CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Nyaris maut diserang harimau

12-2-2013 12:58 AM| Diterbitkan: admin| Dilihat: 4300| Komen: 15

Description: GUA MUSANG: Seorang buruh warga Indonesia nyaris maut selepas diserang seekor harimau Kumbang dalam kejadian di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, semalam. Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, m ...
GUA MUSANG: Seorang buruh warga Indonesia nyaris maut selepas diserang seekor harimau Kumbang dalam kejadian di ladang sawit Felda Perasu, dekat sini, semalam.


Dalam kejadian jam 8.30 pagi itu, mangsa, Alip Abil, 33, bergelut selama 15 minit dengan haiwan itu untuk menyelamatkan diri, namun cedera di kepala, punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri sehingga menerima 50 jahitan ketika mendapatkan rawatan di Hospital Gua Musang.


Menurutnya, ketika melakukan kerja meracun rumput, dia diterkam haiwan berkenaan dari belakang.

"Pada mulanya, saya menyangka babi hutan yang menyerang saya, namun selepas dapat melihat haiwan itu, barulah saya tahu ia harimau kumbang. Ketika bergelut dengannya, saya dicakar di kepala punggung, dada, lengan kanan dan tangan kiri.





"Saya menjerit meminta tolong sebelum seorang rakan menghulurkan kayu dan saya menjolok mulutnya mulutnya dengan kayu itu ketika haiwan berkenaan hampir menggigit tengkuk saya," katanya.

Alip berkata, haiwan berkenaan cuba pula menyerang seorang rakannya, tetapi melarikan diri selepas melihat rakannya itu memegang sebatang kayu.

"Dalam keadaan berlumuran dan separuh sedar saya dibawa ke hospital. Ini pengalaman menakutkan dan saya hanya ingat mati ketika diserang haiwan berkenaan.

"Mujur umur saya masih panjang," katanya.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote segombaldarah 11-2-2013 07:29 PM
Alhamdulilah mas diberipeluang  ke 2 tu
Quote AdamBillionaire 11-2-2013 08:24 PM
hurm lamanye 15 minit.. cm nipu je 15 minit.. wallahuallam.
Quote Dark_Vampire 11-2-2013 08:44 PM
nasib baik sempat selamatkan dier
Quote SulurBidar 11-2-2013 08:55 PM
Nasib baik yg serang tu Panthera Pardus....

Saiznya kecik sket..

Kalau pi serang tu Panthera Tigris?

Aku rasa dah lama kojol manusia tue...

Dan mmg lumrah keluarga  Panthera ni suka sangat attack dari belakang kerana Panthera ni mementingkan serang hendap bila nak cekau mangsa..
Aku dulu ada terbaca, sumwhere in Asia, para petani pakai topeng muka di bhgian blakang kepala bagi mengelirukan sang Panthera nie..
Quote Zep 11-2-2013 09:01 PM
15 minit? 50 jahitan? dari gambar macam tak banyak pun kekdahnya. sinetron tak indon ni bikin depan wartawan?
Quote matamata 11-2-2013 09:24 PM
SulurBidar posted on 11-2-2013 08:55 PM
Nasib baik yg serang tu Panthera Pardus....

Saiznya kecik sket..

Kalau Phantera Tigris mmg dah riuk dah leher mamat ni...
lagi satu aku syak rimau bintang yg serang dia masih muda/ juvanile lagi...baru belajar nak memburu...kalau taraf mak atau pak rimau bintang pun rasanya end up mcm rimau malaya...
Quote matamata 11-2-2013 09:26 PM
bab jangkamasa pergelutan dgn jumlah jahitan pun nak jadi isu ka..?
come on laaa....
Quote harimau76 11-2-2013 10:58 PM
nasibb baik la harimau kumbang tu sempat lari... kalau tak harus kena gantung buat display 7 hari 7 malam..
Quote SulurBidar 12-2-2013 12:01 AM
matamata posted on 11-2-2013 09:24 PM
Kalau Phantera Tigris mmg dah riuk dah leher mamat ni...
lagi satu aku syak rimau bintang yg sera ...

aku berstuju penuh dgn kenyataan ko bhwa yg serang tu adalah harimau remaja yg baru berlatih nak memburu..
pengalaman masih kurang..

aku rasa kalau dlm 4 ke 5 try lagi mmg dah boleh makan manusia..
Quote mute 13-2-2013 10:36 AM
pasni mas pakai topeng dibelakang ya..kasi harimau takot...
Quote md_nana 13-2-2013 10:39 AM
takotnye rimau...
Quote fatehana 13-2-2013 10:41 AM
SulurBidar posted on 11-2-2013 08:55 PM
Nasib baik yg serang tu Panthera Pardus....

Saiznya kecik sket..

mcm tue setiap petani atau yg gie hutan kenalah pakai topeng gak supaya keselematan tue dpt dijaga
ngeri betul dgn apa jns rimau pun
Quote none88 13-2-2013 10:41 AM
aaaaaa rimauuuuu.....
Quote nonok22 15-7-2016 01:39 PM
Cik beelangggg
Quote alien485 23-7-2017 03:43 PM
banyak bahaya

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-4-2024 08:36 PM GMT+8 , Processed in 0.057146 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top