CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Mayat Dikerat 2 Ditemui Di Sungai Tamu

14-7-2014 03:52 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5667| Komen: 13

Description: Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaacob Berkata, Mayat Itu Ditemui Tanpa Bahagian Badan Dari Perut Hingga Ke Kaki Itu Dipercayai Telah Dibunuh Lebih 24 Jam Lepas.
Mayat lelaki dikerat dua dalam guni ditemui

BATANG KALI - Mayat lelaki dipercayai dikerat dua dan satu bahagian disumbat di dalam sebuah guni, ditemui di kawasan hutan berhampiran kebun getah di Sungai Tamu, di sini hari ini.

Ketua Polis Daerah Hulu Selangor Superintendan Shukri Yaacob berkata, mayat itu ditemui tanpa bahagian badan dari perut hingga ke kaki itu dipercayai telah dibunuh lebih 24 jam lepas.


Gambar hiasan


Katanya, mayat itu ditemui orang awam yang sedang mencari katak di kawasan tersebut kira-kira pukul 2.10 petang.

"Tiada dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat dan dipercayai warga asing.

"Kita percaya mayat dibunuh dan dikerat dua sebelum disumbat di dalam guni jerami dan dibuang di kawasan ini," katanya ketika dihubungi Bernama.

Beliau berkata tiada kesan kecederaan lain ditemui pada mayat berusia lingkungan 30-an itu.

"Kita temui sebilah pisau pemotong daging dan tali nylon dengan kesan terbakar kira-kira 50 meter dari tempat mayat ditemui.

"Bagaimanapun kita akan siasat sama ada senjata ini digunakan dalam kejadian," katanya.

Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan mayat dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk bedah siasat.

4

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
6

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (22 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote edee_91 14-7-2014 11:54 AM
gambar hiasan? gambar sebenar mana gambar sebenar? pic or it didn't happen.
Quote sueism 14-7-2014 11:56 AM
macam2 dah sekarang kat malaysia hari2 ada kes bunuh
Quote biggirlduncry 14-7-2014 12:01 PM
ayoyo... itu jari
Quote kudajantan77 14-7-2014 12:02 PM
Teruskanlah mengimport warga asing ...  
Quote cmf_premierleag 14-7-2014 12:02 PM
terganggu jap fikiran aku bile tgk keratan jari2 tu Last edited by cmf_premierleag on 14-7-2014 12:08 PM

Quote chinta89 14-7-2014 12:09 PM
cmf_premierleag posted on 14-7-2014 12:02 PM
terganggu jap fikiran aku bile tgk keratan jari2 tu

jaru2 tu ape?

ak nampak jari2 jer..
Quote cloudy_83 14-7-2014 12:30 PM
apekah keganasan ini
Quote finesse 14-7-2014 02:44 PM
kegilaan apa ni?
Quote mattzzx 14-7-2014 03:02 PM
Kalau gian sangat nak kerat, sembelih lah lembu dan kerat lah seberapa banyak yang mau.......
ni kerat orangg...
Quote HaifaHanna 14-7-2014 03:08 PM
Knape gambar hiasan je??
Quote mak_wa95 14-7-2014 10:12 PM
kejamnyaaa..
Quote chickenwing 14-7-2014 10:24 PM
nape kena kerat? nk hapus bukti pun xpandai....yg bunuh ni pun misti pati yg berenti takat kelas darjah 2 suku....
Quote BeeHaa 14-7-2014 10:36 PM
Dah mcm iklan kit kat patah 2 berehat sebentar bersama kit kat ! Badan manusia di patah 2 kan mcm kit kat !

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 05:51 PM GMT+8 , Processed in 0.127420 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top