CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Dap Beri Amaran Jangan Menangguk Di Air Keruh

11-8-2014 01:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5908| Komen: 28

Description: Jangan Cuba Tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini Bukan Permainan Nombor, Penasihat Dap Lim Kit Siang Memberi Amaran Kepada Rakan Dalam Pakatan Rakyat (Pr) Supaya Tidak Menangguk Di Air Keruh.
Tindakan tidak bermaruah tawar Khalid sertai parti, kata Kit Siang 


Jangan cuba tarik Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. Ini bukan permainan nombor, penasihat DAP Lim Kit Siang memberi amaran kepada rakan dalam Pakatan Rakyat (PR) supaya tidak menangguk di air keruh. 

Katanya, tindakan mengambil kesempatan atas krisis tersebut dengan menawarkan Khalid yang dipecat PKR menyertai parti lain dalam PR, tidak berpendirian dan tidak bermaruah. 

"Ia sangat menjengkel dan menjijikkan untuk sesiapa yang mengambil kesempatan dalam krisis menteri besar dengan melayan cadangan Khalid masuk PAS atau DAP supaya PAS atau DAP boleh mendapat jawatan tersebut, sekiranya Khalid terus menjadi menteri besar," kata Lim. 

Ahli parlimen Gelang Patah itu dalam satu kenyataan hari ini berkata tindakan tersebut tidak berprinsip dan menghormati konsep kesepakatan dalam PR. 


"Tiada parti politik atau pemimpin politik yang dihormati akan menimbang cadangan hina itu," katanya. 

Lim sebaliknya mahu pemimpin PR menumpukan kepada usaha untuk memulih dan menyakinkan semula rakyat susulan krisis yang berlaku di Selangor. 

"Cabaran yang paling besar dihadapi PAS, PKR dan DAP adalah untuk mengembalikan kepercayaan dan keyakinan rakyat kepada Pakatan," katanya. 

Lim bagaimanapun sedikit lega apabila ketiga-tiga rakan dalam PR menyatakan komitmen untuk kekal dalam gabungan tersebut walaupun selepas Khalid dipecat. 

"Saya bersyukur ketiga-tiga parti komponen PR menyatakan komitmen kekal bersama walaupun selepas pemecatan Khalid daripada PKR semalam," katanya. 

Menurut Lim, krisis di Selangor yang dihadapi ketika ini adalah terburuk dihadapi Pakatan. 

"Sama ada Pakatan boleh terselamat dan selesaikan krisis menteri besar dengan cepat bergantung kepada integriti politik dan saling hormat-menghormati dalam Pakatan," katanya. 

PKR terpaksa mengambil langkah memecat Khalid selepas usaha mereka mendesak menteri besar dua penggal itu berundur gagal. 

DAP sudah menyatakan sokongan kepada PKR untuk menggantikan Khalid dengan presidennya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, bagaimanapun PAS belum ada keputusan rasmi. 

Kenyataan Menteri Besar Kelantan Datuk Ahmad Yakob yang mempelawa Khalid masuk PAS selepas dipecat dilihat sebagai petanda tidak baik. 

Bagaimanapun, kepimpinan PAS pusat berbeza pandangan dengan kepimpinan ulamanya yang seolah-olah tidak bersetuju dengan pemecatan Khalid. 

Khalid juga bertegas masih menteri besar Selangor yang sah dan menunggu keputusan daripada Sultan Selangor yang bakal diputuskan dalam mesyuarat esok. – 10 Ogos, 2014.

Bagus
11

Marah
3

Terkejut
3

Sedih
2

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (20 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batusembilan 11-8-2014 08:44 AM
habis laaaa.....diam terus la Pas lepas ni.

xde keluar statement dh dan terus terima je la apa kata Dap n pkr.

dh boleh baca set2 Pas ni.

dgn umno bn, Pas bagai singa di rimba.........mengaum gagah

dgn pkr, Pas bagai anjing.......menyalak dalam takut

dgn Dap, Pas bagai kucing.........lari ketakutan

Quote akughi 11-8-2014 08:57 AM
HAHAHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHAHA

BEEEEEHAHHAHAHAHHAHAHHAHHAHAHHAHHAHAHHAHAHAHAHHA

MUUUUUUAAHHAHAHAHAHHAHHHAHAHHAHAHHAAHHAHAHAAHAHA



WOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOOO HAHAHHAHAHHAHHA

Quote akughi 11-8-2014 08:57 AM
apabila parti bodoh disergah.........terus tunduk tanda takut dan setuju
Quote nalis 11-8-2014 09:00 AM
sila menangguk kat sebelah2 ayer keroh -> bukit katil, batu berendam, bukit beruang
Quote batusembilan 11-8-2014 09:00 AM
tski dh boleh lupakan nasib diri dia yg dikhianati.

x boleh nk hrp kt Pas dh untuk sokong since Dap pun dh bersuara sound Pas.

Allah bersamamu tski
Quote pumpkingirl 11-8-2014 09:01 AM
Dgn pas,umno bagai singa dirimba..mengaum gagah
Dgn mic, umno bagai anjing..menyalak dlm takut
Dgn mca, umno bagai kucing..lari ketakutan..hahaha..
Sama je umno n pas bertuankn cina rasis..2x5,5x2..
Quote bluehedgehog 11-8-2014 09:01 AM
apala bodo thread ni...skit2 bukak thread utk dpt mata tukar milo
Quote batusembilan 11-8-2014 09:04 AM
pumpkingirl posted on 11-8-2014 09:01 AM
Dgn pas,umno bagai singa dirimba..mengaum gagah
Dgn mic, umno bagai anjing..menyalak dlm takut
Dgn ...

thread citer pasal tski...........pegi off topic citer pasal benda lain.

ko kalau xde idea yg berkaitan, x payah la nk posting. delete la posting bodo ko tu.

nnti ada isu semasa psl umno bn......ko blh posting mcm tu, xde sapa pun kisah coz berkaitan.

poremer budak2 baru nk baligh mcm ni laaa......OFF TOPIC jeeee......samada bodo atau pun mmg bebal
Quote bluehedgehog 11-8-2014 09:05 AM
rupa2nya smpai level fighter dgn komen2 saraf terencat cm ni?
Quote akughi 11-8-2014 09:07 AM
pumpkingirl posted on 11-8-2014 09:01 AM
Dgn pas,umno bagai singa dirimba..mengaum gagah
Dgn mic, umno bagai anjing..menyalak dlm takut
Dgn ...

ehhhh ehhhhhhh umno pulak dipetik......
Quote obelisk 11-8-2014 09:18 AM
lebih kepada memberi amaran kepada pas sebenarnya, pas pun apa lagi tunduk je la dgn tuan dap
Quote akughi 11-8-2014 09:19 AM
batusembilan posted on 11-8-2014 09:04 AM
thread citer pasal tski...........pegi off topic citer pasal benda lain.

ko kalau xde idea yg b ...

tu cara jijik penjilat nak cover line tuan dia.....
Quote matamata 11-8-2014 09:21 AM
Pkr dgn Amno sama je....sama dna

#taktikkonarbaring
Quote akughi 11-8-2014 09:22 AM
keadilan konon...puuuiiiiii......bile nak naikkn kroni sanggup buat ape saje, janji MB papet dapat naik


lps ni tak de sape blh sentuh geraja kalo ade isu bible, azan kene komplain pun MB duk diam je la, lain2 isu sensitif pasal agama dah tak de sape nak backup....
Quote CrowneGlory 11-8-2014 09:26 AM
Nk tgk pengakhiran permainan ni
Quote tobby 11-8-2014 09:29 AM
batusembilan posted on 11-8-2014 08:44 AM
habis laaaa.....diam terus la Pas lepas ni.

xde keluar statement dh dan terus terima je la apa ...

sebenarnya DAP lebih dominan dari PAS  .... tapi tanpa PAS,  DAP & PKR x blh survive.  itu kenyataannya.  so jagalah hati PAS sama yer ...
Quote ~anya~ 11-8-2014 09:34 AM
Pas way better on its own lah...
Quote tobby 11-8-2014 09:35 AM
matamata posted on 11-8-2014 09:21 AM
Pkr dgn Amno sama je....sama dna

#taktikkonarbaring

dah tentu la sama klu keluar umno pasal x dpt jadi PM, then buat parti sundri utk meneruskan hasrat.  klu betul nak jadi pembangkang sure joint PAS instead of buat parti baru ber-DNA umno.
Quote zach2008 11-8-2014 09:38 AM
Alih-alih ada yg cakap Umngok dan PKR sama je.
Sebab dari asal usl yg sama. Takde nhujah lain ke nak cover PKR nih.
Bg aku yg ada kat PKR tu adalah mereka yg direjek dari umno. Yg pertama adalah ketua umum dia.
Yg lain2 tu ada yg rasa takde peluang utk jawatan dalam umno lari masuk PKR.

Cybertrooper umno pun tak cukup kuat. Kalau benda ni berlaku kat umno/ BN mmg terduduk kat tanah la kena balun dek cai2 PR. Kes Ganu hari tu, BN cover dgn cukup cepat dan take pulak dia orang keluar kutuk2 masalah seperti mana yang PKR buat pada khalid. Seumpama nak dibogelkan oleh rakan2 sendiri. Pelik bila hati dah tak suka

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

1-5-2024 05:51 AM GMT+8 , Processed in 0.056600 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top