CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Aaron Maut Dihempap Tv!

14-3-2014 06:02 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8947| Komen: 48


Seremban: Seorang kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan maut dipercayai akibat dihempap televisyen di ruang tamu rumahnya di Taman Gadong Jaya, dekat sini, petang semalam.

Dalam kejadian kira-kira jam 4 petang itu, mangsa E Soloman Aaron yang cedera di kepala dikejarkan ke Klinik 1Malaysia berhampiran rumahnya untuk rawatan awal oleh ibu bapanya.
Mangsa diperiksa oleh kakitangan perubatan bertugas dan diberi bantuan oksigen sebelum dibawa menaiki ambulans ke Hospital Tuanku Jaafar Seremban (HTJ) untuk rawatan lanjut.

Bagaimanapun, mangsa gagal diselamatkan akibat kecederaan parah dialaminya dan disahkan meninggal dunia jam 5.45 petang.

Bapa mangsa G Egenase berkata, ketika kejadian isterinya berada di dapur untuk membuat susu anak bongsu sebelum dia dikejutkan dengan bunyi bising dari arah ruang tamu rumah.

Katanya, isterinya terus memeriksa apa berlaku dan terkejut mendapati rak televisyen menghempap anaknya manakala sebuah televisyen berada di sisi.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote faraway1 14-3-2014 05:20 PM
kesihan aaron..
Quote amiraira 14-3-2014 05:22 PM
dh byk kali kejadian yg sama berulang...
Quote jengkoil 14-3-2014 05:23 PM
Mesti 29 inchi ni...
Quote biggirlduncry 14-3-2014 05:23 PM
aaron suka jilat tv ka?
Quote prettyuglybabe 14-3-2014 05:26 PM
biggirlduncry posted on 14-3-2014 05:23 PM
aaron suka jilat tv ka?

jilat tv sambil panjat kabinet
Quote enchikfitz 14-3-2014 05:30 PM
Hebatnya dak Aaron ni. Takziah la
Quote joyahglam 14-3-2014 05:31 PM
may u rest in peace aaron
Quote mak_wa95 14-3-2014 05:39 PM
Anak2 lasak,makpak xreti nak pastikan keselamatan  dlm rumah,beli tv besar tapi xmampu beli rak..sian aaron
Quote highcastle 14-3-2014 05:40 PM
Jujur aku ckp, TV gabak besar mmg dah tak sesuai zaman skg, selain merbahaya kat bebudak.. Dulu aku ada TV Samsung 29", punya lah berat.. Alhamdulillah tak ada apa2 perkara yg tak diingini berlaku. Aku dah humban pun kat tong sampah TV tu..........
Quote xtahumenahu 14-3-2014 05:43 PM
aku nak jual tv gedabak aku tuh..29"...sony...sape mau??quality tip top
Quote cammie1711 14-3-2014 05:43 PM
Kesiannya...
anak aku pun suka bergayut kt kabinet tv
kekadang siap duduk cam ayam bertelur dalam laci kabinet tu
risau plak!
Quote munchkin 14-3-2014 05:53 PM
salam takziah
Quote BelovedTaeyeon 14-3-2014 05:55 PM
Salaam.

Kesian.

Perati elok2 anak2 kita; jangan leka.
Quote whadda 14-3-2014 06:00 PM
kesiannye aaron...
Quote GhostWalking 14-3-2014 06:11 PM
Hahahahahah sekali baca ingat aaron ajiz cessss
Quote ChildrenOfBodom 14-3-2014 06:16 PM
nama yg sungguh biblical.
Quote ChildrenOfBodom 14-3-2014 06:19 PM
awat kerap sgt kes tv hempap budak.

mak pak tak amik iktibar ka kes2 yg berlaku sebelum2 ni?
Quote bfemmamaembong 14-3-2014 06:20 PM
bukan aaron aziz
Quote somtam 16-3-2014 12:28 PM
aku pun ingat aron aziz haiyaa

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

8-9-2024 07:26 AM GMT+8 , Processed in 0.107765 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top