CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Tepati Pilihan Busana Nikah Anda

18-12-2014 03:50 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 17007| Komen: 2

Description: Sesiapa pun perempuan dalam dunia ni, apabila bercerita mengenai busana untuk hari perkahwinan, semua pasti teruja. Semua seakan berangan dan terbayang betapa indahnya saat-saat yang diimpikan.Bagi la ...
Oleh Fyruz

Sesiapa pun perempuan dalam dunia ni, apabila bercerita mengenai busana untuk hari perkahwinan, semua pasti teruja. Semua seakan berangan dan terbayang betapa indahnya saat-saat yang diimpikan. Bagi ladies yang mempunya bajet yang besar, LadyLista ucapkan tahniah kerana, anda hanya perlu rasa terbeban untuk pilih fabrik, potongan yang beberapa perkara remeh sahaja. Namun bagi yang mempunyai bajet yang terhad, perlulah sedar diri. Habis takkan nak buat ala kadar je? Jangan risau LadyLista akan kongsikan sedikt tips untuk anda kelihatan sempurna di dari yang paling bahagia.


Yang paling penting, bagi orang Melayu, semestinya tempat untuk nikah itu ditentukan dan sesuai dengan busana yang ingin digayakan. Manalah tau, nikah di masjid, tetapi anda menggayakan busana tak kena tempatnya. Silap-silap, anda diharamkan masuk masjid. Jom lihat apa yang LadyLista sediakan:

Baju Nikah Muslimah Potongan Baju Kurung Biasa

Memakai baju nikah Muslimah yang membawa unsur tradisional sangatlah klasik. Walaupun ada yang berpendapat bahawa baju kurung kurang menarik dan nampak terlalu kampong. Tetapi, percaya atau tidak jika ia kena dengan tema serta warna, baju nikah Muslimah anda akan tampak lebih ekslusif.

Baju nikah Muslimah potongan baju kurung biasa yang tidak terlalu sarat tampak lebih mewah berbanding dengan perincian yang sarat pada bahagian hadapan. Memakai baju kurung berwarna putih bersih bersama kain pasang rona silver sangat sesuai untuk dijadikan baju nikah anda. Biar ringkas tetapi anggun.

Baju Nikah Muslimah Potongan Baju Kurung Moden (gambar hiasan)

Baju nikah Muslimah potongan baju kurung moden juga mampu menaikkan seri pengantin pada hari bahagia anda. Pemakaian baju kurung moden juga tampak lebih kemas dan sopan, dipadankan pula dengan selendang rona warna yang sama pastinya cantik dipandang mata.Anda dinasihatkan supaya tidak memakai baju nikah Muslimah potongan baju kurung moden yang terlalu ketat kerana ia akan menyusahkan anda untuk bergerak dan duduk ketika majlis berlangsung.

Baju Nikah Muslimah Potongan Jubah

Selain daripada baju nikah Muslimah yang mempunyai kain pasang, terdapat juga baju nikah Muslimah potongan jubah yang tentunya lebih selesa dipakai. Baju nikah Muslimah jenis ini adalah sangat sesuai bagi anda yang mempunyai saiz badan yang sedikit besar. Ia dapat menutup bahagian tertentu supaya anda tampak langsing di dalam gambar. Bagi baju nikah Muslimah jenis ini, anda perlu bijak memilih warna kerana warna cerah akan menampakkan anda lebih lebar dari sedia kala. Pilih perincian yang sesuai untuk diletakkan pada baju nikah muslimah anda dan janganlah terlalu padat.

Baju Nikah Muslimah Potongan Kebaya Labuh

Gaya Muslimah dalam menggayakan baju nikah Muslimah tidak hanya tertumpu kepada jubah semata-mata. Fesyen terbaru baju nikah Muslimah iaitu potongan kebaya labuh juga mendapat permintaan yang tinggi di butik-butik pengantin. Kebaya labuh kebiasaannya mempunyai labuh hingga ke paras buku lali dan mempunyai bukaan pada bahagian tengah hadapan bagi memudahkan pengantin untuk bergerak.Anda boleh memilih kain yang diperbuat daripada kain songket untuk dijadikan kain bagi bahagian dalam dan untuk kebaya anda boleh memilih kain jenis organza.

 Baju Nikah Muslimah Potongan Gaun

Sedikit unsur moden dalam pemakaian baju nikah Muslimah mampu memberikan kelainan kepada anda. Baju nikah Muslimah potongan gaun masih lagi menerapkan ciri-ciri kemelayuan, akan tetapi ia menggabungkan juga unsur Inggeris dengan potongan kembang dari bahagian pinggang ke bawah.Jika anda memiliki potongan tubuh badan yang agak lurus, anda bolehlah mencuba potongan gaun ini kerana ia mampu memberikan ilusi potongan badan yang cantik kepada anda.


Baju Nikah Muslimah Potongan Dress Labuh

Baju nikah Muslimah ini turut mempunyai ciri-ciri yang sama dengan baju nikah muslimah potongan gaun cuma yang membezakannya ialah ia tidak kembang tetapi lurus.Pelbagai perincian yang boleh anda gabungkan di dalam pemakaian baju nikah muslimah potongan dress labuh seperti manik, lace dan juga batu permata. Tetapi berikan tumpuan kepada pemilihan warna kerana perincian akan tampak tenggelam dengan warna yang agak suram. -CARI Infonet.
12

Bagus
10

Marah
16

Terkejut
20

Sedih
18

Lawak
10

Bosan

Friends Rank (86 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote yazsyana 9-3-2016 11:37 AM
menarik...
Quote blackvanilla 5-3-2016 06:45 PM
tq share! berguna

Lihat semua komen(2)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

22-5-2022 09:26 AM GMT+8 , Processed in 0.053778 second(s), 23 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top