CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

8 pekerja BNM ditahan

13-3-2014 02:44 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6860| Komen: 25


Georgetown: Lapan pekerja sebuah institusi kewangan ditahan polis, kelmarin selepas disyaki mencuri wang RM300,000 yang dilakukan sejak September tahun lalu hingga awal bulan ini di Bank Negara Malaysia cawangan negeri ini.

Semua mereka terdiri tujuh lelaki dan seorang wanita itu berusia antara 26 dan 34 tahun.

Menurut sumber, kehilangan wang terbabit disedari Khamis minggu lalu oleh pengurus bank yang kemudian memaklumkannya kepada pengurus cawangan institusi kewangan berkenaan.

“Susulan itu, pihak bank membuat siasatan dalaman dan hasilnya mendapati lapan pekerja institusi kewangan itu terbabit dalam kes kehilangan wang berkenaan.

“Satu laporan polis dibuat kelmarin dan semua mereka ditahan bagi membantu siasatan,” katanya.

Menurut sumber, semua suspek kemungkinan mengambil wang dalam kuantiti yang sedikit untuk mengelak dikesan.

“Kami tidak menolak kemungkinan mereka ini mengambil wang terbabit dalam kuantiti sedikit kerana selepas semakan pihak bank mendapati ia dilakukan sejak September tahun lalu.


“Siasatan lanjut dijalankan dan mereka kini direman selama tiga hari bagi membantu siasatan,” katanya.

Difahamkan, syarikat institusi kewangan berkenaan dilantik sebagai ejen kepada Bank Negara Malaysia untuk membuat kerja memproses dan pengiraan wang.

Sementara itu, Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Superintendan Ismail Idris ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian itu dan siasatan lanjut sedang dijalankan.
10

Bagus

Marah
1

Terkejut
5

Sedih
9

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (30 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 12-3-2014 04:50 PM
itula, lain kali nk rompak, jadila org politik, xde sapa nk tahan.
Quote Al-Patih 12-3-2014 04:52 PM
batmana posted on 12-3-2014 04:50 PM
itula, lain kali nk rompak, jadila org politik, xde sapa nk tahan.

betui ...
Quote BelovedTaeyeon 12-3-2014 04:58 PM
Salaam.

BENGAP.


Aku jenuh apply keje BNM tapi tak dapat.

Ni dah dapat...buat TAIK camnie lak.

Budus betul la.


Human Resource BNM pun sama BENGAP dok amik manusia2 camni jadi pekerja.
Quote BelovedTaeyeon 12-3-2014 04:59 PM
batmana posted on 12-3-2014 04:50 PM
itula, lain kali nk rompak, jadila org politik, xde sapa nk tahan.



Pedas

300K jer?
Patut kebas sampai RM250 juta...baru takde sapa berani tangkap.


Quote prettyuglybabe 12-3-2014 04:59 PM
muda-muda.. cepatnya gelap mata
Quote tekken 12-3-2014 05:28 PM
adoiii....
BNM tuhhhh
Quote -electrifying- 12-3-2014 05:31 PM
MAMAK KE? Hehehe
klau jdi org politik skali amek berjuta2, ni ko ank ikan, mmg la amek skit2 tp klau kena audit sakit weyyy
Quote bambimo 12-3-2014 05:39 PM
Duit brkepuk dpn mata...tak menahan godaan le jwbnya...mcm cerita mad money hehehe
Quote queen_aurora 12-3-2014 05:41 PM
Menurut sumber, kehilangan wang terbabit hanya disedari minggu lalu oleh pihak pengurusan bank.


dari September baru minngu lalu sedar
xde balancing ke kje BNM nih
semudah tuh jerk..

baek amik berjota dan larik p obersea
Quote cmf_blingblings 12-3-2014 05:43 PM
lain kali kalau nak ambik, ambil 30 jota, sekurang2nya boleh lari sembunyi jauh sikit di Sumatra ke India sana
Quote chaintea 12-3-2014 05:50 PM
Punyala jenuh apply jwtn kt BNM..haram x dpt. Alih2 pekerja sedia ada wat hal.
Cmne br perasan ni
Quote Al-Patih 12-3-2014 09:01 PM
BelovedTaeyeon posted on 12-3-2014 04:58 PM
Salaam.

BENGAP.

abih ...tukang amik ...pong bengap.....
Quote Al-Patih 12-3-2014 09:02 PM
chaintea posted on 12-3-2014 05:50 PM
Punyala jenuh apply jwtn kt BNM..haram x dpt. Alih2 pekerja sedia ada wat hal.
Cmne br perasan ni

aiiii ...kamu pong samo dengan ....@BelovedTaeyeon
Quote scents 12-3-2014 09:12 PM
Memg sedih dengar citer ne, yg nk mintk kerja susah nk dpt,yg dh ada kerja melupakan tanggungjwb sbg islam.... dunia , dunia.... yg melekakan,yg melalaikan,yg membuat kita tertipu.... berpeganglah dengn tali ALLAH.... wahai anak2 bangsa ku...
Quote Al-Patih 12-3-2014 09:17 PM
scents posted on 12-3-2014 09:12 PM
Memg sedih dengar citer ne, yg nk mintk kerja susah nk dpt,yg dh ada kerja melupakan tanggungjwb sbg ...

meke tak mencermin ....sebagai oreng Islam ....
Quote cmf_premierleag 12-3-2014 09:24 PM
BelovedTaeyeon posted on 12-3-2014 04:58 PM
Salaam.

BENGAP.

Adik aku penah g interbiu BNM smpi 3 stages
Last stage interbiu dgn director
kiranya dah sebelah kaki la nak masuk BNM
alih2....dia x dpt
Dia risik2 tanya kawan dia Manager kat situ
kwn dia ckp OUR HR IS USELESS..THEY R HOPELESS N FYI THEY HIRE THEIR RELATIVES
patutlaaaaaa
Quote pelicano 12-3-2014 09:38 PM
cmf_premierleag posted on 12-3-2014 09:24 PM
Adik aku penah g interbiu BNM smpi 3 stages
Last stage interbiu dgn director
kiranya dah sebela ...

Skrg ni nk mintak kerja guna org dlm ajer.... tak da cable jgn harap laaa....
Quote scents 12-3-2014 09:42 PM
I setuju dgn pelicano memg zaman dimana diploma n degree da xlaku ne, ape yg laku ada lh sedara mara yg berjwtn tinggi didalam sesebuah organisasi.  Tpi tula tiada lh keadilan ny kerana asik dok dahulukan sedara mara walaupun ramai lagi yg lebih patut dpt sesuatu kerja tu.... lebih2 lagi dlm kerajaan... jgn harap la kalu xkenal org dlm, yg schorlarship nasib xbaik pun jadi kerani dulu baru bole dpt jwtn tinggi.... itu la dunia yg tidak adil
Quote BelovedTaeyeon 12-3-2014 09:48 PM
cmf_premierleag posted on 12-3-2014 09:24 PM
Adik aku penah g interbiu BNM smpi 3 stages
Last stage interbiu dgn director
kiranya dah sebelah kaki la nak masuk BNM
alih2....dia x dpt
Dia risik2 tanya kawan dia Manager kat situ
kwn dia ckp OUR HR IS USELESS..THEY R HOPELESS N FYI THEY HIRE THEIR RELATIVES
patutlaaaaaa

Patut la payah nak dapat ek; kabel gak.

Aku tak dipanggil langsung.

Kebanyakan organisasi, HR memang cam haram.

Walau HSBC Cyberjaya sekalipun.


Kadang2 rasa PUTUS ASA.
Penat tau dari KL naik bas ke Cyberjaya.
Bertolak pagi....sampai rumah dah Maghrib.
Sudahnya HABUK pun tak dapat; dapat penat, habis duit dan masa.

Geram gak kadang.
Rasa macam..."susah sangat, Kau amik jer lah nyawa aku ni. Susahnya hidup atas bumi Kau ni"



Ni...8 ekor mangkuk hayun tu.
Dah dapat keje elok2 kat BNM, buat keje BOW DOUGH lesapkan duit.
Geram aku manusia2 tak reti bersyukur ni.
Geng rasanya tu...umur dekat2.


Last edited by BelovedTaeyeon on 12-3-2014 09:50 PM

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-11-2024 06:25 PM GMT+8 , Processed in 0.076323 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top