CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Selebriti Tempatan Lihat artikel

Beramal Bersama Aaron Aziz

7-6-2013 05:36 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3067| Komen: 1

Description: Sejak dipilih dan dilantik menjadi salah seorang duta Yayasan Aida Malaysia, Aaron Aziz tidak sesekali melupakan tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan. Selain menyertai aktiviti-aktiviti anjura ...



Sejak dipilih dan dilantik menjadi salah seorang duta Yayasan Aida Malaysia, Aaron Aziz tidak sesekali melupakan tanggungjawab sosial yang perlu dilakukan.

Selain menyertai aktiviti-aktiviti anjuran mereka, terbaru Aaron secara rasminya mengumumkan untuk sama-sama beramal dengannya melalui tabung yang akan dibawa bersama bila setiap kali dia menghadiri acara yang turut disertai oleh peminat.

"Jika ada yang nampak saya bersama tabung Yayasan Aids Malaysia (MAC) ini janganlah pula terkejut.  Bukan apa, mulai saat ini setiap acara yang saya hadiri saya akan bawa bersama tabung tersebut.

"Jadi, jika ada yang mahu membantu yayasan berkenaan, bolehlah membuat sumbangan dengan seikhlas hati.  Tidak ada jumlah yang ditetapkan.  Sebagai contoh, jika ada yang bergambar dengan saya boleh juga menghulurkan sumbangan.  Bukan untuk saya, tapi yayasan tersebut," kongsi Aaron yang sudah dua tahun menjadi sukarelawan dan duta Yayasan Aids Malaysia.

Ditanyakan adakah pihak MAC menetapkan jumlah yang perlu dikutip, kata Aaron yang juga duta Duta Kelab Belia Riben Merah;

"Pihak mereka tidak menetapkan sasaran berapa banyak yang perlu dikumpul.  Asal sahaja tabung itu penuh, barulah saya akan serahkan kepada mereka."

Sebagai permulaan, semalam bertempat di Stadium Nasional Bukit Jalil Aaron telah mengadakan Larian Amal Aaron bersama radio Era sempena mempromosikan filem 'Lari' yang mula ditayangkan pada hari ini.

Aaron juga memberitahu sebelum dia dipilih oleh yayasan berkenaan dia sudah lama berniat untuk melakukan kerja-kerja amal untuk mana-mana badan kebajikan.



1

Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Jerambut 9-6-2013 11:40 AM
[youtube]kktBHGSJle8[/youtube]

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 11:32 AM GMT+8 , Processed in 0.048750 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top