CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Di Mana Penguat Kuasa?

4-7-2014 11:05 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4771| Komen: 14

Description: Timbalan Presidennya, Omar Saleh Berkata, Ia Bagi Membantu Pihak Berkuasa Mendapatkan Maklumat, Data Serta Bukti Untuk Bertindak Memandangkan Kaedah Penguatkuasaan Sedia Ada Kurang Berkesan.


KUALA LUMPUR 2 Julai - Walaupun pendedahan sudah dibuat sejak Ahad lalu mengenai ancaman mesin judi haram dan disusuli pula dengan komitmen pertubuhan bukan kerajaan (NGO) untuk membantu pihak berkuasa namun setakat ini belum ada kesungguhan pihak berkenaan untuk membanteras kegiatan itu habis-habisan.

Sikap agensi penguat kuasa yang 'bertindak seperti biasa' sekaligus menyebabkan orang ramai tertanya-tanya apakah benar wujudnya amalan rasuah dalam kalangan anggota pasukan tersebut.

Ini memandangkan tinjauan Utusan Malaysia di beberapa negeri mendapati, premis kegiatan haram itu terus beroperasi seperti biasa walaupun memberi ancaman sosial yang serius kepada masyarakat setempat.

Di Sungai Besi, sebuah premis mesin judi haram menjadi tumpuan anggota tentara yang bertugas di kem berdekatan.

Mereka memasuki premis itu tanpa rasa takut biar pun mengetahui isu mesin tersebut sedang hangat diperkatakan.

"premis itu sudah lama beroperasi tetapi sehingga kini tiada tindakan oleh agensi penguat kuasa dan ia sememangnya menjadi 'port' untuk anggota tentera melepaskan gian mereka bermain judi,'' kata satu sumber ketika dihubungi.

Malah tinjauan juga mendapati, di sesetengah kawasan, anggota penguat kuasa diberi layanan istimewa oleh pengusaha-pengusaha mesin judi haram.

"Layanan ini diberikan bagi mempengaruhi agensi penguat kuasa supaya tidak mengambil tindakan ke atas premis yang menjalankan kegiatan itu,'' kata sumber tersebut

Sumber itu turut mempersoalkan, di manakah maruah agensi-agensi penguat kuasa apabila operator mesin judi haram menjalankan operasi mereka tanpa rasa takut atau bimbang.

"Mereka tidak berasa takut kerana tahu agensi penguat kuasa sudah semakin lemah untuk bertindak berikutan amalan rasuah yang berlaku," dakwanya.

Mungkin atas faktor ini juga Jaringan Melayu Malaysia (JMM) bersedia menggerakkan ahlinya bagi membantu pihak polis membendung kegiatan mesin judi haram yang berleluasa di negara ini.

Timbalan Presidennya, Omar Saleh berkata, ia bagi membantu pihak berkuasa mendapatkan maklumat, data serta bukti untuk bertindak memandangkan kaedah penguatkuasaan sedia ada kurang berkesan.

Semalam, Persatuan Perlindungan Pengguna Malaysia (PPPM) menyatakan, telah melakukan risikan di lebih 500 pusat judi haram di seluruh negara dan membuat lebih laporan polis berhubung kegiatan berkenaan.

Bagaimanapun kesediaan kedua-dua NGO itu tidak akan bermakna, jika agensi penguat kuasa masih terus bersikap 'buat tidak tahu' dengan gejala yang sudah parah ini.

2

Bagus
2

Marah
1

Terkejut
13

Sedih
3

Lawak
9

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote slippergombak 3-7-2014 08:21 AM
Polis makan komisen setiap bulan kasi jaga area... camna nak rush... makin bercambah banyak ada laa..
Quote nebulagazer 3-7-2014 08:24 AM
Di situ la penguatkuasa....tu....nampak tak...tu dia

Quote bangcak 3-7-2014 08:25 AM
penguatkuasa tengah sebok 'hal lain' yg lebih penting
...mempertahankan bazar



Quote MengkuduMasam 3-7-2014 08:27 AM
mmg pun... PBT nih.... area pandan maluri tu mmg bersepah kedai2 jodi nih..

bkn dia xtau pun... depan MPAJ punya opis jah pun...
Quote airfilterkotor 4-7-2014 01:03 AM
Ni tidur di pusat judi sementara menunggu waktu berbuka kaa...?
Quote kakikuDibibirmu 4-7-2014 01:06 AM
airfilterkotor posted on 4-7-2014 01:03 AM
Ni tidur di pusat judi sementara menunggu waktu berbuka kaa...?

tidur bulan puasa kan dapat pahala
Quote pyropura 4-7-2014 01:10 AM
bangcak posted on 3-7-2014 08:25 AM
penguatkuasa tengah sebok 'hal lain' yg lebih penting
...mempertahankan bazar


..penguatkuasa juga sebok halau soup kitchen, demi melindungi Lot 10 milik francis yeoh cina jinak junjungan Umeno yang komplen pasal kronism...





Quote clarizsa 4-7-2014 01:24 AM
judi judi... merosakkan idup....
Quote senahsanasini 4-7-2014 01:36 AM
Kidai judi ni bg umngok duit,
Buat apa dorg serbu.
Esok x hulur baru die serbu..
Quote renjer 4-7-2014 04:43 AM
Penguatkuasa xde keje
Quote batmana 4-7-2014 06:16 AM
Mesin judi bkn pembangkang..
Jadi bukan keutamaan kerajaan tuk highlight dlm media..
Apa2 isu yg memburukkan pembangkang. Bru la gomen bertindak
Quote rdzaccess 4-7-2014 06:29 AM
jika penguatkuasaan tidak berjalan , apakah yang harus kita lakukan ?
Quote Cik_Andak 4-7-2014 06:35 AM
renjer posted on 4-7-2014 04:43 AM
Penguatkuasa xde keje

Penguat kuasa sibuk la...
Quote zacrin 5-7-2014 02:39 PM
ramai penguatkuasa dah kena beli lor

Lihat semua komen(14)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 06:26 PM GMT+8 , Processed in 0.061928 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top