran yg ko dapat..ganjaran tu hanya Allah yg bagi tak kira laa walau bentuk apa...yg penting iklas bukan ganjarannye...
Quote Simunggu 11-6-2013 08:18 AM
setuju...aku notice ada yg bukan org Islam..tapi pandai pandai nak guna ayat quran kalau nak bercakap dgn org Islam...konon konon nak bagi tunduk org Islam kot.....apa dia org fikir org Islam ini budus budus kah..???
Quote gaara_X 11-6-2013 08:25 AM
Buat rujukan ngan ramai guru....banyak depa nie berguru ngan google je.....ahaks!!

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

10-11-2024 05:01 PM GMT+8 , Processed in 0.056926 second(s), 30 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top