CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Jangan Pandang Serong Pegawai Penguatkuasa

10-6-2014 05:55 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9047| Komen: 69

Description: Rus Bakarurraini Menegaskan Bahawa Semua Pegawai Penguat Kuasa Terutamanya Yang Bertugas Di Kpdnkk Berada Pada Tahap Integriti Tertinggi, Kukuh Dan Tidak Mudah Tergugat Dengan Amalan Rasuah Dan Sogoka ...


PUTRAJAYA - Kesatuan Pegawai-pegawai Penguatkuasa Malaysia (KPPM) meminta orang ramai dan pihak media tidak menuding jari kepada penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) dalam isu penyelewengan diesel dan petrol bersubsidi yang seolah-olah mereka bersekongkol dengan sindiket.

Presiden KPPM Rus Bakarurraini Shahfei dalam satu kenyataan hari ini mengingatkan agar jangan mudah membuat tuduhan terhadap penguat kuasa secara melulu tanpa fakta dan dokumen sahih.

"Walaupun tidak dinyatakan secara khusus mengenai penglibatan penguat kuasa KPDNKK, namun tuduhan dan anggapan seperti ini adalah tidak adil terhadap pegawai penguat kuasa," katanya.

Rus Bakarurraini menegaskan bahawa semua pegawai penguat kuasa terutamanya yang bertugas di KPDNKK berada pada tahap integriti tertinggi, kukuh dan tidak mudah tergugat dengan amalan rasuah dan sogokan.

"Kini seluruh anggota penguat kuasa bekerja keras memerangi pelbagai kegiatan tidak bertanggungjawab oleh segelintir pihak, terutamanya berkaitan penyeludupan diesel.

"KPDNKK telah melancarkan Ops Titik pada 15 Mei lalu untuk memerangi aktiviti penyeludupan diesel. Setelah 25 hari, sebanyak 124 kes telah dihasilkan dengan nilai rampasan berjumlah RM5,391,278.03," katanya.

Rus Bakarurraini berkata sebagai satu entiti yang bertanggungjawab dengan keselamatan, imej dan integriti serta kedaulatan negara, KPPM memandang serius dakwaan penguat kuasa terlibat dalam penyelewengan.

Beliau berkata KPPM sedia memberikan sokongan sepenuhnya supaya  Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) membuat siasatan terperinci dan menyeluruh terhadap dakwaan penguat kuasa yang terlibat dengan aktiviti pemborong yang memberi rasuah.

"Sekiranya siasatan perlu dilakukan, saya berharap agar SPRM membuat siasatan menjurus kepada kenyataan akhbar penulis yang menuduh secara terus terhadap penguat kuasa mengambil rasuah daripada pemborong.

"KPPM menegaskan tidak akan menyebelahi pegawai dalam kesatuan ini atas kesalahan yang dilakukan," katanya.

1

Bagus
4

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mak_wa95 10-6-2014 09:41 AM
backup jangan xbackup...

yang atas lagi kuat menyonglap..
Quote Acong 10-6-2014 09:42 AM
calling2 @ifanonline        
Quote rindusangbulan 10-6-2014 09:55 AM
tapi pegawai penguatkuasa la yg paling dekat dgn rasuah..
Quote cutebaby5907 10-6-2014 10:02 AM
off topic
mohon juga semak technician2 JKR & PBT
lebih masyukkkk daripada engineer & TA
klu tgk basic mcm ciput jah
tp mewah lain macam
Quote sapp73 10-6-2014 10:02 AM
Macammana orang tak pandang serong kalau gaya hidup penguatkuasa  yang mewah berbanding jawstan yang di sandang
Quote AbukRokok 10-6-2014 10:03 AM
penguatkuasa...kastam ka polis ka... dewan bandaraya ka biasanya anak2 xmenjadi  
Quote clarizsa 10-6-2014 10:05 AM
x pandang serong pun, pandang sinis je....
Quote sueism 10-6-2014 10:05 AM
yg kaya tu dtg dari turun termurun percaya aje lah
Quote drivethru 10-6-2014 10:07 AM
AbukRokok posted on 10-6-2014 10:03 AM
penguatkuasa...kastam ka polis ka... dewan bandaraya ka biasanya anak2 xmenjadi

mcm mane nk menjadi kalau dr dlm perut lg dh bg mkn dr sumber haram. tu belum lg sambil berancuk makan cadbury. double haram dh tu.
Quote chinta89 10-6-2014 10:39 AM
elehhh.. kenapa gigih nk kuarkan statement seolah2 nk yakinkan rakyat?
Quote missus_meow 10-6-2014 10:43 AM
Ade yg terasake? So, prove us wrong .... jgn nk mbebel sentap je
Quote theotherfriend 10-6-2014 10:43 AM
chinta89 posted on 10-6-2014 10:39 AM
elehhh.. kenapa gigih nk kuarkan statement seolah2 nk yakinkan rakyat?

Iols pun tertanya2..

Baideway penjawat awam tidak boleh berbelanja lebih dari emolumen ke mender iols baca buku my bro tu..
kot keje peon, pakai keter Preve, sangat sesuatu hokeh..
Quote niceghost2005 10-6-2014 10:47 AM
mak_wa95 posted on 10-6-2014 09:41 AM
backup jangan xbackup...

yang atas lagi kuat menyonglap..

Ada BUKTI kaaaa???

Kasi paste laaaa kat cnie.
Or ambik gambaq
Or upload video/audio


Salam

Quote meah_kelabu 10-6-2014 10:49 AM
tp kalau chek, smuenye bukan name sndri.. kete name mak la.. vini la..huhu
Quote Innrukia 10-6-2014 10:52 AM
ramai kakitangan awam skrg ligat buat bisnes.....so bersangka baik la, tu duit hasil bisnes depa
Quote kecimpret 10-6-2014 10:55 AM
yg kuarkan kenyataan ni pun 2 x 5 gaknya
Quote the_killer 10-6-2014 10:55 AM
Ade org mengaku berak tepi jalan tak?
Quote sri_lanang 10-6-2014 10:57 AM
sapp73 posted on 10-6-2014 10:02 AM
Macammana orang tak pandang serong kalau gaya hidup penguatkuasa  yang mewah berbanding jawstan yang ...

Dia bisnes MLM la. Jual Shaklee.
Quote chinta89 10-6-2014 11:00 AM
theotherfriend posted on 10-6-2014 10:43 AM
Iols pun tertanya2..

Baideway penjawat awam tidak boleh berbelanja lebih dari emolumen ke mende ...

tau xpe.. nak2 plk gred tu setakat taraf bukan 41 ke atas tp alahai mewah kemain... mmg sesuatu la...

Lihat semua komen(69)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

18-5-2024 08:37 AM GMT+8 , Processed in 0.128533 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top