CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Hot Topic Lihat artikel

Kassim Ahmad Ditahan Atas Dakwaan Menghina Islam

27-3-2014 04:22 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29730| Komen: 369

Description: Kassim Ditahan Sepasukan 10 Pegawai Penguat Kuasa Jakim Yang Diketuai Pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi), Anuar Salehuddin Mat Saad, Dengan Bantuan Polis Dan Anggota Penguat Kuasa ...


Kassim Ahmad Ditahan Atas Dakwaan Menghina Islam Dan Melanggar Fatwa

KULIM: Bekas aktivis politik dan sosial Kassim Ahmad yang mencetuskan kontroversi berhubung kenyataan berunsur anti-hadis baru-baru ini, ditahan penguat kuasa Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) di rumahnya di Taman Kulim Perdana, Kelab Golf Kulim di sini tengah hari Rabu.

Kassim ditahan sepasukan 10 pegawai penguat kuasa JAKIM yang diketuai pegawai Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Anuar Salehuddin Mat Saad, dengan bantuan polis dan anggota penguat kuasa Pejabat Agama Islam Kulim pukul 12.30 tengah hari.

Di Kuala Lumpur, Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI), Paimuzi Yahya ketika dihubungi Bernama mengesahkan penahanan Kassim.

Katanya Kassim akan didakwa di Mahkamah Syariah Putrajaya hari ini atas dua kesalahan mengikut Akta Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) 1997.

Beliau berkata dua kesalahan itu ialah menghina agama Islam dan melanggar fatwa.

"Kesalahan pertama, Dr Kassim akan didakwa mengikut Seksyen 7 Akta Jenayah Syariah kerana menghina Agama Islam.

"Kesalahan kedua mengikut Seksyen 9 akta yang sama kerana melanggar fatwa ataupun arahan pihak berkuasa agama," katanya.

Kassim mencetuskan kontroversi apabila mendakwa Islam sebenar di negara ini telah diseleweng dan menyamakan sistem ulama dengan kasta paderi dalam Seminar Pemikiran Kassim Ahmad: Satu Penilaian pada 15 dan 16 Februari di Putrajaya baru-baru ini.

Pada seminar itu, Kassim dilaporkan turut menyinggung perasaan umat Islam apabila mendakwa masyarakat kini melakukan beberapa kesalahan seperti mendewa-dewakan Nabi Muhammad SAW dengan ungkapan syahadah serta menyatakan bahawa rambut bukanlah aurat bagi wanita.                        

5

Bagus
5

Marah
7

Terkejut
14

Sedih
8

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (47 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote berancuk 27-3-2014 10:45 AM
dia dah ulang-ulang bertahun-tahun dah benda ni, la ni baharu nak tangkap?
Quote luvly_eone 27-3-2014 10:46 AM
Tok moh diraja bila lak nak kena tangkap?
Quote truly 27-3-2014 10:47 AM
Bila tak setuju dengan brand islam depa bawak, terus menghina islam.

Bodoh betul la.
Quote ais_kosong 27-3-2014 10:59 AM
tok moh jgn dilupa juga
Quote mjla 27-3-2014 11:01 AM
Madey petik jari lepaih le org tua ni....
Quote niceghost2005 27-3-2014 11:06 AM
luvly_eone posted on 27-3-2014 10:46 AM
Tok moh diraja bila lak nak kena tangkap?

Fihak JAIP masih tercari cari di bawah Enakmen haper depa nak charge BOMOH VIP.
Takut ada 'IMMUNITY' dari fihak fihak tertentu. (tangan ghaib)

So, kena fikir n fikir n fikir n fikir mcm kes Kassim Ahmad. (berpuluh tahun)

Quote akughi 27-3-2014 11:13 AM
pah ni PAS nak ckp ape pulak...ari tu kemain menyalak
Quote luvly_eone 27-3-2014 11:19 AM
akughi posted on 27-3-2014 11:13 AM
pah ni PAS nak ckp ape pulak...ari tu kemain menyalak

Buat keje smpi habis dulu... Setakat drama tangkap ni... Standard drama swasta melayu je....

Kita nak tgk tindakan susulan dulu....
Quote petola 27-3-2014 11:30 AM
penganjur tak kena sekali ke?
Quote True-X 27-3-2014 11:38 AM
Awat kompeni yg asik bace 30 juzuk kt air kosong tuh...x kene ape2 pon...



Quote atira 27-3-2014 11:42 AM
gigih...
tak de sapa yg bertulur ke nak balas hujah kasim ahmad ni?
sket2 tangkap...
Quote Maideen. 27-3-2014 11:43 AM
Islam tidak membenerkan perbezaan pendapat nampaknya. Kalau tak mampu nak berhujah, tangkap!
Quote atira 27-3-2014 11:50 AM
Maideen. posted on 27-3-2014 11:43 AM
Islam tidak membenerkan perbezaan pendapat nampaknya. Kalau tak mampu nak berhujah, tangkap!

bukan ke berbeza pendapat tu rahmat dari allah swt?
ustaz kat TV cakap lagu tu
Quote Maideen. 27-3-2014 11:52 AM
atira posted on 27-3-2014 11:50 AM
bukan ke berbeza pendapat tu rahmat dari allah swt?
ustaz kat TV cakap lagu tu

Ostad juga cakap "Islam itu indah!" prrrrrrrrrrrrrrpfffffftght
Quote Maideen. 27-3-2014 11:55 AM
atira posted on 27-3-2014 11:42 AM
gigih...
tak de sapa yg bertulur ke nak balas hujah kasim ahmad ni?
sket2 tangkap...

Ntah nyer.....kalau tak mampu berhujah pon cakap "Nanti kat Padang Masyar menjawab lah si Kassim tu", cukup lah.....
Quote -electrifying- 27-3-2014 11:58 AM
org ksygn madey
Quote kamikazebelacan 27-3-2014 12:14 PM
Maideen. posted on 27-3-2014 11:43 AM
Islam tidak membenerkan perbezaan pendapat nampaknya. Kalau tak mampu nak berhujah, tangkap!

aik  Maideen. ...idup lagi ko eh
perbezaan pendapat atas landasan yg betul tak pe le contoh seperti perbezaan dalam mazhab...ini tidak, suka suki jer
memang la nak mamp0s



























Quote Orange1 27-3-2014 01:43 PM
Islam versi tipikal melayu sunni sahaja yang benar, yg lain semua sesat.
Quote kasmela 27-3-2014 01:47 PM
Di mana suara-suara pendukung freedom of speech?

Lihat semua komen(369)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

6-5-2024 02:21 PM GMT+8 , Processed in 0.225582 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top