View: 2620|Reply: 13
|
[Tempatan]
{11} Tumpah jer, kena tahan & denda !
[Copy link]
|
|
12 Mac 2014
Kuala Lumpur: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mengambil tindakan tegas kepada syarikat pengeluar konkrit sekiranya lori milik mereka membuat tumpahan bahan berkenaan di atas jalan raya termasuk menahannya lebih 48 jam serta berdepan undang-undang mahkamah.
Ini kerana, DBKL mengeluarkan kos yang tinggi sekitar RM6,000 setiap kali membersihkan jalan disebabkan tumpahan konkrit itu.
Datuk Bandar, Datuk Ahmad Phesal Talib berkata, pihak DBKL memandang serius kesalahan ini memandangkan simen atau konkrit yang bertaburan bukan saja mengotorkan jalan raya malah membahayakan keselamatan pengguna.
Beliau berkata, setakat ini pihaknya mengambil langkah membeli dua jentera yang mampu membersihkan dan menurap jalan raya yang rosak dengan cepat sekiranya berlaku tumpahan konkrit atau simen di atas jalan.
“Pada masa sama kami mengambil langkah penguatkuasaan apabila DBKL berbincang mengenai undang-undang untuk menahan lebih lama lori yang membuat kesalahan berkenaan selain mengenakan saman.
“Sekiranya lori ini ditahan lebih masa, ia memberi kerugian kepada syarikat pengeluar konkrit atau simen memandangkan bahan berkenaan keras di bahagian corong pengeluarannya,” katanya selepas merasmikan kilang konkrit siap diguna berkelompok mesra alam milik Lafarge Bhd di sini, semalam.
Ahmad Phesal berkata, DBKL juga pernah bercadang tidak membenarkan kilang konkrit dan simen beroperasi di Kuala Lumpur berikutan isu menumpahkan bahan berkenaan semakin meningkat.
Katanya, pihaknya juga masih menimbangkan mengenai keperluan semua pihak sekiranya ia dilaksanakan termasuk melambatkan proses penghantaran bahan berkenaan di lokasi pembinaan.-myMetro
p/s betul 3x...kekdg terjongkit bontot kete bila terlanggar simen mengeras...
|
|
|
|
|
|
|
|
aaaaaaaah karut... ini smua marketing nk mintak suap...lol |
|
|
|
|
|
|
|
hehehehehee........bukan simen je..sampah pun leh tumpah....ahaks!! |
|
|
|
|
|
|
|
ni semua rezeki. hihi |
|
|
|
|
|
|
|
SAMAN skali JKR dengan Kontraktor tepek lobang kan jalan, tepek tarmac macam taik lembu jek.. sejembul atas jalan raya, tak rata, dan takde kualiti, membebankan kereta2 rakyat!
nak jadik tegas, tapi masih pondan.. !
NAK BAWAK KETE SBORT PUN TAK ENJOY TAUUU KAT KOTARAYA KUALA LUMPUR! |
|
|
|
|
|
|
|
kat singapore, lori rosak tepi jalan. Polis dtg suruh galihkan. x alih, masuk penjara.
kawan bapak aku lah tu, yg masuk penjara sementara tunggu bos dia datang.
kejadian dah lama ni, xtaw lah skrg camana kat sana |
|
|
|
|
|
|
|
Paling sial tumpah masa ujan. Esoknya melekat butiran halus ready mix seluruh kete. |
|
|
|
|
|
|
|
pakweneelofa posted on 12-3-2014 07:16 AM
aaaaaaaah karut... ini smua marketing nk mintak suap...lol
Suap je ngan simen tu |
|
|
|
|
|
|
|
urm..
bahaya kepada penunggan motorsikal..
kalau kereta langgar rosak bumper..
motor langgar blh bawa maut.. |
|
|
|
|
|
|
|
undang2 kt malaysia tak ketat sgt..diorg bukan ronda pun..cer buat keje cekap sket..msti tak de yg terlepas |
|
|
|
|
|
|
|
Korang ni dh gila... Serba serbi korang nak anti dgn tindakan authority... It makes sense la dgn tindakan dbkl tu... Kalau z loti simen sesuka hati bawak simen basah dan tumpahkan atas jln |
|
|
|
|
|
|
|
ad_hoc79 posted on 12-3-2014 08:59 AM
kat singapore, lori rosak tepi jalan. Polis dtg suruh galihkan. x alih, masuk penjara.
kawan bapak ...
construction area especially... lori simen seblom lori kuar dari site.. kene pastikan wheels seme bersih...
if ade tumpahan kat jalanraya and just buat vodo.... tunggu je la surat saman.. |
|
|
|
|
|
|
|
gus kena tegas skit..ni smpai keras kn jln bt bodo ja |
|
|
|
|
|
|
| |
|