CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Tv3 Dihencap Kerna Siar Mentor Legend

13-2-2015 05:46 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17408| Komen: 87

Description: Bagi Kami, Pemergian Nik Aziz Merupakan Satu Kehilangan Yang Cukup Besar Sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak Pun Memberhentikan Seketika Ucapannya Dalam Sebuah Majlis Sebaik Sahaja ...
Tv3 Dihencap Kerna Siar Mentor Legend


DI SAAT stesen televisyen milik kerajaan RTM bersungguh-sungguh menyiarkan upacara pengebumian Allahyarham Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, ada sesuatu kurang enak dilihat menerusi stesen televisyen swasta nombor satu negara, TV3, pagi ini.

Bayangkan di kala rakyat Malaysia sedang berduka, TV3 menyiarkan program hiburan ulangan Mentor Legend yang secara jelas menunjukkan aksi ‘terkinja-kinja’ dan berseronok di atas pentas.

Bagi kami, pemergian Nik Aziz merupakan satu kehilangan yang cukup besar sehinggakan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pun memberhentikan seketika ucapannya dalam sebuah majlis sebaik sahaja mendengar perkhabaran tersebut.

Jika pihak TV3 tidak dapat menyiarkan upacara pengebumian secara langsung seperti yang pernah dilakukan semasa hari berkabung untuk mangsa nahas pesawat MH17 sebelum ini, apa salahnya jika program hiburan dihentikan seketika dan digantikan dengan bacaan doa.

Justeru, satu teguran telah dibuat menerusi Facebook Warga Prihatin yang meminta agar TV3 menghormati perasaan rakyat Malaysia pada ketika ini.


Bagus

Marah
8

Terkejut
7

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 13-2-2015 04:08 PM
TEGURAN BUAT TV3 – HORMATILAH PERASAAN SEDIH RAKYAT MALAYSIA

Hari ini hari jumaat. Ketika ini puluhan, mungkin ratusan ribu rakyat Malaysia sedang berada di Pulau Melaka, Kelantan untuk menghadiri upacara pengkebumian ALLAHYARHAM TGNA. Suasana amat sebak dan pilu sekali.

Jutaan lagi Rakyat Malaysia sedang khusyuk mengikuti upacara ini sebagai memberikan penghormatan terakhir kepada Allahyarham TGNA. Admin diminta untuk merakam siaran langsung upacara itu bagi memberi peluang mereka yang tidak berkesempatan untuk mengikutinya melalui rakaman.

Entah kenapa hati begitu kecewa dan kesal apabila TV3 yang biasanya sibuk membuat liputan berita utama sebegini tidak ghairah langsung untuk berkongsi berita melalui siaran langsung untuk upacara ini.

Yang lebih mengecewakan ialah saat ini, ketika jenazah diusung ke pusara, TV3 tanpa segan silu menyiarkan program hiburan yang bagi kami sangat menjolok mata. Ia amat mengganggu suasana berkabung yang sedang melanda jiwa kita saat ini.

Sesiapa yang ada ‘kuasa’ silalah nasihatkan TV3 sekarang juga. Sekalipun ‘tiada bajet’ untuk membuat liputan langsung, mungkin tiada sponsor, tetapi janganlah siarkan program hiburan yang riuh rendah dan menjolok mata itu. Hentikanlah sekarang juga…

YA… HENTIKANLAH SERTA MERTA.. KAMI POHON.. KAMI RAYU SANGAT-SANGAT. Kenanglah jasa TGNA. Jika tidak mahu mengenang pun, hormatilah perasaan orang lain. Inilah kali terakhir kesempatan yang ada untuk menzahirkan penghormatan itu.

TAHNIAH TV1 & KELANTAN TV
Kami khusyuk memikirkan, terasa sebak juga di hati kerana gembira melihat kerjasama antara TV1 dan Kelantan TV sewaktu mengikuti siaran langsung ini sekarang.

Mungkinkah ini pertanda baik untuk penyatuan Umat Islam selepas ini? Jika benar, kami adalah antara segolongan marhaen yang akan merasa AMAT BERSYUKUR SEKALI. Sama-samalah kita berdoa.

INNALILLAHIWAINNA ILAIHIROOJIUN
Ikhlas dari
WARGA PRIHATIN.
Quote magnus 13-2-2015 04:16 PM
Tv3 tak heran sbb mmg dah selalu dihencap...tp ada je bacaan yasin disiarkan...hari jumaat mmg byk program agama kecuali  program ulangan mentor lejeng tersebut itu
Quote Bell 13-2-2015 04:18 PM
Takyah dah tgk liga M kat tv3 lepas ni.
Quote AMDTurion 13-2-2015 04:18 PM
Tp masih ramai jg yg nk tgk mentor lejen lepas ni dan drama2 nobel tv3.
Quote ladyxez 13-2-2015 04:22 PM
Awani dari subuh bersiaran khas tgna
Quote tongkatwaran75 13-2-2015 04:22 PM
AMDTurion replied at 13-2-2015 04:18 PM
Tp masih ramai jg yg nk tgk mentor lejen lepas ni dan drama2 nobel tv3.

betul ramai nak tgk...
tapi kenapa waktu pengebumian TGNA bkn sekarang?

Quote caprut 13-2-2015 04:27 PM
yg nk berkabung, kabung jela. ni nk pksa2 org lak. ingt smua org nk tgok nik aziz dikebumikan kan ke ape?
Quote annehuda 13-2-2015 04:29 PM
ye ke seluruh rakyat malaysia ntah2 set2 kelate je yg sentap kot.
Quote tongkatwaran75 13-2-2015 04:32 PM
annehuda replied at 13-2-2015 04:29 PM
ye ke seluruh rakyat malaysia ntah2 set2 kelate je yg sentap kot.


aku bukan warga kelate pun kesal jugak...

Quote ANTUGIGI 13-2-2015 04:36 PM
annehuda replied at 13-2-2015 04:29 PM
ye ke seluruh rakyat malaysia ntah2 set2 kelate je yg sentap kot.

aku ni org jati kl pun terkilan tengok xde update live kat TV3. lagi la x penah bersua muka pun terasa.. kalau bab kapal terbang indon terhempas ke. apa2 belaku kat luar negara laju je live.

Quote Loxlaxman 13-2-2015 04:38 PM
Kalau setiap channel TV pakai antena asing-asing, nak je aku cabut then buang antena TV3 dalam logi kumbahan Indah Water .. bior tenggelam dalam taik.

Hahahahahahah...tibitigasuku.
Quote edoraixora 13-2-2015 04:40 PM
kot ye pun xde liputan, nape mesti mentor lejen yg ditayangkan?
ape dah xde rancangan2 berilmiah lain yg nk ditayang
Quote annehuda 13-2-2015 04:40 PM
tongkatwaran75 replied at 13-2-2015 04:32 PM
aku bukan warga kelate pun kesal jugak...

aku pun kesal jugak, tp bg aku tak patutla nk hencap nk ckp tv3 tak sensitif la ape la. kematian TGNA tak dirancang pun, lgpun tak keluar ape2 mandat nk suruh 1 malaysia berkabung.

ntah ngape aku rs dlm kes ni geng2 kelate je sentap mcm time banjir kt pantai timur dulu. siap sedia jelah nnt mesti geng red oreo kuar statement berbaur politik lepas ni.

Quote mirage_46 13-2-2015 04:41 PM
Quote cicakgemok 13-2-2015 04:44 PM
Sejak shabery cheek jadi menteri multimedia banyak perubahan positif rtm..dulu jadi menteri kbs pun sukan malaysia cemerlang namun sekarang merudum sejak kj ambil alih..nampak sangat shabery cheek kerja keras tapi tetap low profile
Quote milot 13-2-2015 04:45 PM
Xhabih2 ng hiburan. Kpop média pon tau berkabung xsiar ranc entertainmnt time feri tenggelam selama sebuln (ak rsa 1month) common sense maaa. Time tu xbole nk tgk RM sb dorg berkabung...ranc gelak2 sonot2 xbole.. masy korea pulk kaki hencap peringkat national, agkny sb tu stesen tb xberani..
Quote annehuda 13-2-2015 04:46 PM
ANTUGIGI replied at 13-2-2015 04:36 PM
aku ni org jati kl pun terkilan tengok xde update live kat TV3. lagi la x penah bersua muka pun te ...

byk lg kot saluran tv lain yg update psl pengebumian TGNA. kt fb pun byk yg update feed kt group whatsapp aku pun ade je yg forward gmbr arwah. kenapa tiba2 time mcm ni korg nk menghencap tv3 je sedangkan byk lg kot saluran lain yg korg boleh follow? bg aku la, kalau korg rs tv3 tu tak berhati perut ke ape ke, biaq pi lah. selama ni pun tv3 paper utusan tu suma mmg dah dicop sampah, awat tetiba time mcm ni baru nk tgk tv3? (ni aku refer kt anti kerajaan tegarla). TGNA pun taknak kot di hari kematian die ade pulak upacara mengutuk beramai2 dan dibuat atas nama arwah. seolah2 arwah ni memberikan pengaruh kpd pengikut die utk berkelakuan buruk.

Quote spiderman80 13-2-2015 04:46 PM
They won't call TV Suku for no reason.
Quote spiderman80 13-2-2015 04:48 PM
Wa yang bukan orang Kelate, bukan Isle, bukan ahli PAS, bukan Melayu pun tersentap dengan tindakan TV Suku.

Lihat semua komen(87)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:09 PM GMT+8 , Processed in 0.289248 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top