CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tasik Kenyir, kawasan bebas cukai 2015

29-9-2014 11:06 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 6494| Komen: 33

Description: Kerajaan negeri menggesa rakyat terutamanya di Hulu Terengganu untuk merebut peluang kerja yang banyak ditawarkan apabila Tasik Kenyir menjadi kawasan bebas cukai pada akhir tahun depan. Pengerus ...

Kerajaan negeri menggesa rakyat terutamanya di Hulu Terengganu untuk merebut peluang kerja yang banyak ditawarkan apabila Tasik Kenyir menjadi kawasan bebas cukai pada akhir tahun depan.
   
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rozi Mamat berkata apabila Tasik Kenyir menjadi kawasan bebas cukai, pelbagai peluang kerja akan wujud seperti dalam bidang pelancongan, perniagaan dan perkhidmatan.
   
"Kita tidak mahu peluang yang ada di depan mata, kita tidak mempedulikannya sehingga ia direbut oleh orang luar dan kita di sini hanya menjadi pemerhati semata-mata," katanya ketika merasmikan program melestarikan eko-pelancongan oleh peserta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
   
Turut hadir Pengarah SPRM Terengganu Zainal Adam.
   
Rozi berkata Tasik Kenyir yang dibina pada 1988 merupakan tasik buatan manusia terbesar melibatkan keluasan 2,600 km persegi dengan 340 buah pulau di dalamnya, dibina untuk menjana kuasa elektrik, kini menjadi destinasi pelancongan tersohor negara.

"Tahun ini kita sasarkan kedatangan pelancong sehingga lima juta yang mampu menjana pendapatan sehingga RM2.5 bilion dan pada Tahun Melawat Terengganu 2013, kita berjaya menarik pelancong sehingga empat juta dan menghasilkan pendapatan RM2 bilion," katanya.
   
Sementara itu, Zainal berkata program itu bertujuan untuk meningkatkan kesedaran mengenai pemuliharaan dan permasalahan eko-pelancongan di Tasik Kenyir.
   
Katanya ia melibatkan isu seperti penebangan hutan, pemuliharaan alam sekitar, pembuangan sampah dan sebagainya.
   
"Kita mahu mengintegrasikan penguatkuasaan secara berterusan dengan kerjasama jabatan dan agensi lain seperti Perhilitan, Perhutanan, Pelancongan, Lembaga Kemajuan Tengah (Ketengah) dan sebagainya," katanya.
   

13

Bagus
12

Marah
14

Terkejut
14

Sedih
9

Lawak
16

Bosan

Friends Rank (78 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote TuntungReturn 27-9-2014 10:59 PM
langkawi pun bebas cukai.tpi nk bawak kua kain btik,pinggan kastam cek dh..klo kne cukai nsib lalol..
Quote CiliPadiSedap 27-9-2014 11:02 PM
h:lol habis tu? beli preve dekat tasik kenyir lg murahlah berbanding dekat proton showroom?

bestnyaaa
Quote tungkai 27-9-2014 11:41 PM
Kenapa aku ketawa baca berita ni?
Quote Decaffeinated 28-9-2014 12:06 AM
TuntungReturn posted on 27-9-2014 10:59 PM
langkawi pun bebas cukai.tpi nk bawak kua kain btik,pinggan kastam cek dh..klo kne cukai nsib la:lol ...

bebas cukai konsepnya supaya boleh berjimba di situ dengan murah. Arak sebagai element terpenting dlm percutian santai wajiblah murah.

pelancung asing datang untuk berseronok lupa dunia nan fana'. Rombongan cik kiah sajork yang pi holiday sebab nak beli kain batik dan pinggan

Quote zorrro_03 28-9-2014 12:17 AM
Kau ketawa berdekah lepas tanya org lain kenapa kau ketawa.   
Quote cmf_herrhughie 28-9-2014 12:41 AM
Alrite, pasti Ada beer yg murah dijual nanti...
Quote Acong 28-9-2014 01:58 AM
cmf_herrhughie posted on 28-9-2014 12:41 AM
Alrite, pasti Ada beer yg murah dijual nanti...

kesian..... tak dpt kat pulau komunis tokong DAPig
Quote MelahJanda 28-9-2014 02:14 AM
Bodonya
Nk buat apa bebas cukai bila ada gst
Lgpun sapa nk bg kau status bebas cukai. Borak je. Najib pun senyum sinis
Quote Al-Patih 28-9-2014 05:23 AM
Pengerusi Jawatankuasa Belia dan Sukan Negeri Datuk Rozi Mamat berkata

apa hal mamat ni bercakap ..pasai bebas cukai...pasai pelancongan lah....perhutanan Lah...pemuliharaan dan permasalahan eko-pelancongan lah.....merasmikan program melestarikan eko-pelancongan oleh peserta Akademi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).....patut le ...negara tak maju pasai sukan....dia sedar ke...tak sedar....
   
Quote famri7 28-9-2014 06:40 AM
Tahniah sis. Bertambah lagi pusat maksiat leknatullah di negara yislam malaysia nan suchi.Peminum arak tegar dam berkerak bakal berkuntum disana sambil memboikot mcd dan berdoa dia facebook.
Quote encikWawad 28-9-2014 06:58 AM
cekelat jual murah takkk - nak borong daim
Quote aechae 28-9-2014 07:10 AM
perjalanan nk g tasik kenyir tu sugguh boring........sekian
Quote brownstone 28-9-2014 07:46 AM
Kete x kene cukai??...habis sesaklah jalan di tasik kenyir.....ikut logik macai.
Quote HaifaHanna 28-9-2014 09:58 AM
Bebas cukai utk penjual...pembei ttp kene cukai mcm Pengkaan Kubur...
Ckp bebas cukai, pastu kne cukai pulak!
Mentang-mentang kami nek myvi jek, terus kne rm5.
Mak kami nek Honda tak plak kne padahal die lg byk memborong...
Quote wana89 28-9-2014 10:04 AM
Bukan free tradr zone..ciri2 nya kastam akan jaga pintu masuk dan keluar nanti??
Semua kawasan free trade zone mcm tu..kawasan kecik.macam the zone, jb pun kena check kastam..bkn langkawi jah..
Quote wana89 28-9-2014 10:05 AM
HaifaHanna posted on 28-9-2014 09:58 AM
Bebas cukai utk penjual...pembei ttp kene cukai mcm Pengkaan Kubur...
Ckp bebas cukai, pastu kne cu ...

Uols beli apa sampai kena cukai..mostly,barang pakai sendiri..free duty..
Quote HaifaHanna 28-9-2014 10:21 AM
wana89 posted on 28-9-2014 10:05 AM
Uols beli apa sampai kena cukai..mostly,barang pakai sendiri..free duty..

Brg pakai sendiri je wak, huhuhu..
Cawan-pinggan mangkuk cenggitu ler..nk bli byk mne la nk muat myvi tu..
Mak kami smpai penuh crv tuh takde pon kne cukai...


Quote Decaffeinated 28-9-2014 10:29 AM
Kak @MelahJanda ada kesan ka GST pada Langkawi?

kenapa rokok duty free kat KLIA naik lagi?...

Quote cmf_herrhughie 28-9-2014 11:07 AM
Anak babah dapat jual beer sendiri di taik kenyir la...yg Lebih tuang ke dlm Tarik kenyir....takbir.....ooppppsss take beer Last edited by cmf_herrhughie on 28-9-2014 02:15 PM

Lihat semua komen(33)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 09:02 AM GMT+8 , Processed in 0.060531 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top