Ini kerana, DBKL mengeluarkan kos yang tinggi sekitar RM6,000 setiap kali membersihkan jalan disebabkan tumpahan konkrit itu. Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihak DBKL memandang serius kesalahan ini memandangkan simen atau konkrit yang bertaburan bukan saja mengotorkan jalan raya malah membahayakan keselamatan pengguna. Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengambil langkah membeli dua jentera yang mampu membersihkan dan menurap jalan raya yang rosak dengan cepat sekiranya berlaku tumpahan konkrit atau simen di atas jalan. “Pada masa sama kami mengambil langkah penguatkuasaan apabila DBKL berbincang mengenai undang-undang untuk menahan lebih lama lori yang membuat kesalahan berkenaan selain mengenakan saman. “Sekiranya lori ini ditahan lebih masa, ia memberi kerugian kepada syarikat pengeluar konkrit atau simen memandangkan bahan berkenaan keras di bahagian corong pengeluarannya,” katanya selepas merasmikan kilang konkrit siap diguna berkelompok mesra alam milik Lafarge Bhd di sini, semalam. Ahmad Phesal berkata, DBKL juga pernah bercadang tidak membenarkan kilang konkrit dan simen beroperasi di Kuala Lumpur berikutan isu menumpahkan bahan berkenaan semakin meningkat. Katanya, pihaknya juga masih menimbangkan mengenai keperluan semua pihak sekiranya ia dilaksanakan termasuk melambatkan proses penghantaran bahan berkenaan di lokasi pembinaan.
|
8
Bagus |
1
Marah |
Terkejut |
12
Sedih |
17
Lawak |
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
pakweneelofa posted on 12-3-2014 07:16 AM
aaaaaaaah karut... ini smua marketing nk mintak suap...lol
ad_hoc79 posted on 12-3-2014 08:59 AM
kat singapore, lori rosak tepi jalan. Polis dtg suruh galihkan. x alih, masuk penjara.
kawan bapak ...
ADVERTISEMENT