CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Sadis Anak Berusia 2 Minggu, Maut Digigit Harimau

12-8-2014 04:10 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8457| Komen: 22

Description: Kata Zaidi, Dia Dan Dua Lagi Rakannya Bergegas Ke Kandang Lembu Selepas Terdengar Bunyi Berkenaan.
Sadis Anak Berusia 2 Minggu, Maut Digigit Harimau


Perhilitan memasang perangkap berhampiran kandang lembu. Gambar kecil: Kelihatan kesan gigitan harimau pada anak lembu yang dibaham.

KUALA PILAH – "Ketika leka berborak di anjung rumah, tiba-tiba terdengar ngauman harimau sebelum disusuli bunyi anak lembu seolah-olah dalam ketakutan."

Demikian menurut penternak lembu, Zaidi Kamaludin, 30, apabila ternakannya dibaham harimau di Kampung Ulu Gentam, kira-kira jam 10 malam kelmarin.

Kata Zaidi, dia dan dua lagi rakannya bergegas ke kandang lembu selepas terdengar bunyi berkenaan.

“Kami terkejut apabila ternampak seekor harimau kumbang berukuran kira-kira 1.5 meter sedang menggigit anak lembu jantan yang baru berusia dua minggu dan mengheret ke arah ladang pokok getah.

“Menyedari kehadiran kami, harimau kumbang itu melepaskan anak lembu dan  perlahan-lahan beredar ke arah ladang getah dengan memanjat sebatang kayu,” katanya ketika ditemui Sinar Harian.

Menurutnya, selepas harimau beredar, mereka dengan pantas membawa anak lembu ke rumah untuk melihat kecederaan yang dialaminya.

“Ketika itu, ia masih hidup namun selang beberapa minit, anak lembu telah mati berikutan kecederaan serius di bahagian kepala selepas digigit oleh harimau tersebut.

“Terdapat juga kesan gigitan di bahagian leher anak lembu berkenaan,” katanya sedih kerana tidak berjaya menyelamatkan anak lembu itu.

Tambah Zaidi, kejadian itu merupakan kali keempat berlaku sejak 2007, dan kali terakhir pada November 2013.

“Kami menceburi bidang ternakan ini sejak 1973, bagaimanapun binatang liar itu masih belum berjaya ditangkap," katanya.

Tambah Zaidi, keadaan itu juga mencetuskan kebimbangan di kalangan ahli keluarga kerana risau dengan keselamatan mereka.

“Ladang yang menempatkan 40 ekor lembu ini berada di dalam kawasan kediaman. Malah terdapat sebuah rumah berhampiran tempat ini.

“Bila kawasan ini mula dicerobohi binatang liar seperti harimau kumbang, sudah pasti menimbulkan rasa bimbang dan takut.

“Harimau kumbang itu mungkin terlalu lapar hingga mengganggu serta menceroboh kawasan manusia," katanya lagi.

Zaidi berkata, dia cuba memasang sebuah perangkap dengan umpan seekor kambing untuk menarik perhatian haiwan itu untuk memasuki perangkap.

“Kami percaya, habitat ini akan datang semula kerana sudah berjaya mengesan lubuk makanannya di sini,” katanya.

Sementara itu,  Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) telah memasang perangkap di kawasan berhampiran kandang lembu jam 2.30 petang, semalam.

3

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
9

Sedih
8

Lawak
7

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote insulin 12-8-2014 11:54 AM
Buat terkejut je. Ingat anak sapa la tadi.

Tapi Kuala Pilah, N9 ada harimau juga ye.
Quote PongKang 12-8-2014 11:56 AM
insulin posted on 12-8-2014 11:54 AM
Buat terkejut je. Ingat anak sapa la tadi.

Tapi Kuala Pilah, N9 ada harimau juga ye.  ...

mungkin harimau saka cam dlm cite suhaimi baba tu.
Quote ketupat79 12-8-2014 11:58 AM
sadisnya tajuk. adeke anak lombu dikata bayi.
Quote ryshaNur 12-8-2014 11:58 AM
lawak sangat ka tajuk ni
Quote cak! 12-8-2014 11:59 AM
membazir jah..bagi sahaja anak lumbu itu kpd harimau tu
Quote manehnya 12-8-2014 11:59 AM
ei takutnyer kalau dengor bunyi ngauman
Quote kejoraria 12-8-2014 12:00 PM
naperlah tajuknya diletak bayi.....letaklah anak lembu....buat suspen org membaca aja....huhu
Quote khailya 12-8-2014 12:08 PM
uiksss tajukkk .. tak tahannn
Quote pilot 12-8-2014 12:08 PM
ketupat79 posted on 12-8-2014 11:58 AM
sadisnya tajuk. adeke anak lombu dikata bayi.

kalau tak letak tajuk ala2 harian metro maka tak laku benangnya
Quote afie_m 12-8-2014 12:14 PM
tajuk..buat suspen ja....
Quote xtw 12-8-2014 12:19 PM
terkejot baca tajuk..ingtkan anak org rupanyer anak lembu
Quote vv2005 12-8-2014 12:21 PM
bayi harimau..ADA keee
Quote the_killer 12-8-2014 12:24 PM
...aku tukar lah
Quote the_killer 12-8-2014 12:24 PM
dah tukar dah...
Quote tupaiterbang 12-8-2014 12:39 PM
kenapa rimau ngamuk? tanyalah apek2 yg dok tebang balak tu..sapa bg permisi?
tanya la celaka punya melayu bg cinapek untung..
Quote ninjago 12-8-2014 12:46 PM
anak lembu rupanya kena baham. ingatkan anak manusia
Quote znuyul 12-8-2014 01:32 PM
dari mati sia2 baik bagi harimau..
Quote jengkoil 12-8-2014 01:34 PM
Da killer suka buka tred psl lembu....
Quote damian_lee 12-8-2014 01:48 PM
tajuk ... tragis and pnuh suspen ... nak kena cakaran harimau agaknya ... buat tajuk mcm tu ...

Lihat semua komen(22)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 04:10 PM GMT+8 , Processed in 0.061679 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top