CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dato Haji Hasbullah Awang Meninggal Dunia

12-2-2015 03:18 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 17137| Komen: 138

Description: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.


KUALA LUMPUR: Pengulas sukan terkenal, Datuk Hasbullah Awang, 63, meninggal dunia ketika dalam rawatan di Institut Jantung Negara (IJN), pada jam 12.20 tengah hari.

Hasbullah yang dirawat di IJN sejak 4 Februari lalu adalah seorang pengulas sukan termasyhur di Malaysia. Beliau berkhidmat dengan saluran Astro Arena sejak Januari 2014 setelah berhenti berkhidmat sebagai pengulas sukan di Radio Televisyen Malaysia (RTM).

Beliau memulakan tugas sebagai juruhebah radio di Radio 1. Pernah menjadi pembantu mengendalikan program khas radio untuk kanak-kanak bersama Kak Yong.

Hasbullah lebih dikenali sebagai pengulas untuk pelbagai acara sukan tempatan mahupun luar negara.

Populariti beliau memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an. Belia juga pernah menyumbangkan suara untuk filem Sumolah arahan Afdlin Shauki.

Kalangan peminat sukan menganggap beliau sebagai antara pengulas terbaik yang pernah dilahirkan negara sebaris nama-nama besar lain seperti Datuk Rahim Razali.

Beliau mempunyai aura tersendiri dengan intonasi suara yang menarik membuatkan penonton menjadi seronok mendengar setiap ulasan beliau.

Jenazah akan dibawa pulang ke rumahnya di Seksyen 32, Bukit Naga Shah Alam jam 3 petang ini dan dijangka disemadikan selepas Asar atau pagi esok.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (6 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote MistrezHermanaz 12-2-2015 01:49 PM
innalillah...sakit jantung ke
Quote bazinga 12-2-2015 01:49 PM
Innalillah..
Quote noell 12-2-2015 01:50 PM
innalillah
Quote revolusi_30 12-2-2015 01:51 PM
Innalillah.
Quote Modngengade 12-2-2015 01:52 PM
innalillah.....
Quote EJALTI 12-2-2015 01:53 PM
Innalillah.....
Quote ad_hoc79 12-2-2015 01:54 PM
Innalillahi  wainna ilaihi rojiun
Quote kerikangkung 12-2-2015 01:55 PM
Edited by kerikangkung at 12-2-2015 01:57 PM


انا لله وانا اليه راجعون


انا لله وانا اليه راجعون


انا لله وانا اليه راجعون
Quote stinger_attack 12-2-2015 01:59 PM
Innalillah...masih terngiang advert voiceovernya.........yang terbaru...."kalau tak makan sayur...sayur lah jawabnya"



Quote trebadoure7 12-2-2015 01:59 PM
last tgk beliau msa jd juri hotseat MLM
Quote Ferr_Remy 12-2-2015 02:00 PM
Innalillah
Quote cap_ayam 12-2-2015 02:00 PM
Al fatihah . Semoga rohnya ditempatkan di kalangan orang2 yang beriman dan beramal soleh.
Quote fifie_olin 12-2-2015 02:01 PM
ske dgr sore arwah...
Quote azlinahmad 12-2-2015 02:02 PM
Al Fatihah untuk arwah....
Quote jepp 12-2-2015 02:02 PM
Al Fatihah...
Quote cecite 12-2-2015 02:02 PM
Dia wat homework sebelum mengulas
innalillah
Quote af_mania 12-2-2015 02:02 PM
Takziah kpd keluarga Allahyarham.

Rindu dgn ulasan Datuk.
Quote enchikfitz 12-2-2015 02:03 PM
innalillah...takziah
Quote white_musk 12-2-2015 02:03 PM
fav quote fr him,

"cantik sekali... sayang sekali... "

semoga aman di sana..

Lihat semua komen(138)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 11:11 PM GMT+8 , Processed in 0.135902 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top