CARI Infonet

 Forgot password?
 Register
Search
Carian Terbanyak:
CARI Infonet Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Pilih Dress Labuh Yang Sesuai

18-12-2014 10:36 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 8878| Komen: 1

Description: Pakaian melambangkan personaliti seseorang. Wanita perlu tahu akan beberapa jenis pakaian mengikut kesesuaian mereka. Antara beberapa jenis pakaian yang harus dimiliki oleh seseorang wanita ialah dres ...
Oleh Fyruz


Pakaian melambangkan personaliti seseorang. Wanita perlu tahu akan beberapa  jenis pakaian mengikut kesesuaian mereka. Antara beberapa jenis pakaian yang harus dimiliki oleh seseorang wanita ialah dress labuh. Dress labuh merupakan salah satu trend terkini bagi wanita. Dengan penampilan kemas dan moden bersama dress labuh amat sesuai dipakai secara kasual mahupun untuk ke majlis formal. Wanita akan lebih kelihatan berseri-seri dan anggun apabila mengenakan dress labuh tetapi anda harus berwaspada dengan penampilan diri apabila mengenakan dress labuh.


Berikut beberapa tips yang perlu anda titik beratkan sebelum memilih untuk mengenakan dress labuh: 

Pilih Fabrik Yang Selesa Untuk Dipakai
Fabrik merupakan asas yang penting dalam pemilihan dress labuh. Jika dress labuh tersebut tidak memiliki kualiti yang bagus, tentunya anda akan merasa tidak selesa apabila memakainya. Walaupun fabrik kapas mampu menyerap peluh namun jika anda salah menggayakannya anda pasti nampak selekeh. LadyLista sarankan anda berhati-hati memilih dress labuh dari jenis kapas.

Cari Dress Labuh Yang Sesuai Dengan Warna Kulit Anda
Warna memainkan peranan yang penting dalam pemilihan dress labuh. Tidak guna jika anda memakai dress labuh yang cantik tetapi warnanya tidak sesuai dengan warna kulit anda. Perincian yang terlalu padat juga tidak sesuai bagi sesetengah bentuk badan. Bagi gadis LadyLista yang memiliki warna kulit sawo matang, penggunaan warna tanah (earth color) mampu memberikan kesan yang lebih senada dan menarik.

Pilih Kasut Yang Sesuai Untuk Digayakan Bersama Dress Labuh
Anda perlulah memilih kasut yang sesuai dengan ketinggian anda. Jika anda seorang yang tingi anda dinasihatkan untuk tidak mengenakan kasut bertumit tinggi ataupun wedges manakala bagi yang mempunyai ketinggian yang sederhana, anda bolehlah memakai kasut bertumit tinggi untuk menampakkan diri anda tinggi. Tetapi awas, jangan terlalu tinggi bimbang anda pula yang sukar untuk berjalan.

Pastikan Corak Dress Labuh, Sesuai Dengan Anda
Pemilihan corak yang betul akan memberikan kesan terhadap bentuk tubuh anda. Jika anda mempunyai tubuh badan yang agak besar, pilihlah dress labuh yang bercorak kecil supaya anda kelihatan lebih kecil.Manakala bagi yang memiliki tubuh kecil molek, pilihlah dress labuh yang bercorak besar untuk menampakkan tubuh anda sedikit besar.

Perincian Pada Dress Labuh
Perkara ini juga sangat penting kerana perincian boleh membantu memberi ilusi bentuk tubuh yang menawan kepada anda. Jika anda tersalah memilih perincian pada dress labuh, oppss…  anda akan kelihatan buruk pada ketika itu. Jika anda memiliki dada yang agak leper, pilihlah dress labuh yang mempunyai perincian di bahagian dada supaya ia member ilusi dada yang berisi pada tubuh badan anda.

Potongan Dress Labuh
Memakai dress labuh yang tidak sesuai dengan bentuk tubuh akan mencacatkan penampilan anda. Potongan dress labuh yang mempunyai getah di bahagian pinggang adalah sangat sesuai bagi anda yang bertubuh kurus. Ia akan membantu memberi ilusi potongan badan yang cantik kepada bentuk tubuh anda. Berbeza pula bagi yang bertubuh agak gempal, elakkan potongan jenis ini kerana ia akan menampakkan tubuh anda pendek dan rendah.

Pakaian sampingan/Outwear Yang Membantu
Pemakaian outwear yang sesuai dapat membantu memberikan style yang menarik pada anda. Pilih outwear yang seakan-akan sama dengan dress labuh anda supaya anda dapat menyembunyikan bahagian yang agak menonjol. Sebagai contoh cardigan, blazer atau jaket. -CARI Infonet.

13

Bagus
10

Marah
8

Terkejut
15

Sedih
14

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (68 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AceHand 5-3-2014 01:50 AM


Mano banci Malaysia...?


Jizzz... Klong! Klong!

Lihat semua komen(1)

Kategori Berkaitan




Mobile|Archiver|Mobile*default|CARI Infonet

29-5-2022 07:58 PM GMT+8 , Processed in 0.075212 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top