CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Wanita & Lelaki (old) Lihat artikel

Tips Jaga Rambut Panjang Bagi Lelaki

3-4-2014 12:47 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 43098| Komen: 11

Description: Kini Ramai Lelaki Yang Berambut Panjang, Dan Fesyen Berambut Panjang Ini Bukan Lagi Fesyen Yang Luar Biasa, Kerana Lelaki Yang Mempunyai Rambut Panjang Juga Mampu Menarik Perhatian Wanita Di Luar Sana ...
Kini ramai lelaki yang berambut panjang, dan fesyen berambut panjang ini bukan lagi fesyen yang luar biasa, kerana lelaki yang mempunyai rambut panjang juga mampu menarik perhatian wanita di luar sana yang sukakan lelaki berjiwa rock.
                              
Namun jika mempunyai rambut panjang tetapi mengabaikan penjagaan rambut, ia pasti akan kelihatan kusut dan tidak terurus, malah dipandang selekeh. Oleh itu di sini kami ingin berkongsi dengan anda lelaki di luar sana yang mempunyai rambut panjang beberapa tips untuk menjaga aset berharga anda itu.

Cuci rambut setiap hari
Golongan lelaki cenderung berpeluh dengan banyak berbanding wanita. Apabila anda berpeluh, potensi rambut berminyak dan mengeluarkan bau yang kurang menyenangkan boleh mengganggu hari anda. Anda disarankan membasuh rambut setiap hari untuk elak rambut berminyak, berbau dan menghasilkan kelemumur.

Jangan gosok rambut basah dengna tuala
Elakkan menggosok rambut basah dengan tuala kerana ia akan membuatkan rambut anda bercabang, mudah patah, tidak sihat dan kelihata kering. Seeloknya, biarkan rambut kering secara semula jadi dan lap dengan perlahan.

Jangan guna alat pelurus rambut
Elakkan dari menggunakan alat pelurus rambut kerana ia akan membuatkan rambut kering,keras, rapuh dan sukar untuk mengekalkan rambut yang lembut.

Pakai krim pelindung rambut
Pancaran matahari bukan saja boleh merosakkan kulit kepala, malah boleh merosakkan rambut jika anda terdedah di bawah cahaya matahari terlalu lama. Sinar UVA dan UVB boleh merosakkan rambut dan melunturkan warna rambut anda dengan mudah.

Elak ikat rambut terlalu ketat
Memakai topi yang ketat atau mengikat rambut dengan getah yang kuat akan menyebabkan masalahtraction alopecia iaitu kehilangan rambut akibat tertarik akar rambut tanpa sedar ketika mengikat rambut. Untuk elak rambut tercabut, pakailah topi yang tidak terlalu ketat dan ikatlah rambut dengan getah yang lembut dan longgar.

2

Bagus
2

Marah
2

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak
4

Bosan

Friends Rank (12 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote garyura 6-4-2014 02:37 PM
rambut lelaki msia paling cantik aku penah tgk...sampai kawan2 pompuan aku kata jeles tgk rambut zamani slam...



Quote anees~nuhara 15-4-2014 01:12 PM
suke tgk laki rmbut pendek lg.nmpk kmas
Quote qasehnuramy 12-5-2014 09:58 AM
anees~nuhara posted on 15-4-2014 01:12 PM
suke tgk laki rmbut pendek lg.nmpk kmas

betul..pendes n spiky..kemas n mengancam...

Quote cowey 19-5-2014 08:34 PM
eh tt tnye sikit..

kalo rambut mkin halus elok ke???


Quote qasehnuramy 22-5-2014 11:05 AM
cowey posted on 19-5-2014 08:34 PM
eh tt tnye sikit..

kalo rambut mkin halus elok ke???

makin halus ke makin nipis????



Quote cowey 22-5-2014 08:55 PM
qasehnuramy posted on 22-5-2014 11:05 AM
makin halus ke makin nipis????

makin halus..

aku takot nnt gugur lak..

btw ko pakar rmbut ke?? hehe



Quote 03062013mei 23-5-2014 12:50 AM
guna kondisioner selalu saya rasa
Quote 03062013mei 23-5-2014 12:51 AM
ataupun boleh pergi saloon buat rambut ^^
Quote qasehnuramy 24-5-2014 11:22 AM
cowey posted on 22-5-2014 08:55 PM
makin halus..

aku takot nnt gugur lak..

eh xla..bukan pakar rambut..

tp meh nk gtaw...kawan qaseh g berubat kat pusat ayurveda...

skrg dh tumbuh subur sihat n hitam menawan rmbut dia...

Quote cowey 24-5-2014 11:35 AM
qasehnuramy posted on 24-5-2014 11:22 AM
eh xla..bukan pakar rambut..

tp meh nk gtaw...kawan qaseh g berubat kat pusat ayurveda...

kat mane tu??

rambut aku ok, tebal n lebat..

tp halus..

rmbut shampoo ari2 ok ke?
Quote qasehnuramy 24-5-2014 11:57 AM
cowey posted on 24-5-2014 11:35 AM
kat mane tu??

rambut aku ok, tebal n lebat..

di bukit mertajam penang..

dr pembacaan qaseh la kan...rmbut xleh syampoo hari2 sebab kulit kepala akan menjadi kering sekaligus menyebabkan kelemumur...

skurang2nya 2 hari skali shampoo..n klu pakai conditioner jgn letak kat atas kepala..just letak kat hujung2 rambut...

Lihat semua komen(11)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 11:39 PM GMT+8 , Processed in 0.063208 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top