CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Melopong Burung Cecah Rm400ribu Terlepas Terbang

14-1-2015 01:09 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10387| Komen: 74

Description: Dalam Pertandingan Yang Dianjurkan Tiga Peminat Burung Dari Perak, Kedah Dan Pulau Pinang Itu, Kayu Yang Digunakan Itu Jatuh Tiba-Tiba Menyebabkan Sangkar Pecah Dan 100 Burung Merbah Jambul Terlepas.
Melopong Burung Cecah Rm400ribu Terlepas Terbang 

Georgetown: Seramai 100 peserta pertandingan burung di Pusat Agro Pelancongan Relau, di sini, kerugian hampir RM400,000 selepas tempat menggantung burung pertandingan seni suara merdu itu patah menyebabkan burung terlepas, pagi kelmarin.

Dalam pertandingan yang dianjurkan tiga peminat burung dari Perak, Kedah dan Pulau Pinang itu, kayu yang digunakan itu jatuh tiba-tiba menyebabkan sangkar pecah dan 100 burung merbah jambul terlepas.

Peserta pertandingan, Mohd Razak Ibrahim, 46, berkata kejadian berlaku jam 11.30 pagi dan dia amat terkejut apabila burung merbah jambul miliknya itu terlepas selepas kayu berkenaan jatuh.

"Saya terus berlari ke arah tempat burung yang sedang digantung itu selepas terlihat kayu berkenaan jatuh.

"Namun, saya gagal menangkap semula burung merbah jambul saya kerana ia terbang ke hutan berdekatan," katanya ketika ditemui di tempat pertandingan.

Mohd Razak berkata, dia kerugian hampir RM22,000 selepas tujuh burung merbah jambul miliknya terlepas.


Bagus

Marah
1

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (2 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ninja boy 13-1-2015 03:49 PM
kesian burung terkurung
Quote prettyuglybabe 13-1-2015 03:50 PM
elok la.. sujud syukur burung tu terlepas dari sangkar
Quote jetrofa 13-1-2015 03:53 PM


..kerja tangan ghaib!?
syabas burung2 sekelian...selamat menikmati kebebasan...
Quote Syd 13-1-2015 03:55 PM
jinak-jinak burung merpati,
jinak lagi burung sendiri;
burung merpati dipegang lari,
burung sendiri dipegang berdiri




Quote tumpanglalu74 13-1-2015 03:56 PM
Aku benci la orang yang bele burung ni.  Dah Tuhan bagi dia kepak, datang korang kurung pulak.

Tak berperikemanusiaan langsung.  Babi pon tak buat kejam cam ni kan?
Quote Cyempaka 13-1-2015 04:03 PM
padah seksa binatang kot
Quote leylapple 13-1-2015 04:05 PM
hmmm....

insuran tak cover ker?
Quote mattzzx 13-1-2015 04:07 PM
tumpanglalu74 replied at 13-1-2015 03:56 PM
Aku benci la orang yang bele burung ni.  Dah Tuhan bagi dia kepak, datang korang kurung pulak.

Ta ...

Macamana agaknya kalau tuan burung tu terkurung dalam rumah dan tak boleh keluar??

Quote nourahfey 13-1-2015 04:08 PM
tumpanglalu74 replied at 13-1-2015 03:56 PM
Aku benci la orang yang bele burung ni.  Dah Tuhan bagi dia kepak, datang korang kurung pulak.

Ta ...

dah tu sangkar plk sempit,cer buat sangkar besar rumah ke,
barulah rasa bernyawa sikit hewan tu,,sian dia,padan ngan muka tuan ,,,
Quote pilot 13-1-2015 04:08 PM
Syd replied at 13-1-2015 03:55 PM
jinak-jinak burung merpati,
jinak lagi burung sendiri;
burung merpati dipe ...

motip font size n type berbeda dari yg biasa??
Quote cikmi 13-1-2015 04:08 PM
alhamdulillah burung2 tu terlepas....
Quote Kittie 13-1-2015 04:10 PM
Sukanya... derang bebas.

Kittie benci betul org kurung2 binatang ni. Pestuh yg main laga2 ayam, laga2 lembu, matador kejadah tuh. Mmg Kittie padankan jer bila kena tanduk. Suka suki jer nk seksa binatang.

Quote Syd 13-1-2015 04:10 PM
pilot replied at 13-1-2015 04:08 PM
motip font size n type berbeda dari yg biasa??

ai amek dari website yang ala2 pantun jiwang, pantun lucu etc

sbb pantun neh ada erti yang lain skit, so ai terpaksa hati2

amek dari sumber yang benerrrrr teliti gitu

ikut kepala mereng ai...

kang lain laks jadik pantun pasal burung berlari berdiri melompat bagai

ahahahhaah
Quote Syd 13-1-2015 04:11 PM
mattzzx replied at 13-1-2015 04:07 PM
Macamana agaknya kalau tuan burung tu terkurung dalam rumah dan tak boleh keluar??

macam neh ker?




Quote Modngengade 13-1-2015 04:11 PM
Syd replied at 13-1-2015 03:55 PM
jinak-jinak burung merpati,
jinak lagi burung sendiri;
burung merpati dipe ...

ewah2   berpantun abe syed yer...

meh akak beli:


jinak-jinak burung merpati,
disumpit bedah terkedek-kedek,
burung bang syed mampu berdiri,
burung @stinger_attack tak mampu dekkkkkk!!!!!




Quote anno_miss 13-1-2015 04:12 PM
Terbang tinggi2..jauh dari si pemikat burung. Hidup bebas meneroka angkasa..

400k terbang.. melopong klu kena kt ai jgk...
Quote Syd 13-1-2015 04:12 PM
Modngengade replied at 13-1-2015 04:11 PM
ewah2   berpantun abe syed yer...

meh akak beli:



akak..
saya tak campur bab2 burung forumer cari taoo

adehh...

bye...ai nak p tangkap burung di hutan yea..


Quote Modngengade 13-1-2015 04:14 PM
Syd replied at 13-1-2015 04:12 PM
akak..
saya tak campur bab2 burung forumer cari taoo

yer dekk....sukses yer....

Quote pilot 13-1-2015 04:14 PM
Modngengade replied at 13-1-2015 04:11 PM
ewah2   berpantun abe syed yer...

meh akak beli:

Syd ada burung ke??

Lihat semua komen(74)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 09:01 AM GMT+8 , Processed in 0.056756 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top