CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CARI Infonet Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tulis Dengan Kaki Dapat Spm 11A

24-3-2014 09:57 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8239| Komen: 58

Description: Muhammad Hadi, Pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (Smk) Agama Kedah, Di Sini, Yang Dilahirkan Tanpa Lengan Dengan Hanya Jari Di Bahu Juga Tidak Boleh Berjalan Berikutan Kedua-Dua Kakinya Membengkok S ...
Alor Setar: Kecacatan fizikal bukan penghalang buat Muhammad Hadi Darus, 17, bagi membuktikan dirinya mampu berjaya dalam pelajaran seperti pelajar normal apabila diumumkan memperoleh keputusan cemerlang 11A bagi calon berkeperluan khas (CBK) dalam keputusan peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2013 yang diumumkan, semalam.

Muhammad Hadi, pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Agama Kedah, di sini, yang dilahirkan tanpa lengan dengan hanya jari di bahu juga tidak boleh berjalan berikutan kedua-dua kakinya membengkok sejak berusia dua tahun.

Walaupun dikategorikan sebagai orang kelainan upaya (OKU) apabila terpaksa menggunakan kerusi roda untuk bergerak serta menulis menggunakan kaki kiri, namun ia tidak melemahkan semangatnya untuk mengubah nasib diri.

Pelajar berkenaan mendapat A dalam 11 mata pelajaran iaitu Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris, Matematik, Sejarah, Bahasa Arab Tinggi, Matematik Tambahan, Fizik, Biologi, Kimia, Pendidikan al-Quran dan Al-Sunnah serta Pendidikan Syariah Islamiah.

Muhammad Hadi berkata, dia gembira apabila turut diumumkan sebagai antara pelajar terbaik di peringkat negeri sekali gus membuktikan segala penat lelah membuahkan hasil.-myMetro

HADI (kanan) menerima ciuman daripada ayahnya selepas memperoleh 11A dalam keputusan SPM.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote tongkatwaran75 21-3-2014 06:29 AM

HADI (kanan) menerima ciuman daripada ayahnya selepas memperoleh 11A dalam keputusan SPM.
Quote noor2 21-3-2014 06:30 AM
tahniah adik....!!!

nak seribu daya...

usaha tangga kejayaam....
Quote berancuk 21-3-2014 06:31 AM
tahniah                    
Quote ringcat 21-3-2014 06:35 AM
selalu baca komen tentang akhbar atau sekolah yang mengagungkan
golongan yang cemerlang result exam ni sehingga seolah-olah menepikan
mereka yang kureng cemerlang. Kenapa mereka juga tak diberi ruang?

aku nak tanya la; pada set-set kureng tu, sanggup ke korang nak
diinterview oleh TV atau akhbar especially kalau korang tubuh sempurna
sihat tak ada cacat cela? tak malu ke dengan golongan OKU macam ni?
Quote dualchicks 21-3-2014 06:59 AM
kalau org yg bersifat rendah diri walaupun dpt straight A pun tak sanggup diinterview kat TV...apatah lagi org yg kureng...cuma media sahaja utk merancakkan ranking article dr wartawan masing2...article kena bawak balik yg best...kalau bawak balik dgn tgk kosong...pasti kena maki dgn ketua pengarang...disebabkan takde idea tu yg cari article yg merapu2 citer lucah...
Quote MissNigga 21-3-2014 07:03 AM
Daebakkkkk...tabek spring kat adik nie
Quote alieyrina 21-3-2014 07:18 AM
Im touched  
Quote poyohabis 21-3-2014 07:26 AM
Bgs la dia org ni.. Aku yg org biasa ni nak dpt 6a pun terkial2... Belum campur gan mls belajar lg... Tahniah semua yg berjaya... Mungkinkah mereka ni  x asyik duk menghadap game kat i pad, x main games sgt kot yu yg blh skor
Quote xAthenax 21-3-2014 07:30 AM
congratulation adik....your success in beating the odds make it more meaningful...
semoga perjalanan selepas ini dipermudahkan....
Quote TanSriJess 21-3-2014 07:34 AM
berfikir dgn otak...bkn dengan jari tangan

kita yg normal nmpak susah menulis dgn kaki...tp dia dr kecik mcm tuh.kacang jer  lah

apapun beribu ribu taniya dik  

well done !
Quote HOHA 21-3-2014 07:58 AM
Patutlah orang kata SPM ni grade dia rendah untuk dapat A.. Tulis pakai kaki pon bule dapat A... kacang betul.
Quote TigerFeith 21-3-2014 08:01 AM
Harap2 yang cemerlang ni bila besar nanti tak jadi Macai macam AN, D'zek, Krossberapi dan lain2....
Quote fifie_olin 21-3-2014 08:21 AM
sbb tu dipanggil insan istimewa...
tahniah...
mesti dpt keje bgs nti...
Quote ais_kosong 21-3-2014 08:25 AM
tahniah...
Quote retnoel 21-3-2014 08:26 AM
adik ni mmg cekal la..salute n tahniah..
Quote batmana 21-3-2014 08:39 AM
ringcat posted on 21-3-2014 06:35 AM
selalu baca komen tentang akhbar atau sekolah yang mengagungkan
golongan yang cemerlang result exam ...

golongan yg kurang cemerlang tk perlu ditemuramah cmni, psl dorang ni kbykknye jadi bos pada org yg cmerlang akademik..
rata2 billionare kt dunia ni dipenuhi oleh org failed ler...

Quote mbhcsf 21-3-2014 08:48 AM
bless him

tahniah

rezeki ...

well done.
Quote ringcat 21-3-2014 08:51 AM
batmana posted on 21-3-2014 08:39 AM
golongan yg kurang cemerlang tk perlu ditemuramah cmni, psl dorang ni kbykknye jadi bos pada org y ...

esok anak-anak kau dapat SPM 1A je
kau panggillah wartawan datang interview

cakap yang bilionaire biasanya orang failed.

aku nak tengok reaksi pakcik makcik,tok nenek dia
sure glamour anak kau!
Quote alahai 21-3-2014 09:11 AM
tahniah!!!!!!tapi kesian jugak golongan camni, sapa nak ambik depa kerja??

Lihat semua komen(58)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

5-5-2024 05:23 AM GMT+8 , Processed in 0.085492 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top