CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tak Sanggup Lagi Lalu Lopak Maut

20-1-2015 10:31 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6989| Komen: 35

Description: Pengalamannya Melalui Jalan Di Sepanjang Seksyen 15 Memang Menyukarkan Malah Terpaksa Keluar Duit Lebih Untuk Baiki Kenderaan.
Tak sanggup lagi lalu lopak maut




  • Pengguna jalan raya tidak mempunyai pilihan dan terpaksa melalui jalan yang tidak rata dan rosak setiap hari.
  • Jalan rosak di sekitar laluan Seksyen 15, Shah Alam menjadi rungutan. Bukan hanya bimbang nyawa melayang, kos terpaksa dikeluarkan untuk baiki kenderaan.

SHAH ALAM - "Saya terpaksa 'terbang' tiap kali nak elak lubang-lubang di sini." Itu antara reaksi pengguna jalan raya di Seksyen 15 di sini.

Seorang pekerja swasta, Mohd Farizwan Hassan, 18, berkata, selain risaukan keselamatan diri, dia terpaksa berdepan masalah tayar pancit yang kerap setiap kali terlanggar lopak.

“Nyawa kami ibarat di hujung tanduk, bajet pun tak cukup sebab selalu kena baiki motosikal,” katanya,

Reaksi sama turut dilahirkan seorang pemandu teksi, Omar Hussin, 60.

Pengalamannya melalui jalan di sepanjang Seksyen 15 memang menyukarkan malah terpaksa keluar duit lebih untuk baiki kenderaan.

Gambar hiasan


“Bayangkan rezeki tak banyak mana, terpaksa pula bayar kos selenggara teksi. Pihak berkuasa tempatan kena segara baiki jalan, takkanlah nak tunggu ada kematian baru nak bertindak,” katanya.

Seorang pemandu lori, Mohd Asfan Azman, 35, berkata, dia yang kerap melalui jalan itu terpaksa mengelak berpuluh lubang untuk memastikan barangan dibawa tidak rosak.

“Bila terpaksa bawa dalam keadaan macam tu, boleh bahayakan orang lain juga. Tapi saya tak ada pilihan.

“Lori yang saya bawa lori syarikat, kalau selalu nak kena baiki melibatkan kos yang banyak juga. Saya harap sangatlah masalah jalan berlopak ni dibaiki segera,” katanya.

8

Bagus
8

Marah
12

Terkejut
13

Sedih
8

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 19-1-2015 05:49 PM
penah depan mata tengok pakcik cina balik keje kul 7 lebih..
ngelak lopak air
tercampak ke seberang jalan sana
dan dilanggar dan diseret pulok oleh kereta waja

dah mendiang dah pokcik tuh
Quote lompatikam 19-1-2015 05:57 PM
itu la sebab nya duit RM3 billion tuh perlu dibelanjakan. bukan simpan tunjuk hujung tahun bertambah. by the way...la ni kemana pi duit tuh? aku tgk jalan yg kronik masih kronik mcm biasa je...jalan mana yg dah dibaiki nih?
Quote Modngengade 19-1-2015 06:52 PM
Jemin mana jemin?
Quote saladin780 19-1-2015 07:09 PM
Dahla jln banyak belobang..nak buat jejantas pun kedekut..ni kat sek 7 ni brp ramai menyabung nyawa melintas jln dari area jakel ke pst komersil dah bertahun2..xde pun buatkan jejantas ke apa..klu area elit tu kemain lg jln elok pun memanjang kena tar lagi dan lagi
Quote cmf_conan 19-1-2015 07:13 PM
haaaaa.. tu la aku pernah ckp pasal tar jalan tak kena tempat ni dulu..
tempat yg jalan nye elok tak lobang2 sibuk nak tampal ngan tar baru..
jalan yg lobang2 buat tak nampak je..
Quote tupaiterbang 19-1-2015 07:20 PM
kalau bawah zul kulim..sume dah settle kot
Quote spiderman80 19-1-2015 07:28 PM
Selangor nama saja negeri maju tapi jalan berlubang malah semakin ramai GRO yang jual lubang di sana.
Quote noor2 19-1-2015 07:58 PM
Seksyen 15 memang teruk ...satu lagi jalan menghala ke seksyen 17...ke stesyen bas
Quote neotoxin 19-1-2015 08:00 PM
jalan kat depan calsberg tu pun rosak teruk... tiap kali lalu situ kena drive mcm siput
Quote Anak_Nogori 19-1-2015 08:20 PM
Baik aiskrim guna duit tu utk byr elaun ketum 15 juta....rakyat tak penting...dah tahu ada lobang..pi terbang buat apa..slow lah.
Quote shalola 19-1-2015 09:14 PM
malaysiaaaaaa........
Quote saladin780 19-1-2015 09:28 PM
noor2 replied at 19-1-2015 07:58 PM
Seksyen 15 memang teruk ...satu lagi jalan menghala ke seksyen 17...ke stesyen bas

Mana de bus stesen dah situ noor..dah pindah stadium katanya..
Quote saladin780 19-1-2015 09:31 PM
Jalan berlubang..sampah plak bersepah2 kat shah alam ni..tu x masuk lgi bdr2 lain mcm klang rawang semenyih semua tu..gila babi lah pengotor selangor ni..malu sikit la sama negeri2 jiran cam melaka tuh:
Quote noor2 19-1-2015 09:32 PM
saladin780 replied at 19-1-2015 09:28 PM
Mana de bus stesen dah situ noor..dah pindah stadium katanya..

Tahu...pindah stadium sementara ja ....kat sek17 renovation. ..
Quote vandergooh 19-1-2015 09:34 PM
bila laa jalan raya nak naik taraf standard oversea pakai berpuluh tahun pun masih steady..
Quote saladin780 19-1-2015 10:40 PM
noor2 replied at 19-1-2015 09:32 PM
Tahu...pindah stadium sementara ja ....kat sek17 renovation. ..

Oh buat kat situ gak ke ?
Quote intan_smsb 19-1-2015 10:44 PM
Isu lopak dn lubang ni plg kesian yg bwk motor.. nak elak lubang dn lopak kene sodok lak dek kereta

Alahai x sanggup la aku
Quote d34n 19-1-2015 10:50 PM
Seksyen 1-14 mmg jaga baek punya... Jln x rosak pun tar baru...
Sek 15 keatas, lantak korg la, selagi bole Jln, hadap la je la Jln tu rosak ke, lubang ke...
Padahal semua byr cukai ke majlis bandaraya yg sama...
Quote Zamzari 19-1-2015 10:50 PM
Ohh! Kat Selangor.... suasana biasa aje tuu! Sampah serta rumput berlalang di jalanan adalah lanskap semasa...cuma Jalan dekat dengan Istana di Shah Alam aje yg agak luar biasa...cantik berturap serta kebersihan sentiasa terjaga

Lihat semua komen(35)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 02:11 AM GMT+8 , Processed in 0.062466 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top