CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Suami Isteri Penipu, Kaut Ratusan Ringgit

12-11-2014 05:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 16488| Komen: 127

Description: “Group Ini Diwujudkan Adalah Untuk Menyedarkan Tentang Kegiatan Jahat Si S***** Dan N*** Si Saudagar Penipu. Marilah Kita Sama-Sama Bersatu Menjatuhkan Mereka Serta Keturunan Mereka,” Itu Paparan Ma ...
Suami Isteri Penipu, Kaut Ratusan Ringgit


SHAH ALAM, 12 November Cari kenalan, bina kepercayaan dan tipu ,ini modus operandi dipercayai dijalankan sepasang suami isteri yang menyediakan perkhidmatan pakej pelancongan murah ke luar negara, membekal produk kecantikan, import dan eksport barangan, sewa kedai sehingga gajet elektronik yang menyasarkan golongan ahli perniagaan bergelar ‘Datuk’ dan usahawan sebagai mangsa terbaru demi mengaut keuntungan mencecah puluhan ribu ringgit setiap bulan.

Taktik licik pasangan itu yang hanya bermodalkan ayat manis untuk memperdayakan mangsa melalui tawaran perkhidmatan yang diberikan.

Lebih malang, bukan sahaja mangsa menyedari dirinya ditipu dengan pelbagai helah dan alasan, malah duit yang telah dilaburkan tidak dikembalikan.

Difahamkan, kegiatan ini berlaku sejak tahun 2009 dan ia mendorong mangsa penipuan pasangan terbabit menubuhkan satu kumpulan di Facebook iaitu ‘Kelab Mangsa-Mangsa Penipuan S***** & N***’ yang kini berjaya menarik hampir 1,000 ahli bagi mengelak orang ramai menjadi mangsa terbaru.

“Group ini diwujudkan adalah untuk menyedarkan tentang kegiatan jahat si S***** dan N*** si saudagar penipu. Marilah kita sama-sama bersatu menjatuhkan mereka serta keturunan mereka,” itu paparan maklumat di laman tersebut.

Hasil pemerhatian di laman tersebut, The Rakyat Post berkesempatan menemui beberapa mangsa penipuan dalam satu pertemuan ringkas di Shah Alam.

Menurut salah seorang mangsa yang hanya mahu dikenali sebagai Mar, dia mengenali pasangan suami isteri itu ketika membuat tempahan perkhidmatan membuat hamper di syarikat mereka pada tahun lepas.

Usahawan yang berusia 35 tahun itu menjelaskan setelah menjadi pelanggan tetap di syarikat tersebut, pasangan terbabit mula meyakinkannya untuk menerima perkhidmatan pakej pelancongan ke luar negara dengan tawaran yang murah daripada harga pasaran.

Dia yang bersetuju menempah pakej percutian ke Korea seramai 12 orang membuat bayaran sejumlah RM36,000 pada Mei 2013 untuk perjalanan yang dirancang pada 30 November 2013 namun menyedari dirinya ditipu setelah gagal mendapat tiket seperti yang dijanjikan.

“Saya difahamkan pasangan suami isteri itu sudah banyak menipu orang ramai dengan menggunakan pakej pelancongan murah ke luar negara sebagai tarikan.

“Bila sudah masukkan duit ke akaun mereka, tiket masih tak dapat. Apabila saya bertanya, pelbagai alasan diberikan sehingga duit saya sebanyak RM36,000 hangus sekelip mata,” luah Mar sambil menunjukkan salinan laporan polis yang dibuatnya.

Bagi EnKay, pengalaman berurusan dengan pasangan penipu itu bagaikan mimpi ngeri yang tidak pernah berlaku sepanjang hidupnya.

Atas faktor kepercayaan terhadap pasangan itu setelah diperkenalkan kenalannya pada Mei lalu, membuatkan EnKay terpengaruh dengan janji manis tawaran pakej pelancongan murah ke luar negara.

“Saya menempah dan membuat bayaran berjumlah RM15,000 untuk enam tiket ke luar negara dan dia memberi satu salinan jadual penerbangan yang ditempah dari sebuah syarikat penerbangan sebagai bukti.

“Sehingga tarikh yang dijanjikan, dia hanya memberi saya satu tiket perjalanan. Bila saya periksa dengan pihak syarikat penerbangan, rupanya salinan tersebut adalah palsu dan segala kod tempahan tiket milik kepunyaan orang lain,” jelasnya yang namanya enggan disiarkan.

Menyedari dirinya ditipu, dia kemudiannya membuat laporan polis setelah pelbagai helah digunakan pasangan terbabit untuk tidak memulangkan wang miliknya.

Pendedahan selanjutnya akan membawa pengakuan salah seorang mangsa bergelar ‘datuk’ yang mendakwa turut ditipu oleh pasangan terbabit.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote AzzaAzman 12-11-2014 11:54 AM
RM54 Ribu Untuk 21 Buah iPhone6 Lesap Ditipu Peniaga Online di Facebook

Besar sungguh risiko kita sebagai pengguna yang membeli barangan secara dalam talian. Memandangkan segala urusan dalam talian maka pembeli tidak mengenali siapakah yang dia sedang berurusan jual beli dan itu memberi kelebihan kepada penjual.

Terkini sepasang suami isteri telah ditipu sebanyak RM54 ribu oleh seorang individu yang kononnya menjual iPhone 6 secara online dalam laman sosial Facebook.

http://3.bp.blogspot.com/-OWKJfC ... 1600/Capture.JPG#FB

Bagaimanapun setelah mangsa memindahkan wang tersebut untuk membeli 21 buah iPhone 6 ke dalam akaun bank suspek sebelum suspek menghilangkan diri.

Menurut mangsa, mereka telah beberapa kali berjumpa dengan suspek dalam urusan jual beli iPhone6 pada kuantiti yang sedikit, malah ketika berjumpa suspek dikatakan enggan bergambar.

Bukan itu sahaja, merujuk kepada para komentar di laman Facebook Siakapkeli, masih ramai lagi yang telah ditipu oleh orang yang sama. Selain dari itu hasil dari carian google pada nama suspek juga menunjukkan perkara yang sama.

Luahan mangsa di Facebook

Mangsa setakat ini telah pun membuat laporan polis dan membuat perkongsian di laman sosial berkenaan penipuan tersebut. Dia juga ada berkongsikan seberapa banyak maklumat yang boleh mengenai suspek seperti nombor telefon dan profil Facebook agar orang ramai dapat membantunya dalam mengesan individu yang menipunya. - Siakapkeli.com.my

Berikut adalah maklumat suspek:

Nama: Sakinah
No Fon: 0133310812 / 0122403472

Berikut adalah komen si suami mengenai penipuan ini:

http://3.bp.blogspot.com/-9BsT64 ... 1600/Capture.JPG#FB

Last edited by AzzaAzman on 12-11-2014 11:58 AM

Quote AzzaAzman 12-11-2014 12:02 PM
Ini lebih lanjut di FB... bukan calang orang ditipunya...

https://m.facebook.com/photo.php?fbid=728343577245865&set=a.378675822212644.93782.100002106878067&type=1&theater#FB.

Klu ada masa iols cerita kes iolss sendiri pulak. Kena tipu RM50K 4 tahun lepas. Hehe.

Quote chinta89 12-11-2014 12:06 PM
hmmmm...kita di luar ni kena lebih berhati2..
Quote AzzaAzman 12-11-2014 12:48 PM
@@@@@@@@@@@@@@

01. NAMA MANGSA :
UIA STUDENT

Bulan/tahun kejadian :
November, 2010

Tempat kejadian :
Gombak, Selangor

Detail penipuan :
Tiket ke London pergi/balik untuk 32 orang pelajar. 1 tiket dah dapat. Lagi 31 belum refund sampai skarang.

Jumlah kerugian penipuan :
Tiket: RM56,000.00
Tempat penginapan yg terpaksa dicancel sbb tiket xdapat : 1644.54 = RM9,045.00
Jumlah = RM65,045.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Selayang, no report GOMBAK/008726/10

@@@@@@@@@@@@@@

02. NAMA MANGSA :
LAWYER JARIR

Bulan/tahun kejadian :
Disember, 2012

Tempat kejadian :
Kuala Lumpur

Detail penipuan :
1. Tiket ke Korea pergi/balik untuk 20 orang.
2. Mengganggu ketenteraman ibubapa
3. Ugutan fizikal & bunuh

Jumlah kerugian penipuan :
RM15,000.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Serdang, Ulu Klang, Wangsa Maju, Kepala Batas

@@@@@@@@@@@@@@

03. NAMA MANGSA :
NUR AKMAR

Bulan/tahun kejadian :
May, 2013

Tempat kejadian :
Puchong

Detail penipuan :
Penipuan tiket ke Korea untuk company trip seramai 12 orang. Bayaran dibuat pada bulan May 2013 untuk perjalanan 30 November 2013.

Jumlah kerugian penipuan :
RM34,000.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Serdang

@@@@@@@@@@@@@@

04. NAMA MANGSA :
MUHAMMAD AIZAD

Bulan/tahun kejadian :
Oktober, 2013

Tempat kejadian :
Kota Kinabalu, Sabah

Detail penipuan :
1. Penipuan 1st trip (Guang Zhou)
- Membuat kesilapan pembelian tiket (sepatutnya CAN-KK, tapi beli tiket CAN-KL). So terpaksa naik & dijanjikan tiket KL-KK sudah dibeli (sudah diberi booking no). Sampai di KL tiket tidak wujud. So terpaksa beli sendiri tiket RM396.00
2. Penipuan 2nd trip (Guang Zhou)
- Selepas transfer duit RM untuk  ditukarkan kepada Yuan diorang lengah2kan trip sehingga 2 bulan (dari Ogos-Oktober). Mereka janjikan tukaran wang yg tinggi seperti 1st trip.
- Sampai di Guang Zhou, Naza & Syawal tidak datang. Terpaksa urus sendiri dgn isteri & anak kecil selama 4 hari disana.
- So duit, mereka transfer sedikit demi sedikit guna Western Union. Masih berbaki 28,000 yuan.

Jumlah kerugian penipuan :
RM14,000.00

Laporan polis (jika ada) :

@@@@@@@@@@@@@@

05. NAMA MANGSA :
ROSYANI BT HUSIN

Bulan/tahun kejadian :
Oktober, 2013 - Februari, 2014

Tempat kejadian :
Kuala Lumpur

Detail penipuan :
1. Ticket flight ke London Business Class & Economy Class (MAS) utk 4 org berjumlah RM67,994.00
2. Ticket flight ke Padang, Indonesia (AIRASIA) utk 24 org berjumlah RM4,642.00
3. Ticket flight ke London (Economy) utk 2 org berjumlah RM9,600.00
4. Ticket flight ke Perth (Business Class) utk 2 org berjumlah RM10,500.00
5. Refund ticket dari Virgin Atlantic Air (disebabkan kesilapan Syawal booking tiket) berjumlah RM2,600.00
6. Supply maid dari Indonesia berjumlah RM2,500.00

Jumlah kerugian penipuan :
RM97,836.00

Laporan polis (jika ada) :

@@@@@@@@@@@@@@

06. NAMA MANGSA :
DR ASMA

Bulan/tahun kejadian :
February, 2014

Tempat kejadian :
Johor Bahru

Detail penipuan :
1. Tiket ke New Zealand pergi dan balik untuk 1 orang.
2. Sebarkan maklumat peribadi mangsa ke web lucah

Jumlah kerugian penipuan :
RM4,800.00

Laporan polis (jika ada) :

@@@@@@@@@@@@@@

07. NAMA MANGSA :
KHALIS & INTAN

Bulan/tahun kejadian :
February, 2014

Tempat kejadian :
Selangor

Detail penipuan :
Tiket ke Istanbul pergi dan balik untuk 2 orang.

Jumlah kerugian penipuan :
RM10,000.00

Laporan polis (jika ada) :

@@@@@@@@@@@@@@

08. NAMA MANGSA :
ASHA

Bulan/tahun kejadian :
May 2014

Tempat kejadian :
Kuala Lumpur

Detail penipuan :
Ambil duit untuk 6 air ticket tapi beri 1 saja. Duit belum refund lagi.

Jumlah kerugian penipuan :
RM14,099.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Bangsar, Brickfields
IO : Inspektor Romy

@@@@@@@@@@@@@@

09. NAMA MANGSA :
NIRANJANI A/P KULAVEERASINGAM

Bulan/tahun kejadian :
May, 2014

Tempat kejadian :
Kuala Lumpur

Detail penipuan :
2 Ticket flight ke London Business Class n Economy Class (MAS)

Jumlah kerugian penipuan :
RM17,968.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Bangsar, Brickfields
IO : Inspektor Romy

@@@@@@@@@@@@@@@

10. NAMA MANGSA :
MAHANIM MOHAMAD

Bulan/tahun kejadian :
May, 2014

Tempat kejadian :  
Bangsar

Detail penipuan :
Penipuan tiket flight & ground ke Europe

Jumlah kerugian penipuan :
RM20,000.00

Laporan polis (jika ada) :

@@@@@@@@@@@@@@@

11. NAMA MANGSA :
ROHAIDA KHALID

Bulan/tahun kejadian :
June, 2014

Tempat kejadian :
Shah Alam

Detail penipuan :
Tiket ke London untuk 2 anak saya, 2 lagi tiket adik saya, suami isteri. Drpd 4 tiket yg dibayar dapat 2 sahaja.

Jumlah kerugian penipuan :
RM36,000.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Shah Alam.

@@@@@@@@@@@@@@

12. NAMA MANGSA :
DATO RAY IMRAN

Bulan/tahun kejadian :
12, September, 2014

Tempat kejadian :
Shah Alam, Selangor

Detail penipuan :
Penipuan pembelian iphone 6 sebanyak 21 buah bernilai RM53,887. 5 buah telah diserahkan kpd mangsa. 4 buah penipu serah sendiri kpd client mangsa selepas dipaksa2 oleh mangsa & client. Sepatutnya penipu ini serah pd mangsa then mangsa serah pd client. (Penipu cuba kenal baik client mangsa utk dijadikan mangsa penipuan terbaru).
Selepas dipaksa refund berhari2, penipu baru trf RM7,000. Penipu juga cuba menipu mangsa dgn forward sms detail kononnya dari CIMB yg penipu dah trf RM8,000. Rupanya penipu edit detail dari CIMB dan forward kpd mangsa. Sebenarnya tiada transaksi transfer yg dilakukan. Baki masih belum direfund sehingga kini, konon duit masih ada pada supplier. Bila diminta detail supplier, macam2 dalih diberikan.

Jumlah kerugian penipuan :
RM24,614.00

Laporan polis (jika ada) :
Balai Polis Shah Alam

@@@@@@@@@@@@@@

13. NAMA MANGSA :
AAIDAH ABD RAHMAN

Bulan/tahun kejadian :
Oktober, 2014

Tempat kejadian :
Selangor

Detail penipuan :
Tiket ke Perth utk 6 org sepatutnya bertolak 19 Okt ptg, tidak dibelinya. Dia berdolak dalik hingga memperdayakan kami. Konon tunda esok hari nak beli, tapi tak beli. Terpaksa kami 6 org ke airport beli sendiri tiket dgn harga mahal.

Jumlah kerugian penipuan :
RM2,360.00

Laporan polis (jika ada) :
Akan dibuat esok/lusa

@@@@@@@@@@@@@@

Jumlah Kerugian Penipuan :

01. 11/2010 : RM65,045.00
02. 12/2012 : RM15,000.00
03. 05/2013 : RM34,000.00
04. 10/2013 : RM14,000.00
05. 10/2013 : RM97,836.00
06. 02/2014 : RM  4,800.00
07. 02/2014 : RM10,000.00
08. 05/2014 : RM14,099.00
09. 05/2014 : RM17,968.00
10. 05/2014 : RM20,000.00
11. 06/2014 : RM36,000.00
12. 09/2014 : RM24,614.00
13. 10/2014 : RM  2,360.00

Jumlah      : RM355,722.00

@@@@@@@@@@@@@@
Quote rospinki 12-11-2014 12:51 PM
bagila tau sapa nama penyanggak ni..ada pegi gathering sahabat pompuan ni jempot semua la..aku speku dia tu penipu besar sebab beriya2 banjer makan pastu macam paksa2 je ikut trip travel driog..sorry okeh..im not stupid like those
Quote juliez 12-11-2014 12:54 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 12:48 PM
@@@@@@@@@@@@@@

01. NAMA MANGSA :


You pun kena?

Yg ni couple shah alam tu ker? My friend ada fwd dlm whatsapp group a week ago
Quote AzzaAzman 12-11-2014 12:59 PM
rospinki posted on 12-11-2014 12:51 PM
bagila tau sapa nama penyanggak ni..ada pegi gathering sahabat pompuan ni jempot semua la..aku speku ...

Ada nama dia dlm artikel atas. Bukan rahsia lg. Naza dgn Syawal. Diorang pndai play victim. Buat tak bersalah. Sampai iolss pun konfius eh sapa yg salah ni? Kat balai polis sampai bawak anak dia baru lahir. Nk simpati konon.


Pastu offer anak dia suh jual. Ish xingin kaki anak dia. Play victim di balai polis.
Quote AzzaAzman 12-11-2014 01:00 PM
juliez posted on 12-11-2014 12:54 PM
You pun kena?

Yg ni couple shah alam tu ker? My friend ada fwd dlm whatsapp group a week ago

I kena lama dah dulu. Masa tu takut nk sebarkn sbb dia ugut. Kakak kawan i delete entry di blog pasal dia sbb diugut.

Minat dgn laki dia duk puchong. Xsure yg shah alam yg mane.

Klu bukak pc iols upload gmbar2 dia. Last edited by AzzaAzman on 12-11-2014 02:56 PM

Quote Artemesiaa 12-11-2014 01:03 PM
Nak beli flight ticket ke holiday package ke elok le beli direct dengan syarikat pernrbangan tu atau registered travel company.  Kalau nampak cam murah luar biasa je harga tawaran oang2 perseorangan ni usah dilayan byk yg nipu je.
Quote juliez 12-11-2014 01:11 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 01:00 PM
I kena lama dah dulu. Masa tu takut nk sebarkn sbb dia ugut. Kakak kawan i delete entry di blog pa ...


Tapi dia ni memang scammer tegarkan? Dah lama gila dia org ni jadi scammer. Kalau ikutkan zaman2 masa org sibuk nak beli borong dkt china dulu lagi. Dulu nama couple ni mmg famous dlm fb kami benci online shop makan duit haram (lupa nama penuh page).

You kena tipu apa?
Quote rospinki 12-11-2014 01:11 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 12:59 PM
Ada nama dia dlm artikel atas. Bukan rahsia lg. Naza dgn Syawal. Diorang pndai play victim. Buat t ...

owwwhh..nti aku double chk ngan member tu..takat buat travel/tour ni aku pun reti..keje ngan reliance 4 tahun ok..this is all rubbish to play me around..makan duit org ..penyangak sangat..
Quote AzzaAzman 12-11-2014 01:25 PM
juliez posted on 12-11-2014 01:11 PM
Tapi dia ni memang scammer tegarkan? Dah lama gila dia org ni jadi scammer. Kalau ikutkan zaman2 ...

Kitorang dalam 32 orang. Nk g study comparative di UK. Trip sekejap gitu.

kitorang bayar 2 bulan awal. Bila jumpa ckp dah book tiket bila call kata dah beli. Tp xde pun tiketnye. Bila sehari tarikh nk berangkat. Dia bgtau yang kitorang yg boleh pergi separuh je. Lagi separuh pergi lg 3 hari.

So kitorang xnk la. Semua hotel transport dah book tarikh tu. Kitorang berkeras nk tiket pada hari  yang dijanjikan.

Tah macamne cek cek tiket yang konon separuh je boleh pg tu, pun palsu. Dah la edit pakai word je. Siut je.

Tp alhamdulillah air asia bg kami harga murah juga pastu bila beli sendiri.

Nasib baik benda lain kami guna travel agent yang lain. Mmg cari pasal betul la laki bini ni.
Quote FanTasyCreaTioN 12-11-2014 01:33 PM
huish ramai tertipu ..
sampai la ni takde tindakan dari polis?
Quote fcl29 12-11-2014 01:44 PM
kalo nk pegi melancong tu baik survey sndr... usaha la sket...
kalo nk pakai jugak travel agent, tiket beli sndr...
Quote AzzaAzman 12-11-2014 01:45 PM
FanTasyCreaTioN posted on 12-11-2014 01:33 PM
huish ramai tertipu ..
sampai la ni takde tindakan dari polis?

Tu la iols pun konfius. Polis nk bukti mcmana? Polis ckp kt kitorang yg kes ni tiada unsur penipuan.


Ada nasihat suruh report tribunal pengguna. Tp kitorang xreport pun. Last edited by AzzaAzman on 12-11-2014 02:52 PM

Quote FanTasyCreaTioN 12-11-2014 01:52 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 01:45 PM
Tu la iols pun konfous. Polis nk bukti mcmana? Polus ckp kt kitorang tiada unsur penipuan.

kita pun tak tau laporan / bukti camne polis tu nak
tapi ..
bila dah ramai terkena ..
polis tak boleh ambik tindakan pa2 ke?
atau ..
mungkin perlu mangsa2 tu sendiri saman dan bawa kes ke mahkamah?
besertaa bukti2 transfer duit? .. perbualan d rakam? ..gambar2?


Quote lasagnaklcc 12-11-2014 01:54 PM
Pandainya diorg menipu.... Sekali mkn beribu2 plak tu.
Quote ninjago 12-11-2014 01:56 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 01:00 PM
I kena lama dah dulu. Masa tu takut nk sebarkn sbb dia ugut. Kakak kawan i delete entry di blog pa ...

ishh kesiannye korang.. dia ugut camne?? ramai gile nie kena tipu.. camne eh bole terlepas lagi mangkuk 2 ekor nie...
Quote tentera_laut 12-11-2014 02:04 PM
AzzaAzman posted on 12-11-2014 01:45 PM
Tu la iols pun konfous. Polis nk bukti mcmana? Polus ckp kt kitorang tiada unsur penipuan.

u ada fb dia.. pic atau blog..or whatever pasal laki bini ni..

aku nak try siasat..

Lihat semua komen(127)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

3-5-2024 03:12 AM GMT+8 , Processed in 0.192273 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top