Rafizi persoal kaedah pengurusan sampah di Selangor CALON PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail, (tengah) bersama Pengarah Strategi Pakatan, Rafizi Ramli, (kanan) melancarkan poskad manifesto pakatan rakyat Pilihan Raya Kecil DUN Kajang di Bilik Gerakan Utama Keadilan, Batu 12, Jalan Cheras, hari ini. - Foto Azhar Ramli KAJANG: Pengarah Strategi Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rafizi Ramli hari ini mempersoalkan kaedah pengurusan sampah dan sisa pepejal di Selangor yang disifatkan mempunyai banyak kelemahan. Rafizi berkata, walaupun kerajaan negeri Selangor berjaya menjimatkan wang yang banyak, namun beliau sedar bahawa prestasi kutipan sampah di negeri itu perlu dipertingkatkan dari semasa ke semasa. "Satu daripada punca yang menyebabkan masalah kutipan sampah di Kajang mahupun di seluruh Selangor ialah soal kawasan pelupusan sampah. "Jadi satu perkara yang dijanjikan ialah kita akan usahakan peningkatan prestasi dengan mewujudkan satu tapak pelupusan sampah mesra alam," katanya pada sidang media selepas pelancaran menifesto parti itu sempena Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Kajang 23 Mac ini. Pada PRK Kajang, PKR empat teras utama menifesto iaitu membanteras jenayah dan meningkatkan keselamatan, menangani masalah lalu lintas, pembangunan anak muda dan usahawan serta pembangunan dan penyelenggaraan perbandaran. Rafizi berkata, sekiranya perkara itu tidak dilaksanakan dengan baik maka lebih banyak kawasan di Selangor terpaksa dibuka untuk tapak pelupusan sampah.
|
anishacute posted on 12-3-2014 03:10 PM
Ai yg dok kajang ni pon dah anggap sampah ibarat dedaun kekeringan berterbangan ditiup angin.. bau b ...
AmMiNafeesa posted on 12-3-2014 03:13 PM
subsidi je lah ambi pure..bau sampah pun sedappppp
jimat duit kerajaan selangor
anishacute posted on 12-3-2014 03:21 PM
Taman bukit mewah kajang.. semewah sampah2nya.. tak caya pi la tgk
anishacute posted on 12-3-2014 03:26 PM
Taman jasmin kajang pasar mlm nya kadang2 bau sampah sbb dibelakang tempat penjualnya tempat org bua ...
ADVERTISEMENT