CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Tragedi Cinta Ditolak

2-5-2014 04:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7962| Komen: 28

Description: Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, Acp Arjunaidi Mohamed Berkata, Mangsa Yang Bekerja Sebagai Tukang Jahit Ditemui Mati Oleh Orang Awam Yang Segera Menghubungi Polis Kira-Kira Jam 1 Tengah Hari Tadi.
Petaling Jaya: Akibat cintanya ditolak, seorang lelaki hilang akal sehingga tergamak menikam kenalan wanitanya sehingga mati sebelum nekad membunuh diri beberapa jam kemudian dengan terjun dari tingkat 11 sebuah flat di Kelana Jaya, di sini, petang tadi.


Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, suspek ditemui mati oleh sepasukan polis yang mencarinya susulan penemuan mayat seorang wanita dikenali sebagai Salmah Lok, 43 tahun di sebuah rumah di Jalan 9A/12, Sungei Way beberapa jam sebelum itu.


Ketua Polis Daerah Petaling Jaya, ACP Arjunaidi Mohamed berkata, mangsa yang bekerja sebagai tukang jahit ditemui mati oleh orang awam yang segera menghubungi polis kira-kira jam 1 tengah hari tadi.

"Hasil siasatan mendapati mangsa yang berasal dari Sabah ditikam beberapa kali di bahagian perut menggunakan sebilah gunting," katanya di sini.

Menurutnya polis kemudian memperoleh maklumat mengenai suspek hasil temubual dengan beberapa saksi kejadian dan rakan mangsa.

"Bagaimanapun sebaik tiba di alamat suspek, mayatnya ditemui di bumbung stor flat berkenaan setelah dipercayai terjun dari tingkat 11," katanya.

Katanya, kes disiasat mengikut seksyen 302 Kanun Keseksaan dan Kematian Mengejut (SDR).




LOKASI Salmah Lok dibunuh


LOKASI lelaki terjun dari tingkat 11 flat.

4

Bagus
1

Marah

Terkejut
2

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (7 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 30-4-2014 07:46 PM



LOKASI Salmah Lok dibunuh


LOKASI lelaki terjun dari tingkat 11 flat.
Quote solstice 30-4-2014 07:51 PM
Sewel & psycho
Aku pon x nak
Quote tongkatwaran75 30-4-2014 08:00 PM
solstice posted on 30-4-2014 07:51 PM
Sewel & psycho
Aku pon x nak


Lelaki tu ada dtg propose kat hang ker?
Quote mizahanan 30-4-2014 08:00 PM
hilang sorang tukang jahit. dahla nak ramadhan nih, pastu syawal
Quote Modngengade 30-4-2014 08:06 PM
Pprt sungguh perangai
Quote prettymanja 30-4-2014 08:09 PM
Manusia skrg nie dh xtkot mati gamaknye..asik bunuh diri je tau
Quote solstice 30-4-2014 08:15 PM
tongkatwaran75 posted on 30-4-2014 08:00 PM
Lelaki tu ada dtg propose kat hang ker?

Tak der lah yuolsss
Tp haruslah teguhkan minda siap2 khensss
Utk menghadapi godaan lelaki2 durjana di luar sana

Quote mak_wa95 30-4-2014 08:16 PM
Kat bod fd kata cinta buta..kat sini kata cinta gila...apa2 pun kuasa cinta...mcm2 boleh jadi..
Quote roblucci 30-4-2014 08:22 PM
kebinatangan apakah ini?
Quote Perkele 30-4-2014 08:37 PM
dh bunuh org matilah elok2 skit boleh dermakan organ kat org lain ...ngong !
Quote theotherfriend 30-4-2014 09:07 PM
Scaryyy... keharamjads apakah ini?
Quote batmana 30-4-2014 09:40 PM
apakah pmpn tu ngandungkn laki tu smpai laki tu tension cm org gila...?..
Quote saden 30-4-2014 09:50 PM
org sabah lawa2, mana la tak meroyan bila cinta ditolak.
Quote ronin 30-4-2014 09:57 PM
saden posted on 30-4-2014 09:50 PM
org sabah lawa2, mana la tak meroyan bila cinta ditolak.

tu yg @lavagosokgigi mandi tak basah, tido tak lena tak sabar2 menanti nak beramas mesra dgn geng2 Sabah...
Quote mikasa 30-4-2014 10:08 PM
batmana posted on 30-4-2014 09:40 PM
apakah pmpn tu ngandungkn laki tu smpai laki tu tension cm org gila...?..

Atau perempuan mengandungkan anak ngan laki lain..tu yg dia bengang.

Masa marah tak sedar dia tikam sampai mati. Bila sedar gf dah mati laki ni jdi tak betul..langaung bunuh diri sebb bersalah
Quote devilito2 6-5-2014 07:56 AM
giler betul la org sekarang nie
Quote haryatie 6-5-2014 07:59 AM
waaa..sanggup bunuh2 hal kecil mcam ni..
mmg sewel laaa..
nsib dia mati jugak..
klau tak nnti2 dia bunuh org lain pulak..
Quote fifie_olin 6-5-2014 08:11 AM
roblucci posted on 30-4-2014 06:22 PM
kebinatangan apakah ini?

animal apekah ini...
Quote jaa139 6-5-2014 08:15 AM
elok la dah bunuh orang, bunuh diri pulak..tak banyak sangat keje polis nak siasat..jimat duit rakyat nak sara die makan dalam penjara nanti

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-7-2024 12:23 PM GMT+8 , Processed in 0.077764 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top